~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

There was an error in this gadget

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, April 3, 2012

100 TAHUN NESTLE

Hello apa kabar semua...
Kali ni adando nak cerita
tentang aktiviti adando bersama famili 2 minggu lepas.
Adando bawa famili ke Muzium Negara
Sebab dah tak tau nak bawa mereka ke mana lagi.
Kalau tak bawa keluar
kesian pula pada budak budak
weekend takkan nak duduk rumah aje.
so
adando pun bawa anak anak ke Muzium
sekurang kurangnya terbuka juga minda anak anak.
sekarang di muzium negara
sedang berlansung
pameran
v
v
v
v
NESTLE
satu Company yang mengeluarkan pelbagai produk.
Dan sememangnya setiap isi rumah di Malaysia
pasti mengunakan produk Nestle.
Dan kini Nestle telah pun berusia 100 tahun.
TANIAH NESTLE..!!!
Anak anak kesayangan adando sedang memberi
pose dipintu masuk pameran.
Pose juga di sisi pintu masuk pameran.
si ben 10 Aidid berdiri bersebelahan maskot MAT KOOL
Pose di barang barang keluaran Nestle.
memang terimbau kenangan bagi adando
bila melihat packing barangan nestle dari dulu sampai sekarang.
Memang antik sesangat.
Cuba tengok gambar gambar ni...
pelbagai packing barangan keluaran nestle dari dulu.
Yang tak boleh adando lupa ialah
SUSU CAP JUNJUNG.
Masa tu zaman kanak kanak adando.
sapa yang sezaman dengan adando sure teringat iklan
susu cap junjung
dengan lagu
"...Lekaslah besar, Semanja ku sayang...
lekaslah besar dengan susu cap junjung..."
Begitu melekat dihati dan fikiran akan lagu dalam iklan itu.
Dalam pameran itu juga ada dipamerkan
bentuk bentuk dapur dari zaman dulu.
Yang ditas ini merupakan dapur Tradisional zaman 50an.
Masa ini adando belom lahir lagi...
Ada di pamerkan juga TV lama.
TV hitam putih.
Memang membuat adando teringat zaman kanak kanak adando.
TV macam ni dulu ada juga dirumah adando.
Kalau dulu rumah ada TV dah kira cukup Hebat.
Nak tukar chanel kena pusing punatnya dulu.
Bila dah tak tengok TV boleh ditarik pintu untuk menutupnya.
Yang ini pula
Dapur kontemporari, Dapur ini Top dizaman era 80an.
Masa dapur yang cam gini adando dah lahir.
Aik....Ada tetamu..???
Ohhh.....Siben 10 airil rupanya.
Dalam pameran itu terdapat juga alam Cyber.
Si E'sya pantang jumpa gajet.
itu Games yang dah selalu dia main dekat Lap top adando.
Si ben 10 Airil juga leka dengan game.
Aikkk....
Nape DApur Adando ada kat Pameran ni...
(Jgn nak Verangan wahai Adando)
yang ini pula Zaman dapur sekarang
ianya dikatakan Dapur Moden.
Pose dekat dapur moden.
Biasalah...Dapur zaman diaorang...!!!
Ada juga pameran untuk kesihatan.
JOM tengok
v
v
v
si Ben 10 Airiel sedang beriadah untuk menambah stamina
Ha..ha...ha.....
PEDAS....!!!!
Haaaa....
jumpa kawan ke..??

" Seen I born untill now,
My Famili used product Nestle.
TQ NESTLE "
Sebelum melangkah keluar
anda boleh menulis disatu ruang yang telah disediakan tanda sokongan
anda kepada NESTLE.
Yang atas tu adando conteng...!!!
Princess E'sya juga meninggalkan tandatangan.
Nak tau apa yang dia tulis...???
v
v
v
v
Nama dia "AIDA"
dikelilingi pula dengan bunga dan daun.
Ben 10 yang usia 4 tahun ni pula sibuk lukis idola dia
siapa lagi BEN 10.
Dan
sebelum meninggalkan perkarangan muzium negara.
Sempat juga melukis & mewarna di kulit.
tengoklah si Princess Aida tu..
Beria sangat nak untie tu lukis kat tangan dia.
Apa yang dilukis...???

minnie mouse.
Mula mula dia minta untie tu lukis
karektor kartun
PRINCESS SNOW WHITE
tapi
Hajatnya tak boleh ditunaikan....
Minnie Mouse pun boleh jugalah
biarpun tak berapa nak suka...
Jom tinjau pula apa yang berlaku pada
Si hero Ben 10 adando tu
v
v
v
Angry Bird NO Ben 10.
memang si airiel tak puas hati
sebab dia nak Ben 10.
Hero pujaan dia..!!!!
tapi hajat tak kesampaian...!!!!


Jom tengok sidebot.
Anak bongsu adando yang tak nak ketinggalan juga.
Angry Bird juga.
Si Eryna tak kisah apa pun...
sebab dia bukan tahu apa lagi pun...!!!
selesai menconteng muka dan tangan
dah nak balik, terserempak pula dengan badut.
Eeemmm....
apa lagi....
Belon satu....!!!!

Dah dapat belon satu,
kasi POSE satu kali dengan badut...!!!
OK...
Dah petang,
Moh kita pulang....!!!!
Nanti ada masa kita datang lagi...!!!

6 comments:

aReLaN said...

hepi je bebudak tu.hohoho...sempat la merasa susu cap junjung tu.

Anonymous said...

NESTLE the best

..::SangRatoo::.. said...

seronok anak²...hati mak ayah pun seronok juge :)

MamaEma said...

PERNAH ADA TV LAMA TUE..

wardah @ fie shah said...

Nestle dihatiku...katanyaaa..

aKSARAfENDI said...

msh ada lg ke pmeran ni?