~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Thursday, February 16, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ini dalam sejarah....
16 FEBUARI 2002 (10 tahun yang lalu)
merupakan hari Adando mengikat TALI PERTUNANGAN dengan my beloved wife.

Diam tak diam sudah 10 tahun Detik Manis itu berlalu.
Rasanya macam baru sahaja lagi majlis itu berlangung.
Tapi rupanya dah sepuluh tahun...

Masih ingat lagi time time tu...
15 Januari 2002
Bertolak dari N.sembilan jam 2.00ptg.
Konvoi bersama 6 buah kereta (Saudara dan kawan) membawa hantaran.
Jam 9.00 malam rombongan kami tiba di Sungai Petani.
Dan itulah pertama kali aku bersua muka dengan bakal mertua sebab sebelum ni memang tak pernah jumpa pun.

Mertua, saudara mara mahupun adik beradik my wife tak pernah pun tengok muka adando walaupun melalui gambar...
Hebat tak my wife sorok wajah adando ketika itu...
Adando pun tak pernah jumpa sesiapa pun saudara mara my wife sebab my wife tak mahu kenalkan adando pada sesiapa pun saudaranya selagi tiada apa apa ikatan.
Bila sesiapa sahaja yang nak tengok gambar wajah adando,My wife kata kalau nak tengok , tengok yang real bukan gambar...!!!

Malam tu adando pun berdebar debar sebab First time nak jumpa bakal mertua..
macam macam yang terfikir dalam kepala...Seram sejuk badan rasanya....!!
Apabila rombongan kami sampai di SP, Mertua dan bakal tunang adando telah menunggu di Plaza Tol Sg petani sebab rombongan kami tak tahu mana nak tuju.
setiba di SP rombongan kami dibawa kerumah dahulu untuk makan malam sebelum dihantar ke HOTEL untuk bermalam.

Percaya tak anda kalau adando katakan:
Merisik, meminang, menentukan jumlah hantaran, menetapkan tarikh tunang semuanya melalui Phone sahaja. Pihak perempuan pun tak kisah sebab faham jarak yang jauh antara N.9 dan kedah jadi gunakan kemudahan yang ada ketika itu...

Oklah...
setelah selesai makan malam dirumah bakal mertua rombongan kami dihantar ke hotel Emerald Puteri Sg Petani untuk merehatkan badan akibat perjalanan yang jauh.
Dan esok baru Majlis pertunangan.


16 FEBUARI 2002.
Selepas Zuhur Rombongan bertunang bergerak menuju kemajlis pertunangan dirumah mertua adando.
Fuhhh....!!!
Terkejut adando bila majlis tunang kami dah macam kenduri kawin.
Ramai tetamu yang datang. Saudara mara my wife ramai sebab semata mata nak tengok Adando. Maklumlah my wife adando betul betul SOROK kan Adando.
Maka dengan hari pertunangan kami itulah barulah
 semua saudara mara dan adik beradik my wife tengok adando.
Adando ketika itu...???
Rasa serba tak kena maklumlah jadi perhatian.
 saudara mara dan adik beradik semua nak saksikan Adando...
MALU BEB...!!!!
Tapi dalam hati sangat ceria.

Al-hamdulillah...
Majlis ketika itu berjalan dengan Lancar
sepertimana yang dirancangkan..
Setelah selesai semuanya,
jam 4.30ptg rombongan adando bertolak balik ke N.Sembilan..
 Dan sah lah masa tu Adando dah jadi
 TUNANGAN ORANG...!!!

kini Semuanya itu semuanya menjadi memori
 paling indah dalam diary adando.
Kepada yang nak bertunang tidak lama lagi adando nak ucapkan
"SELAMAT BERTUNANG."

10 comments:

ZWAN SABRI said...

kalau 10 tahun dulu, maybe disebabkan jarak yang jauh, so tepaksa bincang tu suma kt phone je tapi zaman lani, kalau jarak jauh, boleh bincang kat FB n SKYPE.. HAHA

*SiRibenMerah said...

congrats.. da 10thn kan.. hehehe~

rencah kehidupan said...

Zwan Sabri: ha...ha...ha....
sekarang ni boleh juga berbincang guna video call...

sekarang ni adando selalu aje call mak abah di kampung guna video call, dapat juga tengok mak abah...terubat rindu..!!

nanti nak ajar orang tua chatting di YM pula..!!!

rencah kehidupan said...

Siriben Merah: Yup...sepuluh tahun dah...kalau ada anak dah berumur 10 tahun kira dah sekolah darjah 4..
ha..ha..ha...

Bila tengok semula gambar tunang dulu rasa mcm nak gelak aje..
Malu pula nak masukan dalam blog sebab jauh berbeza dengan zaman sekarang ni....

Saya Disini said...

tAHniah...segoma berbahgia hingga ke akhir hayat

rencah kehidupan said...

Saya disini: Terima kasih.
Semoga anda juga sentiasa rirahmati oleh Allah.

rencah kehidupan said...

Anum: Sweet sangat tapi taklah sampai kena kencing manis...ha...ha...ha....

Nazri Razra said...

Walaupun dah 10 tahun tp tetap manis. Dok.gitu?

rencah kehidupan said...

Nazri Razra: Yup...Manisnya kurma ituuuu....!!! ha...ha...ha.....

Muhamad Azam said...

muda lagi kot nak bertunang nan sapa..

nice blog.. da follow sekali