~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

There was an error in this gadget

IKLAN SEBENTAR

Friday, June 15, 2012

BERCUTI BERSAMA KELUARGA - PART 01

Hai... Adando kembali bercerita lagi.
Kali ini adando nak bercerita tentang
PERCUTIAN BERSAMA FAMILI SEMPENA CUTI SEKOLAH.
Untuk kali ini adando bercuti bukan sahaja bersama famili adando
tapi turut dituruti oleh famili kakak adando (Ayung).
Ayung joint pun last minutes sebab tak plan pun.
Ayung pun belum pernah membawa anak anaknya bercuti di Cameron.
So cuti sekolah ini peluang nak bawa anak anak kesana.
Berehat sebentar di R&R di Rawang.
Makan bekal yang Mak beri.

Ayung bertolak dari N.Sembilan.
So adando Hanya tunggu di Sg Buloh sahaja.
Jam 2.00 petang kami bertemu di R&R Rawang.
Makan dan rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
konvoi 2 biji kereta pun bermula.

Rombongan konvoi kami melalui jalan Tapah.
Memang jalannya agak kecil dan sempit serta bengkang bengkok.
tapi bagi adando yang beberapa kali ke Cameron tetap memilih jalan ini.
sebab selain pemandangan yang menghijau dan cantik.
Jalan ini melalui beberapa kampung orang Asli.
Rumah rumah orang asli yang Unik.
Disamping itu boleh juga memberi sedikit ilmu kepada anak anak.

Gambar hasil Mr google.
Dan sebelum sampai ke Cameron jika melalui jalan Tapah
kita akan bertemu water Fall
Latar Iskandar.
Tapi kami semua tak singgah cuma lalu sahaja.
kerana masalah parkir susah sangat.

Dalam jam 5.00 ptg setelah melalui jalan yang bengkang bengkok.
melewati perkampungan orang asli
Akhirnya kami semua sampai di Ringlet.
Pintu masuk ke Cameron Highlan melalui Tapah.
Sebut Cameron Highlan sudah tergambar akan buah strawberry.
Sewaktu memasuki kawasan Cameron highland
akan akan disambut dengan Replika Strawberry.
Kat sini pun kami tak sempat nak berhenti
sebab terlepas dan tiada kawasan parkir yang disediakan.
Agak bahaya juga untuk berhenti.
Selepas melalui Ringlet kita akan bertemu pekan Habu.
Teruskan lagi perjalanan akan bertemu pula Tanah Rata.
Dikawasan Tanah Rata ini
terdapat satu Ladang Teh.
"BHARAT TEA PLANTITATIONS"
Anak Anak & Anak anak sedara adando sudah mula teruja.
Dari Bharat tea ini boleh nampak ladang teh yang saujana mata memandang.
Kami singgah disini.
Pekena Tea untuk minum petang.
Cantik dan menghijau.
Subhanallah...Cantik sungguh alam ciptaan Mu.
My beloved wife bersama anak dan anak sedara.
Inilah My sister (Ayung)
Jemput Minum tea.
Boleh tahan juga harga Tea disini.
Tapi tak mengapa, Bukan selalu pun, cuma sekali sekala.
Pelbagai  perisa tea boleh anda nikmati disini.
Kami menghabiskan masa hampir 1 jam disini.
disamping menjamu tea disini
Bharat tea plantation ini juga ada kiosk
untuk membeli Tea sebagai souvenir.
Selepas menghirup tea
dan
menyedut udara nyaman di Bharat Tea kami terus ke
tempat penginapan kami.
terletak paling atas Cameraon Highland
di KEA FARM
sesampai aje Hotel, Terus Check in,
Kami menginap Apartment 2 bilik.
Cukup selesa dan menarik.
Apapun adando nak ucapkan TERIMA KASIH kepada rakan sepejabat adando.
Telah mengoffer untuk adando stay disini dengan harga yang begitu murah.

Kami sampai disini dalam jam 6.30 ptg.
Cuaca agak mendung dan sejuk.
Kabus dah mula menampakkan diri.
Kedinginan sudah mula menerpa.

Selesai menurunkan semua barang,
rehatkan badan,
tunaikan tanggungjawab kepada yang esa.
Malam tu kami semua sepakat untuk makan
Steamboat
Gambar dari google.
Tapi tak sempat nak bergambar sewaktu menikmati keenakan
Steamboat malam tu.
Makan di Restoran Fauzi Tom Yam & Steamboat.
V
V
Satu satunya restoran melayu yang menyajikan steamboat
jadi tak ragu ragu untuk santap akan halalnya.
cuaca memang sejuk makan pula makanan yang tengah panas panas memang layan.

Jam 11.30 Balik semula ke hotel dan apalagi tidur dan tidur kerana esok ada plan lain.


Lepas ni adando akan cerita lagi percutian
3 hari 2 malam kami di Cameron Highland.

10 comments:

♥ Wina ♥ said...

wah bestnye pegi Cameron..saya suke Cameron!

kami pun makan malam kat restoran steamboat nie jugak hari tu..murah & sedap!

Nazayiena said...

Bestnya pegi bercuti cameron......

Saya Disini said...

wah..best sangt

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

suka CH damai jer
plus ai love strawberry tea...
mmg dlm umah kena ader...buat kat CH lagik sedap ekkk

~ ADANDO ~ said...

Wina: yupp...CH memang best dgn cuaca yang sejuk & menyegarkan...

~ ADANDO ~ said...

Nazayiena: Percutian bersama famili memang best dan ramai...

~ ADANDO ~ said...

Saya disini: Best memang best...Puas hati...!!!

~ ADANDO ~ said...

Lady Ayu: Betulll....CH memang best. Strawberry, Sayur sayuran semuanya segar.. Teh juga mengagumkan..!!!

Nazri Razra said...

Nak pi lagiiii....

~ ADANDO ~ said...

Nazri: silakan.... pergilah bercuti disana lagi....