~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, January 4, 2011

ESOK....

ESOK...05 Januari (Rabu) Princess Illiesya akan melangkah ke Sekolah.Diam tak diam sudah 5 tahun usia E'sya.Siapa Sangka 5 tahun yang lalu esya yang lahir tidak cukup bulan kini akan melangkah ke sekolah.Biarpun sekolah di kindergarden Q~Dess namun ini adalah pendedahan awal sebelum melangkah ke Sekolah Kebangsaan tahun 2013 nanti...
Biarpun sekarang ini aku telah menghantarnya ke Pusat Tuition "KUMON" dan tiada apa apa masalah sewaktu seisi Tuition kerana KUMON hanya ada subjek ENGLISH dan memakan masa 2 jam sahaja.
Al-Hamdulillah..Berbaloi juga aku menghantarnya disana kerana sekarang ini dia mampu skor 5 star dalam bahasa English.
Esok Princess E'sya akan ke Q ~ dess pula...Kena bangun Awal kerana perlu sampai ke sekolah sebelum jam 8.00 am. sebelum memasuki kelas kena nyanyi lagu "NEGARAKU" dan Lagu "SEKOLAH Q~ Dess.Kelas akan bermula jam 8.30 am dan berakhir jam 12.00 pm...
Esok 05 & 06 aku dan my beloved wife akan ambil cuti dan hantar Princess E'sya ke sekolahnya..Entahlah apa keadaan E'sya esok..Harap - harap esok semuanya akan berjalan dengan lancar dan Esya tak buat hal..

No comments: