~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

There was an error in this gadget

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, November 1, 2011

RUMAH KECIL

Hello semua....
Entry kali ni aku nak cerita pasal RUMAH KECIL
( REPLIKA ).
Raya posa dulu ( agak dah lama )
Aku dan Famili ke Pahang. ( Beraya )
di Felda Bukit Mendi.
Jarang sesangat pergi Ziarah sedara disini.
Kalau tak raya @ kenduri mahupun Kematian
sure tak sampai...
Sesampai sahaja di felda Bukit Mendi kita akan disambut dengan
papan tanda selamat datang dan Replika rumah felda.
Dan ada sedikit sejarah tentang Felda tersebut..
Kenyataan tentang Felda Bukit Mendi.
Inilah Replika rupa bentuk rumah sewaktu mula mula penduduk sampai disini.
Aku rasa mana mana Felda inilah bentuk rumah mereka dulu dulu.
Aku pun anak orang Felda juga.
Jadi sebeginilah bentuk rumah Felda.
Siapa anak anak felda pasti tahu akan hal ini.
My kids teruja sangat dengan replika ini.
Posing juga kat sini..

Yang dibawah ni pula replika
Reka bentuk rumah melayu melaka.
Replika ini terdapat di rumah orang
sewaktu aku balik ke Kampung Melaka.
Bebudak ni memang seronok sangat kalau jumpa
replika rumah ni
Rumah Melaka tetapi Tangga kayu.
Biasanya kalau rumah melaka tangganya sure tangga batu.
tapi yang ini aku tak pasti kenapa tangga kayu.
Tetap tak lepaskan peluang untuk bergambar.
Replika rumah ini juga terdapat di kampung aku di Melaka
Yang ini terdapat di kampung Morten Melaka.
Memang cantik replika rumah ini.
Bebudak dua orang ini
memang sangat excited bila terjumpa replika rumah.
Replika ini memang cantik.
Tuan empunya replika ni
menjaga dan menghias rumah ini.
Nampak seperti macam rumah betul.

" Daddy...Siapa yang jaga rumah kecik ni..??" Si abang aidid tanya.
" Rumah kecik ni orang kerdil yang jaga.." Jawab aku.
"Ooooo......!!!!" E'sya & Aidid sambut serentak jawapan aku.
Kih...kih..kih......Tersenyum aje aku...
Memang Cute dan cantik aje replika rumah rumah ini.
Terfikir juga aku nak buat satu..
Tapi
Tak tau nak letak kat mana sebab aku sekarang ni stay di Quarters.
Insyaallah...
Kalau sudah duduk rumah sendiri dan ada halaman
pasti akan ada satu REPLIKA rumah ini dihalaman rumah aku.

6 comments:

miss atie said...

wow... memang cntk la semua replika tu... best nih kalo dpt g ctu...

faizal mohd said...

memang sangat cantik.

MISS DIVA said...

sungguh menarik kalbu

Nazri Razra said...

Cantik la beb. Kalau aku kat situ, confirm aku buat ala-ala raksasa menyerang bandar.. Ko leh jd Ultraman.. hehehe

Papa Mifz said...

cantek yer replika2 nyer...siap hias2 lak nmpk mcm rumah betul jer..hehe

Afzainizam said...

Dahsyat belaka reptewlika rumah kecil ni yerrrr.... memang tak puas memandang dan tertarik sangat lah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy polishing chrome part2 motorsikal