~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Monday, December 12, 2011

MALAM MATRADE 2011.

Jumaat Lepas 09 - 12 - 2011
Berlangsung MALAM MATRADE di MEEC MATRADE HALL
Jalan Khidmat Usaha.
Seperti entry adando yang lepas temanya ialah
OREN - COKLAT - HIJAU.
Adando dan Wife memilih konsep BOLLYWOOD
berdasarkan warna tema yang dianjurkan.
Adando mengenakan pakaian yang dipanggil JIPPA
dan My wife mengenakan PUNJABI SUIT.
Sebelum majlis bermula
Adando telah di beri tugas untuk menjaga
Artis jemputan pada malam itu
Siapa lagi kalau bukan
JUARA RAJALAWAK MUSIM KE 2 dan KE 3
NABIL dan Juga JEP dari kumpulan Sepah.
Memang GILER perangai 2 orang ni.
Duduk semeja dengan dia tak kering Gusi dibuatnya.
Ada sahaja LAWAK yang dibuat...
mengikut Feng shui Cina
no 8 membawa tuah
so kami memilih table no 88
konon konon nak bertuah untuk dapat lucky draw
tapi
TERIMALAH HAKIKAT
awak tu tak pernah lucky pun...
ha...ha...ha......
inilah member member yang duduk semeja dengan Adando.
Tepat jam 8.15mlm
Menteri  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),
Datuk Mustafa Mohamad tiba.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian dari Kumpulan koir MATRADE
dibawah bimbingan Guru Vokal
Cikgu Siti Hajar.
Kumpulan koir MATRADE mendendangkan lagu
NEGARAKU dan MATRADE JALINAN ANTARABANGSA.
Dulu Adando juga adalah Ahli koir MATRADE
tapi sekarang KOMITMEN banyak so terpaksa berundur buat seketika.
Insyaallah
kalau ada Keizinan akan joint semula.
Selepas persembahan koir
ucapan dari
CEO MATARADE dan Ucapan dari Y.B Menteri MITI
majlis diteruskan dengan
Anugerah Khidmat Cemerlang.
Adando nak ucapakan TANIAH kepada semua yang menerima anugerah.
selepas itu
Barulah persembahan dari
RAJA LAWAK
NABIL dan JEP SEPAH.
Memang GAMAT MATRADE Hall dengan lawak lawak Spontan
dari pelawak ini.
dan ada juga kawan kawan adando komen
ada lawak yang agak keterlaluan.
Tapi bagi adando segalanaya OK sahaja.
Biasalah niat mereka adalah sekadar melawak sahaja.
untuk menghiburkan semua.
Selain dari juara rajalawak ini
ada juga artis jemputan lain yang di panggil untuk membuat persembahan
iaitu Band yang didatangkan dari Janda Baik pahang
Band RIMBA HARAPAN.
Sepatutnya Band Rimba Harapan ini banyak menyanyikan lagu lagu.
tapi
disebabkan NABIL dan JEP dah OVER RUN
Band Rimba Harapan ini hanya sempat memainkan beberapa buah lagu sahaja.
Ramai juga yang berkata
"Tak puas dengar Band Rimba Harapan ini"
Biasalah
Boleh dikatakan seluruh warga MATRADE sudah mendengar
performance dari RIMBA HARAPAN
tapi malam itu peluang untuk RIMBA HARAPAN beraksi
memainkan lagu lagu yang catchy tidak kesampaian kerana kesuntukan masa.
Apapun TIUPAN SERULING dari RIMBA HARAPAN
sewaktu Opening Gambit memang mengasyikan....!!!
Selepas kumpulan dirimba membuat persembahan
Lawak diteruskan..
kali ini Nabil mengenakan Staf MATRADE.
Emma kena menyanyi
berduet dengan JEP sepah...
Tapi aksi Nabil dibelakang emma memang melucukan...!!!
Disamping itu juga ada Cabutan Bertuah.
Ramai yang dapat cabuatan bertuah dan hadiah MISTERI.
dan MAJORITI cabutan bertuah malam tu
perempuan yang dapat.
Dan Malam itu juga ada
BEST DRESS
Wanita dan LELAKI
Inilah pemenang BEST DRESS MATRADE NITE 2011.
TANIAH
EG dan Noor...!!!

Ok..Kita tinggalkan agenda malam matrade
kali ni tengoklah gambar gambar nan hado ni...
Mengabadikan kenangan bersama Cikgu Vokal Siti Hajar.

My Wife bersama dengan Kak Imah.
Kak Imah ni tempat rujuk My wife.
Biarpun tak selalu jumpa kak imah ni tapi kalau my wife perlukan
Khidmat Nasihat dia akan call kak imah ni.
Bersama NABIL dan JEP.
Masa duduk semeja dengan Nabil Dan Jep ni tak nak bergambar
Bila dah selesai baru sibuk nak bergambar.
Apapun memang BEST dan seronok
dapat bersemuka dan berkenalan dengan 2 pelawak ni.
Ha..ha..ha....
Bollywood sudah mari...!!!!

Sebelum balik bergambar bersama
Cikgu Siti Hajar, Rima Rashidi, Nabil dan Jep..

Malam MATRADE meninggalkan banyak kenangan.

2 comments:

wardah @ fie shah said...

mana gambar retiss koir?

SangRatoo said...

bang..aku rasa mcm ko ada amek gambar aku mana?mana?hahahaha