~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

There was an error in this gadget

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, December 27, 2011

MAJLIS PERNIKAHAN / PERKAHWINAN MY FRIEND

25 Disember 2011 ( Ahad )
Adando bersama Famili & kengkawan opis ke
Kg Sepinang Segamat Johor.
menghadiri majlis pernikahan rakan opis Adando
RAZHUAN & NADEELA.
Majlis pernikahan diadakan di
Masjid Kg Sepinang Segamat Johor.
Jam 10.30 pagi.
Pasangan pegantin mengenakan busana warna krim.
Cantik dan sopan.
Hantaran dari kedua belah pihak.
Pengantin yang tersenyum dalam debar.
Sebelum dinikahkan dengar dulu Khutbah nikah.
Pengantin perempuan yang ceria.



Seisi soal jawab...
Nyatakan berapa rukun nikah..??
Majlis akad nikah.
Hanya sekali lafaz 
maka Sah dyla menjadi milik wan..
Cayalah.....!!!
Al-hamdulillah...
"Ya Allah....
Peliharakanlah rumahtangga yang kami bina."
~Amin~
Solat Sunat Syukur
setelah sah memikul tanggungjawab sebagai suami.

Akad menyerahkan mas kawin.
Hanya Negeri Johor sahaja yang ada seisi sebegini.
Mas kawin diserahkan.
Akad penerimaan mas kawin dari pengantin perempuan.
Seutas gelang tangan sebagai bukti cinta mempelai.



Ini member opis adando.
yang baju Hitam & Pink tu masih bujang
yang baju kotak kotak tu dah jadi bapak budak.
Antara baju hitam & Pink tu
sedang tuding menuding
"Siapa kawin dulu....."


"Selamat Pengantin Baru"
Semoga ceria dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Ya Allah...
Kurniakanlah kebahagian dan zuriat yang baik
kepada pasangan pengantin ini
dan
Rahmati serta berkatilah mereka hingga ke akhir hayat.
AMIN.


MEE RACUN BATU PAHAT

Hai semua...
Adando nak cite pasal makan pula kali ni.
Itu hari sewaktu Outstation ke Batu Pahat
19 hingga 21 Disember 2011
baru terjumpa "MENU" baru.
Kalau kita ke Batu Pahat
pasti kita akan terbayangkan
NASI BRANI GAM
tapi satu lagi makanan yang semakin POPULAR di Batu Pahat ialah
"MEE RACUN"
Dengar namanya aje dah seram...!!!!
Ada dua tempat untuk menikmati
Mee Racun Batu Pahat,
satu
di Taman Seri Jaya.
Lokasi taman ini dibelakang Carrefour Batu Pahat.
satu lagi di 
Depan Maybank Batu Pahat arah ke Tabung Haji.
Ini Banner Mee Racun.
Kecur airliur bila Mee Racun ni dah terdapat didepan Mata.

Pekat & Likat kuahnya.
Rasanya Masam pedas dan sedap...

Layan aje gambar kawan kawan adando
tengah menikmati 
Mee Racun.
Biarpun jam sudah menunjukan hampir 1.00pagi.
tapi semua tetap nak merasai kesedapan mee racun.


Semua happy dapat juga merasai Mee Racun.

Friday, December 23, 2011

PERNIKAHAN MY CAUSIN

Hai semua....
lama juga tak up date cerita ni...
Maklumlah BZ
ni pun baru balik dari Outstation selama 3 hari di
Batu Pahat Johor.
Oklah...
ni nak share cerita tentang majlis pernikahan my causin.
Dah lama dah story ni
tapi baru sekarang sempat nak kongsikan.
Mini Pelamin.
My causin nikah pada raya Deepavali dulu
kalau tak silap 26 November 2011 (Rabu)
Majlis diadakan di Palong 1 N.Sembilan.
Dan pernikahan dijalankan
selepas waktu Asar.
ini dia pengantin lelaki
Suhairy
Tengah berdebar menantikan upacara pernikahan.
Inilah My Causin
Rashidah
atau nama pendek dia Shidah.
Sebelum majlis pernikahan dijalankan
pengantin ada interview oleh juru nikah.
Bapa pengantin perempuan menikahkan sendiri anaknya.
Al-hamdulillah
Hanya dengan sekali lafaz sahaja.
Syukur Al-hamdulillah
Cinta yang disemai selama ini telah menjadi hasil
Ya..Allah...
Peliharakanlah Rumahtangga kami.
Amin
Antara Tetamu yang hadir menyaksikan majlis pernikahan.
Taklit Nikah dibaca oleh suami untuk Isteri.
Penyerahan MAS KAWIN
RM200.00
Mas Kawin untuk si isteri Tercinta.
Sebentuk Cincin
Cincin disarungkan ke jari Manis
tanda ikatan cinta.

pertukaran cincin
"Cinta Abadi"
Seutas Gelang
pengikat kasih sayang.
terima kasih kanda.
ciuman khas untuk isteri
Pose istimewa untuk semua.
Malis persandingan akan diadakan pada
12 November 2011.