~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

There was an error in this gadget

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, May 31, 2011

JOM KURSUS....!!!!

Hari ni 31 Mei 2011 hingga 02 jun 2011.
 Aku akan menghadiri Kusus yang dianjurkan oleh Majikanku
 " MATRADE"
 Di Bilik ilmu tingkat 18, Menara MATRADE.
Kursus
 " ADOBE PHOTOSHOP AND ILLUSTRATOR FOR BIGINNERS "

Kursus akan bermula jam 9.00pg hingga 5.00 ptg.

"SELAMAT BERKURSUS"
kepada diriku dan juga kawan kawan yang menghadiri kusus ini.


Monday, May 30, 2011

BEN 10 & PRINCESS.....!!!!!!

BLANKET / COMFORTER
Princess & Ben 10.
Sewaktu berjalan di Sg Buloh, Terpandang pula aku Comforter Gambar 
Princess & Ben 10.
Krater kartun kesukaan E'sya & Aidid.
Aku pun tanyalah price dia.. Cuma RM 30.00 sahaja.
so aku pun ambiklah dua duanya.
Sampai aje rumah, Masing masing pun memilihlah comforter masing masing.
Tak perlu aku nak cakap, masing masing dah tau nak ambik masing masing punya.
 Esya...Senyum aje..
TERIMA KASIH Daddy...
Sambil cium aku..
Dia ni memang pandai membodek...
Tapi aku memang dah didik untuk ucapkan 
"TERIMA KASIH"
 tak kira pada sesiapa yang telah memberi apa apa barang pada kita.
Si Aidid ni memang minat gila pada BEN 10.
Punyalah suka dapat Comforter BEN 10.
MEKACIH DADDY..
Abang suka sangat sangat.. Sambil dok pelok aku..!!!
Ini Comforter Princess.
ada krater Snow White, Cenderella dan aku pun tak tau apa.
tapi E'sya kata ni "BARBIE"
Ini comforter BEN 10.
My Hero Aidid punya favoret...!!!
Sebenarnya ada corak lain..
ada "Hello KITTY" "STRAWBERRY" dan macam macam lagi.
Kalau nak minta aku tolong belikan boleh aje...
Tak Mahal mana pun...
Cuma RM30.00.
Boleh buat hadiah untuk anak, anak buah @ anak kawan kawan...!!!
Tengok si aidid ni...
terbaring atas comforter Ben 10.
E'sya..kalau bab posing ni memang dia suka...!!!!

BUAT BISKUT.....!!!!

Weekend lepas,
Tengok apa XTVT anak beranak ni,
inilah XTVT baru My Beloved wife & Princess E,sya.
Buat BISKUT CORNFLAKES...
Aiii.....
Macam nak Raya aje...!!!
LAYANZZZZ......!!!!!!
 Ini pula CUP pilihan Princess E'sya.
Ini cup pilihan Prince Aidid Airiel...
Cornflake yang dah masuk bekas...!!!
 Dicampur pula dengan KISMIS...
MADU juga di Tuang...!!!
Madu + Kismis + Madu
Digaul sampai rata...
 Excited E'sya membuka cup...!!!
 Tengok si tukang sibuk,
Aidid yang sibuk mengacau...!!!
 Tambah apa yang kurang...!!!
E'sya yang begitu excited...
selepas semua dah rata dan sebati...
masukkan dalam cup...
Dah siap masuk dalam loyang...
dan boleh mula dimasukkan dalam microwave...!!!
Bila dah kuar dari Microwave tunggu sejuk 
dan boleh dimakan sambil tengok TV.

DINNER 0H DINNER......

Semalam keluar dinner with my beloved family.Saja pusing pusing Sungai Buloh ni..
Terpandang pula Restoran ini.
My wife pun ajaklah TRY rasa makanan di Restoran ini.
Nama restoren ni
"PERIOK"
Menu utamanya adalah:
1. NASI BERYANI GAM.
2. MEE BANDUNG MUAR
3. ASAM PEDAS BATU PAHAT.
Boleh tahan juga masakan kat restoran ni.
harganya juga berpatutan.

Ini dia NASI BERYANI AYAM MASAK MERAH.
NASI BERYANI AYAM
Minum pula air kenduri iaitu:
AIR SIRAP & BANDUNG ICE CREAM SODA.
CENDOL.....!!!

Wednesday, May 25, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN MY CAUSIN

21 Mei 2011- Sabtu... Aku & famili ke rumah pak anjang di Jalan Ipoh Kuala Lumpur untuk menghadiri bagi memeriahkan lagi suasana MAJLIS PERTUNANGAN my Causin.
Temanya PINK COLOUR...!!!
Mengabadikan kenangan bersama.
Hantaran dan seisi berunding...!!!
Cincin disarung tanda empunya badan sudah ada yang punya.

bergambar bersama famili...!!!
Aiiikkk....!!!!
ini pun ada...!!!!
ciuman tanda "TANIAH"
dari
Princess Aida Syadiena.
Selamat bertunang & Taniah acu...
Wajah wajah ceria.
Pose - pose buat semua.

Tuesday, May 24, 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH.

" SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI "
Pada 19 Mei 2011 Khamis.
Aku bersama 2 lagi rakan dari MATRADE
menyertai KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
anjuran
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
&
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
Jika sebelum ini kursus pengurusan jenazah mengunakan MODEL PATUNG tetapi kali ini mengunakan JENAZAH MANUSIA yang SEBENAR.
Jenazah ini telah meninggal 3 bulan yang lepas.
Punca kematian adalah disebabkan mati Lemas.
Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan tidak dituntut oleh sesiapa.
Bermakna Mayat ini tidak ada PEWARIS.
Aku memasukan cerita dan gambar ini bukanlah berniat untuk mengaibkan si mati tetapi sekadar untuk berkongsi cerita untuk dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman buat kita semua.
Si mati telah meninggal 3 bulan yang lepas..
Bau mayat ini tak boleh untuk aku gambarkan.
Tetapi sebagai rasa tanggungjawab aku tahan juga rasa loya dan nak muntah.
Si mati tidak dikenali identiti dan status agamanya.
Namun menurut ustaz Firdaus (Dari JAWI)
si mati bersunat tetapi tidak boleh dipastikan bahawa sekarang ini bangsa lain juga ada yang bersunat.
Jadi dengan itu Ustaz melihat akan fizikal mayat yang tidak mempunyai TATOO dan negara kita negara islam jadi konsider mayat ini dikatagorikan sebagai islam.
Jadi kita orang islam ini jangan sekali kali membuat TATOO di mana mana anggota badan kerana kita tak pasti akan masa depan kita bila meninggal nanti.
Sebelum memandikan jenazah,
seisi menyediakan kelengkapan untuk mengkapan jenazah.
Setelah selesai menyediakan kelengkapan kain kapan
kini tiba masanya untuk memandikan jenazah tersebut.
Dengan keadaan mayat yang sudah berbau satu cabaran buat peserta kursus.
First sekali,
Istinjakan jenazah,kemudian wudukan jenazah.
Jirus dan ratakan air diseluruh badan jenazah.
Bagi Jenazah yang sudah lama sebegini tidak perlu digosok dengan kuat kerana ditakuti akan menanggalkan kulit jenazah.
sekiranya ada anggota jenazah yang tertanggal seperti kulit @ rambut,
ianya harus dikumpulkan dan di kapan bersama.
Akhir sekali jirus dan ratakan air wangi yang telah dicampur dengan kapur barus
dan di wudukkan sekali lagi.
Sewaktu mandi Aurat si mati perlu juga dijaga.
Setelah selesai memandikan jenazah,
kita untuk langkah seterusnya iaitu mengkapan.
Bagi jenazah lelaki 3 helai lapis kain kapan diperlukan.
Selesai menutup jenazah,
kain kapan itu diikat pada Kepala & kaki (POCONG)
Dada, pinggang dan lutut.
setelah selesai seisi mengkapankan jenazah
ianya perlu disembahyangkan.
Setelah selesai menyembahkan jenazah
untuk yang terakhirnya ialah mengkebumikan.
" Dari Tanah engkau datang dan kepada tanah juga engkau dikembalikan "
Selesai memasukan jenazah kedalam lahad.
seterusnya bacaan TALQIM dibaca untuk memberi pengajaran dan pedoman kepada mereka yang masih hidup.
Sesungguhnya satu pengalaman yang cukup berharga untuk saya.
dan rasa keinsafan terbit dalam diri.
namun sedih juga mengenangkan nasib si mati yang sebegini,
kita tak pasti akan nasib kita yang akan datang.
WALLAHUALAM......
Dan akhirnya kami dianugerah sijil.

BALIK KE KEDAH ( 1 ) ( TAMAN JUBLI )

06 Mei 2011 (Jumaat). Sehari selepas aku balik dari Sukanun di Trengganu,
kini turn untuk ke Utara pula..!!!
Bulan Mei ini dalam tempoh 2 minggu aku berjalan sakan..
nak cite,
first Mei aku balik Negeri Sembilan, kemudian ke Melaka,lepas tu balik Sg Buloh (Selangor) kerja di Kuala Lumpur, Kursus di Janda baik Pahang, and than ke Trengganu pula, lepas trengganu ke Kedah (Umah Mertua),singgah Penang (umah Adik Ipar) nak balik singgah Taiping Perak (umah adik aku)..Habis satu Malaysia aku pusing..Cuma 3 negeri aje tak pergi.. iaitu Kelantan,Johor & Perlis.
Bila dah lama tinggalkan famili so kesempatan cuti ini
( ambil cuti 16 & 18 Mei, 17 mei cuti WESAK )
Aku nak habiskan masa bersama anak anak.
Sewaktu di rumah mertua, petang tu aku bawa my famili bersiar - siar di Taman Jubli, Sungai petani.
Seronok Aidid & E'sya bermain di Taman Jubli.
Dari jam 5.00ptg Sampai jam 7.00ptg aku disana
PEACH....!!!!!
Adik ipar aku & wife dia pun joint sekali juga tu.
Ady & Tila siap bawa makanan lagi..!!
Aksi dua beradik ni...!!!
Aidid yang sangat enjoy..!!!

E'sya yang seronok sangat.

Seronok tengok gelagat dua beradik ini..!!!
Riang hati tengok anak anak semakin membesar.
Bila dah habis pusing Taman Jubli..
Dah penat berlari..
Time menghilangkan dahaga..
singgah sebentar di food court yang terletak di Taman Jubli ni.

Ais Kacang  & Laici kang Buah buah buahan menjadi Pilihan.
Lepas dah settle semua..
apalagi..Dah senja so baliklah...!!!