~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Friday, October 12, 2012

Annual Konsert & Konvokesyen My Princess.

Hai semua...
Lama sudah adando tak berblog ni.
Bukan tak jenggah tapi cuma tak masukkan entry aje.
Ni mood sudah ada
Tapi
Suam suam kuku aje mood ni.

Adando pun tak tahu nak mulakan yg mana dulu.
banyak sangat benda yg nak dikongsikan.
Oklah
adando buka story pasal
ANNUAL KONSERT & KONVOKESYEN anak Adando.
Siapa lagi klu bukan
Si Princess Aida Syadiena Illiesya.

Sudah 2 tahun E'sya bersekolah di Q~dess
Di Bukan Rahman Putra Sungai Buloh.
Start umur 5 tahun lagi.
Al-hamdulillah...
Biarpun berbelanja lebih untuk persekolahannya
namun adando dan wife sangat berpuas hati
dengan perkembangannya.
Sudah boleh membaca bahasa melayu dan Inggeris dengan pantas,
 mengira campur tolak bahagi darab dengan cepat.
Bercakap bahasa inggeris dan faham bahasa inggeris.
Memang berbaloi.

Tahun ni merupakan tahun terakhir dia bersekolah disana.
Tahun hadapan akan masuk Darjah 1 di sekolah kebangsaan.
so
pada 23 September yang lepas (Lama sudah.....)
Majlis Annual Konsertnya dan majlis konvokesyen.
Venue: S.J.K. (C) Chee Ween, USJ 1,
Persiaran Subang Mewah,
47600 Subang Jaya.
Tempat yang sama seperti tahun lepas.
Klik aje kat bawah ni untuk annual konsert tahun lepas
v
v
Annual Concert part 01
v
v
Annual concert part 02
V
V
v
Annual concert part 03

Tahun lepas pakaian ala ala Inggeris.
Dress Pendek polkadot.
Tahun 2012 ini
Lebih kemelayuan sikit.
Layan aje gambar dibawah ni.
Comel anak daddy.
Dah macam penari pakngah pula.
hi...hi...hi.....
Gambar ni adando ambil sewaktu dia terima baju ni.
2 hari sebelum konsert.
So try dulu sebelum hari konsert.
Manalah tau kot kot tak sesuai so boleh repair.

Inilah stage yang sama seperti tahu n lepas.
Cuma backdrop aje bertukar.
Konsert bermula jam 4 petang
tapi ibubapa teruja jam 3.00 petang dah penuh dewan.
Nak beri sokongan pada anak.
Murid murid sampai pukul 3.30 petang.
mereka semua menaiki Bas yg telah disediakan oleh pihak Sekolah.
tahun ini combain sekolah Qdess Sg Buloh dan Rawang.
Persembahan pembukaan dari Q~dess Sg Buloh.
murid murid berusia 6 tahun.
Tarian yang dipersembahankan
Tarian kuda Kepang dan lagunya Kuda Hitam.
Murid murid perempuan semua pakai topeng...
Jenuh juga nak cam mana satu anak sendiri...
Sbb semuanya kecil molek belaka...
Yg ini pula budak budak berusia 3 dan 4 tahun.
Comel dan cute.
Rasa tersentuh pula hati bila mereka yg berusia 3 - 4 tahun
boleh ingat step untuk menari.
Kagum dengan kesabaran dan kebolehan cikgu yang mengajar.

yang ini pula persembahan dari Q~dess Rawang.
usia 5 tahun.
Memang comel comel budak budak ni.
kena pula dengan costume yang bling bling...
Selesai acara tari,
pertengahnya pula majlis konvokesyen.
Inilah princess adando.
Menerima Sijil dari Principal Q~dess Bukit Rahman Putra
Miss Rose.
Masa ni rasa terharu sesangat.
Ya Allah....
Suatu hari nanti engkau kembalikanlah semula saat sebegini
kepada anakku
tapi ketika itu mungkin betul betul segenggam Ijazah.
Amin.
Bergambar kenangan bersama rakan rakan sekelas.
Sempat lagi princess Esya melambaikan tangan.
Seronok sangat adando tengok time ni.
Persembahan diteruskan lagi dengan tarian tarian dan macam macam lagi.
Show dari Q~dess Rawang.
Persembahan ke dua.
lagu horey horey...
kali ini agak seksi sikit...
tapi tetap comel kanak kanak ni.
Selepas selesai semua persembahan.
Esya sibuk nak bergambar dengan teacher dia.
inilah teacher Suria guru kelas esya.
Teacher suria ini banyak membantu dan mengajar esya.
Terima kasih Teacher suria atas tunjuk ajar dan bimbingan
terhadap my Princess.
Sebelum balik mummy pun nak pose juga.
My Prince Aidid tu dah teruja sangat nak sekolah.
Insyaallah..
Tahun hadapan Abang juga akan daddy hantar ke sekolah Q~dess.
My Prince & My Princess.
"Daddy...Kakak kita cantikkan pakai macam ni...." kata Aidid.
"Yup...Kakak kita memang cantik dan abang pun Hensem.." kata adando.

Sekian sahaja untuk kali ini cerita tentang Annual Konsert dan Konvokesyen my princess Aida Syadiena Illiesya,
Insyaallah..
Tahun hadapan cerita tentang Annual konsert Q~dess 
tapi masa tu Prince Aidid Airiel Shahreza pula.

Bye...!!!

2 comments:

..::..aRe-Na..::.. said...

aloloo..cantiknya aida...

Ainim Rashihah said...

menyerlah gitu anak abg. congrats ye