Salam pagi semua.
Hari ini agak kemalasan nak ke opis
apatahlagi Hujan dipagi pagi hari
membuatkan adando rasa nak tarik selimut lagi
tapi adando gagahi juga perasaan ini
memandangkan
minggu ini agak BZ kerana ada event
V
v
v
v
Macam kenduri kawin jugalah,
Majlisnya hanya 2 hari tapi persediaannya berbulan bulan.
Begitu juga MIHAS ini,
persediaan telah dibuat awal lagi
maklum sahajalah
ianya melibatkan seluruh dunia.
dan
Kejayaan MIHAS ini adalah untuk kejayaan
MALAYSIA juga.
Ada dua event yang besar dalam MIHAS ini.
1. IBM ( Internasional business matching)
akan berlangsung Matrade Exhibition & Convention Centre
disini merupakan
medan pertemuan pengusaha Malaysia dengan pelabur dari luar negara.
2. PAMERAN PERDAGANGAN
Pameran barangan Malaysia yang akan berlangsung di KLCC.
4 hingga 6 April Pameran khas untuk usahawan sahaja
dan
07 April barulah dibuka kepada umum.
Kepada kengkawan yang nak melihat dan nak pergi
pameran MIHAS ini pergilah pada 07 April.
Disitu akan dipameran barangan barangan HALAL
keluaran usahawan Malaysia.
8 comments:
heheheh... aku terlibat gak... jumpa kat pameran nanti.
jumpa di sana!!!! :D
cam best je pameran2 camtu.nak gi gak tapi wiken selalu penuh ngan aktiviti lain.hehehe
tak pernag pergi event2 mcm tuh..teringin gak..
Nazri: Jumpa dimana tu..?? KLCC @ MECC...???
Sangratoo: Jumpa di Medan selera tabung haji lama jalan Ipoh
Arelan: masukkan slot melihat exhabition dalam aktiviti hujung minggu anda.
Papamifz: Dipersilakan datang...
sesekali tengok MIHAS
Post a Comment