~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Friday, March 30, 2012

07 JAMADILAWAL 1433H

Mari kita membuat perkara perkara sunnah dihari Jumaat
antaranya:

DIRI SENDIRI
1. Mandi sunat Jumaat
2. Memakai pakaian yang bersih dan cantik
3. memakai bau-bauan.
4. Sunat memakai pakaian yang berwarna putih.
5. Sunat mengelokkan rupa parasnya dengan membersihkan anggota tubuh badan.
6. Memotong kuku.
7. mengemaskan misai & Janggut.
8. mencabut bulu ketiak.
9. Mencukur bulu air-ari.
 10. Menggosok gigi dan sebagainya.
(Jangan nak memandai mencukur BULU KENING)

IBADAH
1.Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan solat Jumaat seawal waktunya.
2. Berjalan kaki ke Masjid.
3. Membanyakkan membaca zikir, berselawat dan bertahmid kepada Allah.
4. Memperbanyakkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya.
5. Memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah
(pada malam dan waktu siangnya)
6. Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.
7. Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya."
8.Disunatkan bagi orang yang mengantuk ketika mendengar khutbah pada hari Jumaat supaya berpindah tempat duduknya.
Berdasarkan riwayat dari Ibnu Umar katanya,
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat di dalam majlisnya maka hendaklah ia berpindah ke tempat duduk lain."