~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

There was an error in this gadget

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, August 16, 2011

LAMA vs BARU..........!!!!!

Apa yang nak aku perkatakan tentang TAJUK DIATAS adalah berkaitan dengan SITUASI yang berlaku sekarang ini...
Hari ini 16 RAMADHAN... Mana mana sahaja pergi sudah berkumandangan LAGU LAGU RAYA...
Masuk kereta pasang radio, tak kira Chanel apa pun...Hot FM, Era, Sinar FM, Suria FM dan apa ajelah....Sure ada lagu RAYA.
Masuk Shoping complek pun sebegitu juga Gamaknya....!!! Hatta ada sesetengah Pejabat Swasta, Kerajaan, Bank juga ada yang memutarkan Lagu Raya...!!! Membuatkan SEMANGAT dan BAHANG  untuk meraikan Aidil Fitri semakin terasa...

Aku nak tanya anda semua....Antara banyak banyak lagu raya, lagu yang mana PALING anda suka..???
You all's suka lagu raya dari ARTIS VATERAN atau ARTIS BARU..????
Sememangnya banyak lagu lagu lama yang telah diberi NAFAS baru oleh Penyanyi Baru. Mereka mendengdangkan lagu lama dengan cara mereka tersendiri...Namun bagi aku, LAGU yang dinyanyikan oleh penyanyi asal adalah yang terbaik.

Contohnya Lagu lagu raya Dendangan dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Memang sedap didengar..Terasa aura lagu tersebut.
walaupun lagu itu sudah lama dan dirakamkan sebelum aku lahir didunia ini namun memang tak jemu mendengarnya...
Ada juga artis Muda yang merakamkan semula lagu Tan Sri P.Ramlee ni namun bagi aku tidak sesedap penyanyi asalnya...Biarpun penyanyi Muda tu meletup dan Top...!!!!!

Apapun kita manusia ni ada CITARASA sendiri..Maybe ada yang suka lagu lama dan ada juga yang suka lagu baru.
Apapun TUJUANNYA adalah sama iaitu untuk MENYEMARAKAN SUASANA RAYA....!!!!!

Monday, August 15, 2011

DUA SITUASI BERBEZA...

SITUASI PERTAMA.

Princess E'sya yang akan berusia 5 tahun pada
20 Ogos nanti sedang asyik melayan SMS.
Semenjak dah pandai membaca dan mengeja serta menaip Mesej ni
H/P aku tak boleh terlepa..Pasti dia akan mengerjakannya..
Mengalahkan orang sedang di lamun cinta.
Padahal berbalas mesej dengan Pak Cu aje..
 Aku tak kisah
Coz
 ini akan membuatkan dia akan lebih cekap & cepat membaca serta mengeja.
Kira satu pembelajaran juga.
Namun bimbang juga,
Bila besar sikit nanti, dah pandai berboiferen berkawan
alamatnya
tak berhentilah deringan bunyi mesej...!!!!

SITUASI KEDUA.

Anak bujang aku, Aidid Airiel yang berusia 3 tahun 5 bulan ni.
Suka sangat menjerit.
KEY NOTE dia...
Makkkkk aiiii.....
Boleh bergegar satu Quarters....
Dah macam "TARZAN" pun ye juga...
Kalau ada yang dia tak puas hati
Siaplah...Dengarkan aje
"JERITAN BATIN KU.."
Kadang kala tu rasa nak PEKUP aje mulut dia..
Harap harap Bila besar nanti
Boleh jadi Ustaz..
Dengan Note yang Tinggi
Insyaallah...
Boleh Laungkan
AZAN...!!!!
Sejuk telingga Daddy & sejuk perut mummy mengandungkan..!!!

Friday, August 12, 2011

BUNGA API

  E"SYA dan AIDID serta  QAIREEN
Seronok bermain
BUNGA API. 
  
LAYANZZZ AJELAH 
GAMBAR GAMBAR NI...


AKSI - AKSI DARI E'SYA     

AKSI AKSI DARI MY HERO
AIDID AIRIEL







AKSI DARI PUTERI BONGSU
AIDA ERYNA QAIREEN

Thursday, August 11, 2011

SEISI MENGIMBAS KENANGAN LAMPAU....!!!!!

