Pagi Raya, selepas bersarapan, bersalam salaman dan beramai ramai ke Masjid untuk solat Hari raya
aktiviti seterusnya ialah menziarahi Pusara di Kg Semeling,Bedong kedah.
Cuaca pagi tu, agak penas sedikit.
Maklum dalam pukul 11 pagi kami kesana.
Matahari tengah nak naik.
Pusara ini ialah pusara Bonda kepada mak mertua aku.
kiranya NENEK kepada My Wife.
Aku sendiri pun tak pernah jumpa sbb dia dah meninggal sebelum aku kawin lagi.
Apapun Al-Fatihah dan Doa dibaca semoga rohnya dicucuri rahmat.
Tengoklah Si Aidid tu..
First time (semenjak dah cerdik ni...) pergi ke Pusara.
Tapi mulutnya bising....
sebab teruja...!!
Mak tok... siapa tido dalam ni..???
Soalan dari aidid kepada mak tok.
"Daddy...Tolong ambik cermin mata abang dalam kereta...Abang panas dan silaulah"
Ayat aidid untuk aku...
Nasib baik kereta aku parking tak jauh...
Korang perasan tak...
anak dara aku si Esya tu tak ada..
Sebab dia tak mahu masuk area kubur
sebab takut...!!!
So di duduk dalam kereta aje...
bersama bibik dan si debot Eryna
Bacaan ya'sin.
Yang ini pula pusara Mak sedara (Chak)
Kakak sulong mak mertua aku.
Allahyarhamah Chak ni aku sempat jumpa...
Al-Fatihah dan didokan semoga chak ditempatkan bersama para ambia.
Sempat juga membersihkan pusara mak chak.
No comments:
Post a Comment