~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Sunday, November 6, 2011

PENGORBANAN..!!!

Salam semua pembaca.
Tidak beberapa jam lagi kita umat islam akan meraikan
HARI RAYA AIDIL ADHA.
atau
HARI RAYA HAJI.
dan ada juga kata
HARI RAYA KORBAN.
Kebiasaannya kami suami isteri akan bergilir gilir sambut raya.
memandangkan aku orang N.sembilan dan My Wife orang Kedah.
sudah 9 tahun usia Rumahtangga, kami bergilir gilir sambut raya.
Al-hamdulillah
Tidak pernah gaduh pun pasal sambut raya.
Jika tahun ni Raya Puasa kami sambut di Kedah 
Dan sepatutnya Raya Aidil Adha disambut di N.Sembilan
tetapi aku terpaksa membuat pengorbanan tahun ini.
Aku terpaksa menyambut di kedah 
kerana
Bapa Mertua aku membuat Ibadah Korban dan sedikit Kenduri.
Sebenarnya aku tak kisah sangat untuk sambut raya ni.
Dimana mana bagi aku sama aje
Cuma
Biasalah bila kita ada dua keluarga ni
HATI kedua dua orang tua perlu dijaga.
Perlu SEIMBANG..
Lagipun orang tua ni tahap SENSITIF tingggi
so kita pandai tackle hati mereka.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

1 comment:

Unknown said...

salam aidiladha yer...