     Hello...
Bulan bulan Ramadhan ni
kurang sedikit kerja
Air Cond kat Opizzz ni pula TAHAP SEJUK BEKU.
Apa ingat kitaorang dalam ni FROZEN keee...???

So dalam sejuk beku ni,
aku pun nak SHARE sedikit pengalaman lalu.
Diopizz aku dulu dulu ada
Kumpulan Kebudayaan sendiri.
Sebut aje hotel 5 star mana didalam Kuala Lumpur ini
yang kami tak buat SHOW
Hatta
kami pun pernah beraksi di
PWTC...!!!!
Kelazzzzz nookkk...!!!!

Ini kira intake yang pertama.
Kump kebudayaan kami ini bukan untuk Open
tapi hanya untuk Show show yang berkaitan dengan Opis sahaja.
Maklumlah...
kitaorang ni kerja banyak buat event yang melibatkan orang orang oberseee...!!!
So bila dia dtg Malaysia
kita tunjukan kebudayaan kita...!!!
Kami juga pernah membuat show diatas kapal milik
Tan sri Halim Mazmin..
ko ada....????

Banyak Kenangan yang sukar dilupakan
sewaktu menyertai kumpulan ini.
Perangai sorang sorang Dancer mencetuskan pelbagai konflik.
Ada yang menjadi lebih rapat dalam persahabatan
malah ada yang jadi musuh...
Semua gara gara
tak puas hati antara satu sama lain.
(ini Bab perempuan..lelaki ok aje...)
kes sorok kasut, kes nak jadi puteri, kes nak duduk barisan depan,
Kelakar aje bila diingat ingatkan...!!!!

Malah team kami pernah ditawarkan untuk membuat show
dihadapan
Menteri menteri perdagangan Asean.
ini adalah permintaan dari
Menteri MITI yg pada masa tu Dato' sri Rafidah Aziz.
Masa tu ramai yang menyakakan kami adalah
"PENARI ISTANA BUDAYA"
kembang beb...!!!!!
Yang ini adalah intake yang baru...
Biasalah dalam Satu TEAM
Ahlinya silih berganti...
Cuma aku aje yang mantain...!!!!
kiranya aku ni OTAI....
(bagi team lelaki...)
ha...ha...ha......
ini intake baru bagi katagori perempuan.
ada sorang dua yang lama...
Ada statement
"MENARI SAMPAI PENCEN"
Ha...ha...ha......

Tapi memang BEST zaman zaman ni.
Sekarang ni terasa rindu juga.
Time Show memang best
tapi
 Time Latihan macam lakhnat sikit...
Kena maki hamun oleh cikgu...
sebab nak hasil yang TERBAIK...!!!

Kepada kawan kawan Bekas bekas DANCER,
korang tersa RINDU tak zaman zaman ni..???
korang ingat lagi era era KEGEMILANGAN..??
Ko ingat lagi Pahit manis dalam team ni..???
Korang ingat tak
v
v
v
v
v
v
"SAKIT DADA KITA"
&
"Agak agak Sudah.......................!!!! "



Wednesday, August 10, 2011

KARIPAP

Hari ini 08 Ogos 2011.
08 Ramadhan.
Aku masih dalam cuti sakit.
so duduk rumah tak tau nak buat apa..
Tiba tiba terfikir pula nak buat
SUPRISE
untuk
My Beloved Wife.
So
Aku cuba membuat kuih Karipap
untuk santapan kami sekeluarga
ketika berbuka puasa nanti.
BAHAN BAHAN UNTUK MEMBUAT INTI:
  • 1 biji setengah bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 atau 3 biji kentang (potong dadu)
  • Udang kering (Ikut suka berapa banyak)
  • Daging (ikut suka nak letak berapa banyak)
  • Daun sup.
  • kacang panjang / Carrot / Kobis

Daging mentah.
Daging tadi di goreng terlebih dahulu.
Kentang yang dipotong dadu.

