~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

There was an error in this gadget

IKLAN SEBENTAR

Wednesday, August 10, 2011

KARIPAP

Hari ini 08 Ogos 2011.
08 Ramadhan.
Aku masih dalam cuti sakit.
so duduk rumah tak tau nak buat apa..
Tiba tiba terfikir pula nak buat
SUPRISE
untuk
My Beloved Wife.
So
Aku cuba membuat kuih Karipap
untuk santapan kami sekeluarga
ketika berbuka puasa nanti.
BAHAN BAHAN UNTUK MEMBUAT INTI:
  • 1 biji setengah bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 atau 3 biji kentang (potong dadu)
  • Udang kering (Ikut suka berapa banyak)
  • Daging (ikut suka nak letak berapa banyak)
  • Daun sup.
  • kacang panjang / Carrot / Kobis

Daging mentah.
Daging tadi di goreng terlebih dahulu.
Kentang yang dipotong dadu.

kacang panjang.
CARA CARA MEMBUAT INTI:
bawang besar + bawang kecil + Udang kering
dikisar bersama 2 sudu REMPAH KARI.
kalau nak pedas boleh masukkan juga sedikit Cili Kering.
Panaskan Minyak masak dan tumis segala barang tadi sehingga garing.
Selepas itu masukkan daging yang telah digoreng diikuti dengan
kentang yang telah di potong dadu.
Masukkan sedikit Air untuk mengEMPUKkan kentang.
(Jangan letak air terlalu banyak kerana ditakuti 
kentang tadi akan terlalu empuk dan inti akan menjadi cair)
Masukkan Garam secukup rasa.
(Jangan terlalu banyak garam kerana kulit keripap nanti juga letak garam juga)
kemudian
apabila kentang sudah masak
masukkan daun sup bersama kacang panjang.
gaul sebentar sahaja.
kerana kalau terlalu lama
nanti aroma daun sup akan hilang dan kacang hilang zat.
Ada Faham adik manissss....????
* anda juga boleh meletakkan Carrot + Kobis.
sebanyak mana terpulang...!!!!
Inti yang masih banyak air.
Yahooo....
Menjadi inti Karipap aku....!!!!


UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP.
Bahan bahannya:
1. setengah potong Buttercup
2. 500gram tepung gandum.
3. Garam secukup rasa.
Buttercup yang beratnya 250gram.
Dibahagi 2.
Buttercup sedang dicairkan.
500gram tepung gandum.


CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP:
Cairkan buttercup tadi...Tapi jangan terlalu lama.
masukkan kedalam tepung gandum.
masukkan sedikit garam.
uli barang barang tersebut bersama air.
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Sehingga menjadi DOUGH seperti dibawah.
v
v
v
Apabila inti dah siap Kulit pun dah siap.
maka bolehlah proses membuat karipap.
Siapa yang tak tahu nak buat klip karipap tu
(Macam aku ni.....)
pergi aje beli ACUAN Karipap tu.
macam macam size ada.
RM0.80 aje.
(mengikut size)

Ha....
kan dah jadi....
tunggu masa aje nak goreng...!!!!

APA....?????
Tak tahu macam mana nak buat karipap ni..???
Ambil sedikit Dough tadi di Giling dengan rool.
jangan terlalu nipis nanti bocor pula.
ketebalan mengikut citarasa anda.
janganlah pula buat
"SETEBAL BIBIR NEGRO.."
Agak - agak sudah.....
(mcm pernah dengar statement ni....)

Inilah hasil usaha aku.
FIRST TIME 
buat
KARIPAP......

Apapun aku sengaja aje nak kongsi pengalaman pertama aku buat KARIPAP ini.
Al-Hamdulillah...
Menjadi juga..Rasanya Enak...
Lepas ni Makcik makcik yang jual karipap
tak merasalah duit aku untuk beli karipap sebab dah boleh buat.
Maaf ye...makcik...
Karipap Makcik harap besar aje tapi inti macam nak tak nak aje letak...!!!

7 comments:

wardah @ fie shah said...

AGAK² JE LAH..hahahaha

..::SangRatoo::.. said...

syabbas bang!! tingin benar aku nak membuatnye...hehehe nanti aku amek resepi ye..tq :D (agak² sudahlah)

wahida said...

cayalah bang...aku pun tak pernah buat karipap bang...
ni yg tercabar ni..kehkeh...

ADAN + LINA said...

Wardah @ Fie: ha...ha...ha...Statement tu sampai PENCEN tak akan dilupakan...!!!

ADAN + LINA said...

Sangratoo:Buat buat....nanti klu tak faham call aku... kita buat pengajiaan secara on line...!!!
Agak agak sudah....!!!!

ADAN + LINA said...

Wahida: Mula mula tu memang rasa macam susah tapi bila dah buat...Fuhhh...semangat meresap..

Haza Wahida said...

sedapnya terliur saya. kagum kagum