~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Friday, March 4, 2016

RINDU SERINDU RINDUNYA....


Selamat sejahtera semua..
Hari ini hati adando terpanggil untuk berkongsi cerita dengan pembaca semua...
Sejak Arwah Mak pergi memang adando rasa suatu kekosongan dalam hidup ini...
Makin lama Arwah pergi semakin rindu menebal.. Tiada hari yang air mata ini tidak menitis.. Yaaa... memang adando rindu sangat sangat.. Tidak dapat untuk adando gambarkan dengan kata kata perasaan ini...
 Inilah tangan yang pernah membelai Adando, Menyuap makanan kedalam mulut adando, Merotan & memukul adando untuk mengajar, Tangan inilah yang membesarkan adando dan adik beradik..
Dengan tangan inilah segala galanya...
Adando rindu untuk meyentuh tangan ini.. Adando rindu untuk bersalaman dan mengucupnya..Rindu untuk membelai dan memain jari jemarinya...
Bukan sahaja tangan malah dirinya.. Adando rindu untuk memeluknya.. Rindu menciumnya.. Rindu menatap wajahnya..
Rindu suaranya.. Rindu bebelanya.. Rindu gurauannya.. Rindu gelak tawanya... MEMANG RINDU...!!!!


  Kini semuanya sudah tiada lagi.. Yang tinggal hanya kenangan bersamanya.. Yang tinggal hanya pesananya..
Semuanya tidak akan dapat diulangi lagi...
Setiap hari tidak pernah lupa untuk mendoakanya..
Ya Allah... Tempatkan Bondaku bersama golongan kekasih Mu,
Lapangkanlah dan terangilah pusaranya.. Semoga Arwah Mak tenang dan Damai disana.. Disisi Maha Penciptanya...
Aamiin... Aamiin... Aamiin....

Adando berhenti disini.. Tidak dapat rasanya menahan sebak didada ini...
Salam Sayang ~ Adando 

Monday, January 11, 2016

SIBUK DIAWAL TAHUN BARU.

Hai selamat petang semua.
Semoga semua sejahtera.
Hari ini 07 Januari 2016 (Khamis). Adando baru start masuk kerja semalam. Cuti menguruskan hal persekolahan anak anak.
My wife tak boleh cuti sebab before tahun baru dah cuti lama maka adando pun ambillah cuti.
Anak sulong adando Aida Syadiena Illiesya tahun ini dah masuk Darjah 4.(10Tahun). 
Dah anak dara dah..
Anak no 2 satu satunya anak teruna adando Aidid Airiel Shahreza tahun ini darjah 2 ( 8 Tahun) 
dan Anak bongsu Aida Eryna Qaireen dah berumur 6 Tahun. Sekolah Tadika MONTASARI.
Diam tak diam dah besar mereka..Cepatnya waktu berlalu.. Terasa sudah diri ini menginjak tua..
Inilah keluarga bahagia adando.
Ya Allah... Kami mohon kepada Mu limpahkanlah kasih sayang antara kami.