Hai.... Bersua lagi...
kali ini adando akan menyambung semula cerita percutian adando bersama keluarga.
Sebelum ini adando dah buat Part 01
so siapa yang tak baca mukadimah silalah
V
v
V
Malam tu cuaca Cameron Highland memang sejuk.
Apatah lagi hujan pula turun pada sebelah malam.
Masing masing tidur semua pakai Stokin dan berselimut tebal.
(nasib baik ada bawa selimut sendiri)
Gambar ini dirakamkan jam 10 pagi. Kabus masih lagi menebal.
kalau di KL pkl 8 dah tak nampak kabus..
Mr Ben 10 baru bangun tidur.
Assalamualaikum, Good Morning Mr Ben 10.
Airiel yang agak malas untuk meninggalkan katil apatahlagi cuaca sejuk.
Tapi paksa juga bangun dan mandi.
Selepas semua bersarapan pagi tu,
Agenda pertama kami adalah
melawat Ladang Teh.
Kami ke Sungei Palas dimana terletaknya
Ladang Teh Boh.
Al-Hamdulillah cuaca pada masa itu redup dan sejuk.
memang segar dan nyaman..
Airiel dan budak budak lain semua teruja.
selama ini mereka hanya minum teh.
Tapi kali ini
mereka dapat menyaksikan bagaiman Daun Teh di proses
untuk dijadikan minuman.
Sewaktu sampai diladang teh boh ini.
Kenderaan awan terpaksa di parkir dibawah,
dan pengunjung terpaksa mendaki bukit melalui pokok teh
untuk sampai di atas bukit
dimana terdapat kilang teh.
Sesampai diatas,
pengunjung boleh membaca latar belakang sedikit sejarah tentang
tentang Cameron Highland dan Ladang teh ini.
Info info diletakkan disepanjang jalan menuju ke Kilang teh.
Bergambar sebelum memasuki kilang teh.
untuk menyaksikan bagaimana Daun teh di proses.
Bergambar didalam kilang teh.
Eryna tu faham ke...???
Selesai menyaksikan cara memproses teh
Tibalah masa untuk seisi bergambar pula..
Layanzzz.....!!!!
Model model cilik Boh Teh
Nasib baik cuaca tak panas...
So budak budak ni ceria...!!!
"Kami semua minum teh....!!!!"
My Sister and my Brother in law....!!!
Ayung bersama familinya...
Cuma anak sulong aje tak dapat joint...!!!
Posing jangan tak posing...!!!!
Happy Famili...
Masa ni Mr Ben 10 dah mula buat ragam...!!!
Berjimba ceria semua...!!!!
Barisan bakal bakal anak dara satu ketika nanti.
Hampir 2 jam juga kami menghabiskan masa disini.
Memang seronok dan gembira.
Pemandangan hijau yang meluas.
Sewaktu melangkah menuruni ladang teh sempat juga lagi berposing.
Famili adando dah 2-3 kali ke Cameron highland ni
tapi ini first time sampai di BOH.
Mr Ben 10 Airiel masa ni bad Mood sikit.
Mr Ben 10 Aidid Airiel Shahreza.
Dua Princess Adando.
Kalau dapat berposing memang tak ingat.
Semasa di ladang teh ini, Esya ada juga bertanya
E'sya : " Daddy.. kat sinilahkan cerita Ombak Rindu..?"
Adando: " Iya kakak. kat sinilah diaorang berlakon cerita ombak rindu"
Dalam hati, ingat juga lagi cerita Ombak rindu...
Selepas melawat ladang Teh Boh.
Perjalanan kami diteruskan.
Agenda selanjutnya
akan adando Paparkan selepas ini.
So
Tunggu entry
"Bercuti bersama keluarga - Part 03."
3 comments:
Dari gambar, saya tahu percutian awak kali ini pastinya yang paling menyeronokkan. Cameron Highland selalu menjadi tempat kegemaran saya.
Nape Ben 10 bad mode je tu?,
Seronok yea dpt melawat ladang teh menghirup udara segar di sana....
Segar sungguh gambar tu.. ni mesti sebab banyak minum teh.. heheh
Post a Comment