~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

There was an error in this gadget

IKLAN SEBENTAR

Friday, July 29, 2011

TOM TOM BAK @ ASTRO CERIA...!!!!!

Setiap hujung minggu.
Hari Ahad jam 12.00tengahari
Sure aku & famili takkan kemana mana kerana
ingin menonton rancangan
TOM TOM BAK.
Di ASTRO Channel 611 ASTRO CERIA.
Minggu lepas keluar sudah rancangan yang ada my Kid's
AIDA SAYDIENA ILLIESYA
&
AIDID AIRIEL SHAHREZA.
Yang duduk celah kangkang Aznil @ Pak Nil tu,
Si Airiel dan sebelah kanan tu kakak E'sya.
Minggu sebelumnya itu.
Princess E'sya bersama dengan Juara AF iaitu Hafiz.
Tapi waktu itu aku tak sempat nak Snap @ Rakam coz aku berada di 
Serting, Anak sedara aku tunang.

Siaran ulangannya setiap hari 
JUMAAT jam 12.00tengahari..

LAYANZZZ.......!!!!

KENANGAN OH KENANGAN....

AL-HAMDULILLAH....
Semalam 28 Julai 2011
Jam 5.00petang selepas doctor buat round.
Doctor pun cakap yang aku boleh discaj Wad..
Boleh balik....
YAHOOOO............!!!!!!
Inilah Wad yang aku menginap selama 1 malam...
WAD ORTOPEDIK.
Wad second class.
Dalam 1 bilik ada 4 pesakit.
tapi cuma ada aku dan Muhd Faliq.
Aku katil no: 2.
Ini pula aku punya  kenyataan.
Tengok Diet aku : DIABETIC DIET.
So semua makanan rasa tawar aje..
Tak boleh bla aku rasanya.

Ini katil aku.
Katil nombor 2.
Lap top sebagai peneman sebab boring..
Ini pula set line aku.
kat sinilah Ubat Antibiotik aku dimasukkan.
Sakit siot..

Sebab kaki aku yang tak mahu susut bengkaknya ini
aku telah dimasukkan ke Hospital.
kesian kau sahahadan....!!!!

Ha...ha...ha.....
Inilah aku...
First time duduk Sepital rasa macam nak lari aje...
umah pun sebelah sepital aje.. 5 minit dah boleh sampai...!!!
Tapi tak lari pun...!!!!

Ini yang aku dapat...
Kiriman dari Opis aku.
TERIMA KASIH MATRADE HQ..
Ini pula Kad ucapan yang aku terima dari Opis.
Terharu juga dibuatnya...
Ini pula adalah sebahagian kawan kawan rapat aku di opis.
Mereka datang melawat aku tapi bukan waktu melawat.
so diaorang tak boleh masuk wad
aku yang terpaksa turun bertemu mereka di lobi Hospital...
TQ kengkawan yang sudi datang menziarahi aku.

Terima Kasih staf wad 5A (ORTOPEDIK)
yang sudi menjaga aku.
Terima kasih juga kepada doctor yang merawat aku.
Kini aku dah dikeluarkan dari Wad.
berbekalkan ubat 
dan 
CUTI SAKIT sehingga 09 OGOS 2011.

Thursday, July 28, 2011

SELAMAT BERJUANG............

HARI INI PASUKAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MALAYSIA AKAN BERENTAP MENENTANG PASUKAN SINGAPURA DALAM PERLAWANAN TIMBAL BALIK UNTUK PENENTUAN KELAYAKAN KE PIALA DUNIA.
Perlawan akan berlangsung di STADIUM BUKIT JALIL.
Jam 8.45 malam.
WOW..!!!!
85,000 tiket telah habis dijual...
Bersemangat sungguh peminat bola sepak malaysia.
Sebagai rakyat malaysia,
Semestinya aku menyokong pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
dan
Mendoakan semoga mereka berjaya meraih kemenangan yang besar malam ini.
Semoga kesebelasan utama tonggak Negara 
Malam ini akan main bersungguh sungguh.
SELAMAT BERJAYMALAYSIA

Wednesday, July 27, 2011

SEJARAH KEHIDUPAN ABADI

Hari ini 27 Julai 2011 Rabu.
satu lagi lakaran sejarah kehidupan dalam diri.
Sepanjang aku hidup,
aku tak pernah ADMIT mana mana Hospital.
Tapi hari ini,
aku dengan RELA TERPAKSA dimasukkan
ke HOSPITAL SUNGAI BULOH
WAD 5A.
Katil no: 02.
Ini semua gara gara luka dikaki aku.
Keadaan luka dah semakin Pulih
tetapi
Masih bengkak.
Doctor mengatakan punca bengkak itu adalah disebabkan
luka aku itu telah dijangkiti Kuman.
Atau dalam bahasa perubatan :
" CELLULITIS" 
Staff Nurse sedang membuat SET ditangan.
First time ni...
Nasib baik tak sakit sangat....


Fruit bowl dari Opis.

Memang terharu juga rasa hati ni...
Maklumlah aku sememangnya tak pernah admit wad..
Terima kasih kawan kawan yang menelifon aku
bertanya kabar
begitu juga rakan rakan di Facebook
yang mendoakan kesejahteraan saya....

Sunday, July 24, 2011

TERIMA KASIH

22 Julai 2011. Jumaat.
Aku datang opiz, 
Ingatkan nak kerja tapi memandangkan kaki aku masih bengkak
so
aku ke Klinik untuk sambung MC lagi.
Sewaktu nak ke KLINIK
aku di SIUT oleh minah ni...
aku toleh ke belakang....
Nampak dia...
TERBAYANG FM....!!!!
Maklumlah pasangan Romantic 
ala ala macam dia aje yang bercouple didunia ni
(hi...hi...hi........)
baru balik dari tanah seberang...

