~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

WARNA WARNI KEHIDUPAN

Tuesday, May 29, 2012

ALAHAI.... PENGOMEN ANONYMOUS.....

Hai....
Apa khabar rakan blogger dan pembaca blog adando..??
Semoga semuanya sihat sejahtera.
Lama adando tak bersiaran diblog ini.
Biasalah... BZ dan out station.
Ni baru berkesempatan untuk berblog semula.
Lama adando tak buka blog ini...
Ok sekarang adando nak bercerita tentang entry yang pernah adando buat
tentang PENYAKIT TANGAN, KAKI dan MULUT
yang telah menyerang TASKA anak adando sikit masa dulu.
Sesiapa yang tak pernah baca

Ada seorang hamba Allah telah memberi komen tentang entry adando itu.
pengomen tersebut tidak memaparkan identitinya.
pengomen tersebut mengunakan  "ANONYMOUS"
Anda semua boleh baca apa yang dia komen.
inilah antara komennya.


Oklah....
Kalau betullah Anonymous itu merupakan seorang ibu yang menghantar anak ke TASKA ini
kenapa nak sorokkan IDENTITI anda..???
Kenapa harus berselindung...???

"BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH"
Adando berani membuat entry ini berdasarkan rungutan beberapa ibu yang menghantar anak ke taska ini.
dan apa yang adando dengar dari mulut anak adando sendiri.
Anak adando berusia 6 tahun, dan seorang lagi 4 tahun.
Bak kata pakar motivasi terkenal
Dato Fadzilah Kamsah
"Budak budak tak pandai menipu kerana hatinya masih bersih"

Pengomen Anonymous,
 adando tak marah dan tak kisah untuk anda komen.
tapi
Apa maksud anda tentang komen yang berbunyi
"BENDA KECIK YANG TAK PERLU DIPERBESARKAN,TAK PAYAHLAH DIPERBESARKAN"
Adakah perkara tentang kebersihan merupakan perkara kecik..??
Punca penyakit adalah dari kekotoran / kuman.
Dalam islam juga menuntut untuk kita menjaga kebersihan.

Banyak hal dan perkara tentang TASKA ini yang adando tak berpuas hati.
Tapi adando pendamkan sahaja.
Kalau adando nak perbesarkan, banyak hal dan perkaranya.
Dari segi pemakanan, mandi anak dan banyak lagi....
Tapi kalau soal kebersihan adando rasa tak boleh berkompromi.

Selagi boleh sabar,
Adando akan bersabar
namun
 jika berlarutan
tidak mustahil satu hari nanti adando akan buat report
kepada pihak yang berkenaan.
Mungkin
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT,
KEMENTERIAN WANITA DAN KELUARGA,
PERMATA (Rosmah).
Bukanlah adando berniat untuk menutup periuk nasi taska ini
tapi kita rakyat Malaysia ada hak untuk bersuara.
adando hantar nak ke taska berbayar.
 bila sudah bayar sudah tentu kita mahukan perkhidmatan yang bagus.
jika perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan
boleh juga membuat laporan kepada
KEMENTERIAN HAL EHWAL PENGGUNA.


Wahai Anonymous,
Kalau nak komen pun berilah kenyataan yang benar.
Mengenai kes hfmd di taska ini.
ada 5 -6 orang budak telah terkena jangkitan ini.
Ibubapa yang anaknya terkena hfmd telah membawa anak untuk rawatan di
Hospital sungai Buloh.
 Pihak hospital telah memberitahu PKD Gombak (Pusat Kesihatan Dearah Gombak)
untuk membuat pemeriksaan keatas taska.
Jadi
BETULKAH PIHAK TASKA MENGAMBIL INISATIF SENDIRI
DENGAN MENUTUP TASKA SELAMA 2 HARI TANPA ARAHAN SESIAPA...???
Dari apa yang adando tahu,
PKD GOMBAK (Pusat kesihatan daerah Gombak)
telah datang ke taska ini dan
 MENGARAHKAN pihak TASKA untuk menutup taska bagi tujuan pembersihan TASKA.
Sekiranya dalam masa 2 hari pihak TASKA tidak membersihkan TASKA
PKD Gombak akan melanjutkan penutupan TASKA selama 2 MINGGU.
maka disini
Siapakah yang benar dan siapakah yang salah..??
Jika tahap kebersihan taska ini tinggi kenapa PKD GOMBAK datang...???
Musykil juga adando..???
Entry ini adando buat adalah untuk memperbetulkan tanggapan orang yang membaca blog adando ini.
Komen anonymous itu seolah olah adando ini sengaja membuat cerita.
Apa yang adando paparkan disini berdasarkan apa yang adando alami.

SEBAGAI IBU BAPA / PENJAGA
 ADALAH SATU  TANGGUNGJAWAB UNTUK MENBERI YANG TERBAIK UNTUK ANAK
KERANA
ANAK ADALAH ANUGERAH DAN AMANAH DARI ALLAH.


Monday, May 7, 2012

SELAMAT PETANG

Berehat seketika dari blog sebab kekangan masa atas urusan Kerja dan juga hal peribadi membuatkan Adando tak sempat nak nak masukkan entry. itu sahaja yang boleh adando katakan.

Insyaallah...Lepas ni adando akan cuba juga meng up-date blog ni.

Sekian,
Terima Kasih.
Bye......

Wednesday, May 2, 2012

AL-HAMDULILLAH..... REZEKI

Hai....
Adando bersiaran lagi setelah berehat seketika.
Apa perasaan Anda sekiranya apa yang anda hajati telah termakbul..???
Bagi adando sangat bersyukur dan hati berbunga bunga...
Maklumlah sudah lama Adando mengidam nak memperolehi gajet.
siang malam dok teringatkannya....
Berkat kesabaran dan usaha, Akhirnya berjaya juga adando memiliki
SAMSUNG GALAXY TAB 7.0plus
Al - hamdulillah.
Adando pun tak menyangka dapat memiliki gajet ini.
Sewaktu adando ke pusat membeli belah di Sg Buloh,
Jengah jengah juga kedai kedai yang ada jual gajet ni
tapi Harganya agaknya mahal
tetiba ada satu kedai tu sambut Anniversary ke 5.
Dia telah menjual secara lelong gajet ni
dengan harga yang agak murah.
waktu tu Time Happy hour.
Dengan tak berlenggah lagi adando pun sambar 1.
ingat nak ambil 2 unit ( untuk my wife)
tapi
kedai tu kata
1 orang boleh beli satu unit sahaja.
Masa tu wife adando tak ada
so tak adalah rezeki untuk dia.
Sudah seminggu adando guna tablet ni.
Belum pun habis explore lagi.
sekian.