Seronoknya rasa balik Kampung N.sembilan..
Biarpun balik hanya 2 hari tetapi tetap rasa puas hati..
Dapat bersua muka dengan Mak & Abah.
Dapat melepaskan rindu menikmati MASAKAN mak...!!!
Lepas kerja 22 April (Jumaat) jam 8.30 malam
bertolak balik ke Kg bersama Famili semua.
E'sya & Airiel punyalah seronok...
Maklumlah sudah hampir 3 bulan aku tak pulang ke Kampung...
ini kerana beban kerja yang banyak dan hal hal yang tak boleh dielakan.
Dalam tempoh 3 bulan tu hanya panggilan talifon sahaja menjadi pelepas rindu.
Jam 11 mlm sampai di kampung...
Kepulangan kami disambut riang oleh Mak & Abah dimuka pintu.
Bila dengar kami balik Mak sudah siapkan makanan kegemaran aku.
Maklumlah sambut kepulangan anak lelaki tunggal dia ni..
Sambil makan sambil menyembang dengan mak, tak sedar jam dah 3 pagi...!!!
Seronok punya pasal tak sedar masa berlalu...
SABTU 23 April.
Malam anak anak buah dok berkumpul dirumah mak.seronok sakan depa semua.
Maklumlah sesekali dapat bertemu muka.
tenggok ajelah gambar - gambar di bawah ni...
Memang riuh rendah jadinya rumah.
Abah & Mak yang selalu kurang sehat nampaknya HAPPY bila ramai cucu berkumpul.
Princess E'sya & Prince Aidid
tak usah cakaplah macam mana bergembira dapat bermain dengan causin causinnya...
Tengok pic ni...
My Mom (MAK WAN)
Sporting bergambar dengan sebahagian cucunya.
Ni baru 7 orang aje cucu Mak wan.
kalau ikutkan ada 23 orang semuanya.
Ini pula Prince Airiel bersama Causinnya Ayuni.. dia dua orang memang Ngam berkawan. Ayuni yang baru2 ini kena demam tarik pun dah Okey..Al-Hamdulillah...
Ahad 24 April.
jam 5.00ptg dah bersiap sedia untuk aku dan Famili balik ke sg Buloh.
Biarpun rasa macam tak puas berada di Kampung tapi apakan daya
esok Isnin nak kerja...!!!
Insyaallah...
Ada kelapangan kami akan balik lagi....
Princess E'sya manja dengan Mak wan,
Prince Airiel manja dengan atuk.
Namun yang pasti
Mak & abah tetap sayang kedua duanya...
Aku juga sempat berposing ngan abah & mak sebelum berangkat balik ke sungai buloh...
Peluk Cium Mak & Abah..
Sebab
minggu depan aku akan balik ke Utara Pula.
Cam ginilah bila ada 2 famili...
Namun bagi aku mana mana pun tetap sama.
Mertua pun sama juga macam mak & abah sendiri...!!!!
No comments:
Post a Comment