kacang panjang.
CARA CARA MEMBUAT INTI:
bawang besar + bawang kecil + Udang kering
dikisar bersama 2 sudu REMPAH KARI.
kalau nak pedas boleh masukkan juga sedikit Cili Kering.
Panaskan Minyak masak dan tumis segala barang tadi sehingga garing.
Selepas itu masukkan daging yang telah digoreng diikuti dengan
kentang yang telah di potong dadu.
Masukkan sedikit Air untuk mengEMPUKkan kentang.
(Jangan letak air terlalu banyak kerana ditakuti 
kentang tadi akan terlalu empuk dan inti akan menjadi cair)
Masukkan Garam secukup rasa.
(Jangan terlalu banyak garam kerana kulit keripap nanti juga letak garam juga)
kemudian
apabila kentang sudah masak
masukkan daun sup bersama kacang panjang.
gaul sebentar sahaja.
kerana kalau terlalu lama
nanti aroma daun sup akan hilang dan kacang hilang zat.
Ada Faham adik manissss....????
* anda juga boleh meletakkan Carrot + Kobis.
sebanyak mana terpulang...!!!!
Inti yang masih banyak air.
Yahooo....
Menjadi inti Karipap aku....!!!!


UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP.
Bahan bahannya:
1. setengah potong Buttercup
2. 500gram tepung gandum.
3. Garam secukup rasa.
Buttercup yang beratnya 250gram.
Dibahagi 2.
Buttercup sedang dicairkan.
500gram tepung gandum.


CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP:
Cairkan buttercup tadi...Tapi jangan terlalu lama.
masukkan kedalam tepung gandum.
masukkan sedikit garam.
uli barang barang tersebut bersama air.
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Sehingga menjadi DOUGH seperti dibawah.
v
v
v
Apabila inti dah siap Kulit pun dah siap.
maka bolehlah proses membuat karipap.
Siapa yang tak tahu nak buat klip karipap tu
(Macam aku ni.....)
pergi aje beli ACUAN Karipap tu.
macam macam size ada.
RM0.80 aje.
(mengikut size)

Ha....
kan dah jadi....
tunggu masa aje nak goreng...!!!!

APA....?????
Tak tahu macam mana nak buat karipap ni..???
Ambil sedikit Dough tadi di Giling dengan rool.
jangan terlalu nipis nanti bocor pula.
ketebalan mengikut citarasa anda.
janganlah pula buat
"SETEBAL BIBIR NEGRO.."
Agak - agak sudah.....
(mcm pernah dengar statement ni....)

Inilah hasil usaha aku.
FIRST TIME 
buat
KARIPAP......

Apapun aku sengaja aje nak kongsi pengalaman pertama aku buat KARIPAP ini.
Al-Hamdulillah...
Menjadi juga..Rasanya Enak...
Lepas ni Makcik makcik yang jual karipap
tak merasalah duit aku untuk beli karipap sebab dah boleh buat.
Maaf ye...makcik...
Karipap Makcik harap besar aje tapi inti macam nak tak nak aje letak...!!!

Monday, August 8, 2011

KEK COKLAT KUKUS

Sabtu Lepas, My beloved wife ajak ke Kedai Bahan bahan dan alat Kek.
Ikutkan sahajalah...
Tengah bersemangat nak buat kek
so
sebagai Suami kena beri 
MORAL SUPPORT.
Inilah kedai yang aku bawa..
Dia pun memilih apa aje bahan yang nak digunakan.
Sang suami tunggu turn aje nak settlekan Bil..
Sayang isteri sebeginilah caranya...
Ha...ha...ha....!!!!
My Wife berhasrat untuk membuat kek kukus Coklat.
so bahan bahannya...!
1 cawan serbuk coco.
2 cawan tepung naik sendiri.
@
tepung MAGIC sebab dia naik sendiri.
1 cawan gula.
tapi gambar gula tak snap pula..
Bahan bahan yg pertama tadi di kisar sehingga sebati.
kemudian
masukkan 2 @ 3 biji telur ayam.
TELUR PUYUH @ TELUR ASIN
Tak tersenarai
so jangan pandai pandai 
taruh...!!!
ini telur gred A.
1 cawan minyak masak.
Tak kisah jenama apa pun
tapi make sure
jangan minyak yang dah pakai buat goreng ikan.
kang kok jadi kek coklat + ikan...
1 cawan Susu Pekat Manis.
Apa jenama pun tak kisah.
janji susu pekat...
Susu ibu rasanya tak berapa nak menjadi kot.
Kesemua barang itu dikisar sehingga sebati.
kemudian dikukus selama 
45minit..
Sorry gambar kukus tak ada.
Sementara menanti kek itu sejuk
panaskan coklat untuk topping.
Bila dah siap
ikutlah suka hati @ kreativiti memasing
untuk memperindahkan kek anda.