Dengan Muka ala ala 
Perempuan Melayu terakhir
di menghulurkan
FM kat aku....
Aku apa lagi...
Bak Hang tuah merampas taming sari dari Jebat
aku terima FM tu dengan laungan
TERIMA KASIH...!!!!!

Memang terima kasih bebanyak..
Terima kasih juga pada si suaminya...
Nanti kalau ke mana mana lagi jangan lupa aku punya FM...

Saturday, July 23, 2011

SEISI MEMANDIKANYA.........

Seminggu lebih isteri kedua aku agak kusam...
Maaflah sayang, saya bukan tak sayang awak...
tapi saya BZ sikit,
Awak pun kena faham, Banyak tanggungjawab saya ni...
Walaupun bagaimana pun awak tetap dalam hati saya....


Baiklah...
Awak pun dah nampak macam dah tak terurus,
Comot, Bedak sejuk pun dah penuh kat kulit awak.
Tak apalah
Biarlah
Dalam keadaan kaki saya yang kurang sehat ni,
saya bawa awak ke SPA..
Biar pihak SPA menguruskan awak...
Harap awak suka...!!!
Wow....
Awak mandi snow...

Awak di gosok dan dibelai
oleh MAT BANGLA.....
Wahhh....
awak dah cantik...
Bersih dan berkilat....
Saya sekeluarga suka...
RM12.00 aje untuk menampakan semula keanggunan awak...!!!!

Friday, July 22, 2011

LUKA,MEMBENGKAK....!!!!!

19 Julai 2011 (Selasa)
Luka dikaki aku semakin gatal dan kali ini membengkak.
My Beloved wife ajak aku pergi ke Klinik.
Mula mula aku ke
Klinik Keluarga di Sg Buloh...
jam 7.50ptg aku daftar di klinik itu...
Tiada pesakit lain ketika itu..
Hampir jam 8.30mlm, aku masih menanti untuk dipanggil bertemu dengan doctor.
Sehingga 8.45mlm, aku dah panazzz hati sebab tidak dipanggil lagi..
Nak kata Sibuk,
hanya aku seorang aje pesakit.
Aku pun naik angin..
Aku ke tempat Pendaftaran,
bertanya kenapa lama sangat..
Selamba aje pembantu klinik tu,
sambil makanan penuh dimulut (TAK BERETIKA LANGSUNG)
berkata:
"SEKARANG ni Time Rehat"
Peeehhh...Terbakar hati aku..
Aku pun berkata
"Kenapa masa saya daftar tadi tak imform sekarang waktu rehat..???"
Kalau ada pesakit yang TENAT,
macam inilah layanan Klinik ini, sure dah MAMPOS pesakit tu..."
Aku pun minta balik kad Madic aku pergi ke Klinik lain.

Aku ke klinik DR Shamsudin,
Bdr Baru Sg Buloh..
Tak sampai 10 minit selepas pendaftaran
aku dah dipanggil untuk bertemu doktor.

inilah luka kaki aku..
perit, pedih semua ada..membengkak juga.
tak boleh nak jalan, mahupun memijak..
Bermula hanya dengan gigitan nyamuk,
aku garu sehingga melecet.
lepas tu aku tak jaga makan..
makan benda benda yang gatal terutama seafood
luka itu juga aku tak tutup
dan sekarang
luka aku tu dah merebak dan
doktor mengatakan luka aku telah di jangkiti kuman.

tengok berbezaan kaki kiri dan kanan aku.
My wife adalah staff nurse
so sebelum balik kerumah kami ke hospital untuk mengambil
kelengkapan Dressing luka.
Waktu ini masih terasa pedih dan sakit lagi.
Dua orang pemerhati.
anak anak aku.
Aida syadiena Illiesya
Aidid Airiel Shahreza.
My Beloved wife sedang menyediakan kelengkapan
Dressing untuk memcuci luka aku.
Luka sedang dicuci oleh my wife.
Biasalah dah kerja sebagai staff Nurse
so aku tak cuak sangat..
lagipun
pengalaman lebih 10 tahun sebagai SN.
Luka aku sedang dicuci..
Pedih siot...tapi aku tahan aje.
Selepas luka dicuci sebersihnya
ianya harus di tutup supaya tiada lagi jangkitan kuman.
TQ sayang...

 ubat ubat yang dibekalkan
oleh Klinik Dr Shamsudin
 ANTIBIOTIK (Cloxa)
2 biji 4 kali sehari.
 Ponsten (TAHAN SAKIT)
1 biji 3 kali sehari
 Danzen (kaki Bengkak)
1 biji 2 kali sehari.
 Diriten (Tahan Gatal)
1 biji 2 kali sehari.
Ubat sapu.

Doctor Shamsudin membekalkan ubat untuk 2 hari
dan berkata seandainya Luka & bengkak kaki aku ni tak berkurangan
maka saya disarankan untuk admit wad..

Huuuaaaaa..........!!!!!!!
x mahu....!!!

PESTA BARANGAN PUREEN....

Sabtu lepas 16 Julai.
aku ke Petaling Jaya...(OPEN UNIV)
tetiba
aku tengok jalan Jam lebih dari biasa
rupa - rupanya ada jualan besar besaran dari
PUREEN
Jenama barangan bayi.
memang murah sakan...
nampak tak my beloved wife sedang memilih barang.
semua barangnya murah sebab nak habis stok.


dah macam pesta pula.


untie ni
melopong dan tak percaya barang yang dipegangnya murah.


yang ini aku beli banyak sikit sebab
penting bagi anak aku.