~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Wednesday, May 11, 2011

RINDU OH RINDU.......

Kekangan kesibukan tugas membuatkan aku terpaksa berpisah buat sementara dengan keluarga yang dicintai.
Bermula dari 04 hingga 06 Mei 2011 aku berkursus di Janda Baik, Pahang. Menginap di Cherengin Resort.
dan 06 Mei setelah habis berkursus balik kerumah jam 04.00pm.. 
Sebelah malam
 jam 10.00pm Bertolak bersama staf MATRADE ke Negeri Trengganu Darul Iman untuk menghadiri 
" Sukan Badan badan Berkanun seluruh Malaysia " 
sehingga 14 Mei 2011.
Hampir 10 hari aku terpaksa berjauhan dari Isteri dan 
Anak anak.
Hanya panggilan talifon sahaja menjadi penghubung kami..
Namun aku merasa tidak puas kerana tidak dapat menyentuh dan membelai mereka..
setiap kali panggilan talifon Princess E'sya akan berkata : "Daddy...kakak rindu sesangat dengan daddy.Daddy jaga diri elok elok tau..."
membuatkan hati aku tersentuh...
Prince Airiel pula berpesan :
 "Daddy, Baliklah awal....Jangan work lama lama..."
membuat aku lebih sayu...
My Beloved wife berkata
"Bang, I miss you..." 
balas aku 
" MISS you Too"
Apapun biar berjauhan namun mereka tetap dekat dihati aku.. Rakan - rakan yang ada bersama aku di Ganu ni mungkin melihat aku sentiasa ceria dan Happy...
Namun tak siapa yang tahu bahawa hati aku sebenarnya sedih kerana berjauhan dari isteri dan anak anak....
SEMEMANGNYA AKU RINDU...AKU RINDU.....!!!!!!

No comments: