~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

WARNA WARNI KEHIDUPAN

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, May 24, 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH.

" SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI "
Pada 19 Mei 2011 Khamis.
Aku bersama 2 lagi rakan dari MATRADE
menyertai KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
anjuran
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
&
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
Jika sebelum ini kursus pengurusan jenazah mengunakan MODEL PATUNG tetapi kali ini mengunakan JENAZAH MANUSIA yang SEBENAR.
Jenazah ini telah meninggal 3 bulan yang lepas.
Punca kematian adalah disebabkan mati Lemas.
Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan tidak dituntut oleh sesiapa.
Bermakna Mayat ini tidak ada PEWARIS.
Aku memasukan cerita dan gambar ini bukanlah berniat untuk mengaibkan si mati tetapi sekadar untuk berkongsi cerita untuk dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman buat kita semua.
Si mati telah meninggal 3 bulan yang lepas..
Bau mayat ini tak boleh untuk aku gambarkan.
Tetapi sebagai rasa tanggungjawab aku tahan juga rasa loya dan nak muntah.
Si mati tidak dikenali identiti dan status agamanya.
Namun menurut ustaz Firdaus (Dari JAWI)
si mati bersunat tetapi tidak boleh dipastikan bahawa sekarang ini bangsa lain juga ada yang bersunat.
Jadi dengan itu Ustaz melihat akan fizikal mayat yang tidak mempunyai TATOO dan negara kita negara islam jadi konsider mayat ini dikatagorikan sebagai islam.
Jadi kita orang islam ini jangan sekali kali membuat TATOO di mana mana anggota badan kerana kita tak pasti akan masa depan kita bila meninggal nanti.
Sebelum memandikan jenazah,
seisi menyediakan kelengkapan untuk mengkapan jenazah.
Setelah selesai menyediakan kelengkapan kain kapan
kini tiba masanya untuk memandikan jenazah tersebut.
Dengan keadaan mayat yang sudah berbau satu cabaran buat peserta kursus.
First sekali,
Istinjakan jenazah,kemudian wudukan jenazah.
Jirus dan ratakan air diseluruh badan jenazah.
Bagi Jenazah yang sudah lama sebegini tidak perlu digosok dengan kuat kerana ditakuti akan menanggalkan kulit jenazah.
sekiranya ada anggota jenazah yang tertanggal seperti kulit @ rambut,
ianya harus dikumpulkan dan di kapan bersama.
Akhir sekali jirus dan ratakan air wangi yang telah dicampur dengan kapur barus
dan di wudukkan sekali lagi.
Sewaktu mandi Aurat si mati perlu juga dijaga.
Setelah selesai memandikan jenazah,
kita untuk langkah seterusnya iaitu mengkapan.
Bagi jenazah lelaki 3 helai lapis kain kapan diperlukan.
Selesai menutup jenazah,
kain kapan itu diikat pada Kepala & kaki (POCONG)
Dada, pinggang dan lutut.
setelah selesai seisi mengkapankan jenazah
ianya perlu disembahyangkan.
Setelah selesai menyembahkan jenazah
untuk yang terakhirnya ialah mengkebumikan.
" Dari Tanah engkau datang dan kepada tanah juga engkau dikembalikan "
Selesai memasukan jenazah kedalam lahad.
seterusnya bacaan TALQIM dibaca untuk memberi pengajaran dan pedoman kepada mereka yang masih hidup.
Sesungguhnya satu pengalaman yang cukup berharga untuk saya.
dan rasa keinsafan terbit dalam diri.
namun sedih juga mengenangkan nasib si mati yang sebegini,
kita tak pasti akan nasib kita yang akan datang.
WALLAHUALAM......
Dan akhirnya kami dianugerah sijil.

3 comments:

NM02 said...

Allahuakbar...

kental hati kau bang. aku tak boleh la kot. tapi tak tau la kalu dah dalam keadaan mcm ni, Allah buka pintu hati aku utk membuatnya.

tahniah, aku tabik spring ngan kau.. akhirnya sijil tu menjadi milik kau dan semoga dengan adanya pengalaman sebegini, kau akan terus ke jalan yang lurus.

frame sijil ni utk tatapan anak2, keluarga dan org kampung. nnt aku pegi open house umh kau lagi, aku sign kat bingkai frame tu sekali. hehehe

AsKar said...

assalamuaalikum saudara,

mohon bertanya.. macamana untu saya sertai program sebegini ya?

saya tinggal di cheras,
harap boleh berkingsi info & ilmu..

saya ingin mencari ilmu dalam pengurusan jenazah, untuk persediaan kpd kedua ibubapa saya..

ezatlex said...

assalamuaalikum saudara,

mohon bertanya.. macamana untu saya sertai program sebegini ya?

saya tinggal di cheras,
harap boleh berkingsi info & ilmu..

saya ingin mencari ilmu dalam pengurusan jenazah, untuk persediaan kpd kedua ibubapa saya..