~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Monday, October 22, 2012

KESAYANGAN......

Hai... Selamat semua.
Salam sejahtera juga kepada pembaca blog adando ni.
Biarpun sepanjang minggu ini adando sibuk dengan tugas hakiki di pejabat
namun adando sempat juga nak up date blog ini.
Inilah 3 permata hati adando dan wife.
Tanggungjawab dan amanah yang besar anugerah dari Allah kepada kami.
Sepanjang 10 tahun tempoh perkongsian hidup adando dan wife
kami dianugerahkan 3 permata hati pengarang jantung
pengikat dan pengukuh kasih sayang kami suami isteri.
Syukur Al-hamdulillah atas kurniaan ini.
Syukur yang teramat kepada Allah kerana mengurniakan kami
anak anak yang Comel, Cute, Bijak, Cerdik dan petah.
Seorang putera dan dua puteri.
Pelengkap bahtera perkawinan adando.
menceriakan hidup dan meriuhkan rumahtangga adando.
Anak sulong Adando.
Nama : Aida Syadiena Illiesya Bt. Shahadan.
Usia 6 tahun.
Tahun depan dah start masuk Sekolah Kebangsaan.
Memang suka akan berposing.
Sentiasa nak nampak cantik.
Minat kepada benda benda seni.
Pantang jumpa Buku, Pen / Pensil dan colour.
Memang minat dari kecil lagi
Suka menyanyi / menari.
Wekend mesti minta bawa ke Karaoke.
Daddy adando layan aje
coz minat yang sama.
Sekarang ni dah laju membaca dan menulis.
pantang nampak bahan bacaan.
Esya ni agak pendiam dan tak banyak cakap.
Sebagai anak sulong dia seorang yang selalu mengalah dengan adik adik.
Haa.... ini anak no 2 adando.
Satu satunya anak teruna adando.
Aidid Airiel Shahreza Bin Shahadan.
Usia 4 tahun.
Tahun depan start masuk sekolah Tadika.
Awal awal dah beritahu dia nak sekolah Q~dess.
Karektor dia memang banyak berbeza dengan kakaknya.
iyalah...dia lelaki kakaknya perempuan.
Airiel ni banyak cakap.
Berbeza dengan kakaknya..
Kalau kakak suka buku, pen,colour
Airiel pula suka akan Permainan.
dan semuanya klu boleh nak ada karektor Ben 10.
Tak sabar pula adando nak tengok dia ke sekolah.
Dengan Kenakalannya tak tahulah mcm mana kat sekolah nanti.
Harap harap bolehlah dia contohi kakaknya.
Yang ini anak bongsu adando.
Aida Eryna Qaireen Binti Shahadan.
berusia 2 tahun.
Sangat Manja.
Sekarang ni tengah sibuk dan belajar nak explore.
Apa saja yang kakak & abangnya buat
sure dia nak juga.
Kalau kakaknya suka Princess.
Abang pula suka Ben 10.
Dia juga ada karektor kartun yang dia suka.
MICKEY MOUSE & MINNIE MOUSE.
Layan ajelah.....
Eryna...Memang manja...
Tak boleh langsung nak tinggi suara dekat dia.
Sure dia merajuk dan mula nak nanggis....
Inilah..ketiga tiga anak adando.
setiap sorang ada ragamnya sendiri.
Daddy & Mummy sayang sangat pada semua.
Ok..
Bye...
Jumpa lagi next entry...