~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Friday, October 12, 2012

Annual Konsert & Konvokesyen My Princess.

Hai semua...
Lama sudah adando tak berblog ni.
Bukan tak jenggah tapi cuma tak masukkan entry aje.
Ni mood sudah ada
Tapi
Suam suam kuku aje mood ni.

Adando pun tak tahu nak mulakan yg mana dulu.
banyak sangat benda yg nak dikongsikan.
Oklah
adando buka story pasal
ANNUAL KONSERT & KONVOKESYEN anak Adando.
Siapa lagi klu bukan
Si Princess Aida Syadiena Illiesya.

Sudah 2 tahun E'sya bersekolah di Q~dess
Di Bukan Rahman Putra Sungai Buloh.
Start umur 5 tahun lagi.
Al-hamdulillah...
Biarpun berbelanja lebih untuk persekolahannya
namun adando dan wife sangat berpuas hati
dengan perkembangannya.
Sudah boleh membaca bahasa melayu dan Inggeris dengan pantas,
 mengira campur tolak bahagi darab dengan cepat.
Bercakap bahasa inggeris dan faham bahasa inggeris.
Memang berbaloi.

Tahun ni merupakan tahun terakhir dia bersekolah disana.
Tahun hadapan akan masuk Darjah 1 di sekolah kebangsaan.
so
pada 23 September yang lepas (Lama sudah.....)
Majlis Annual Konsertnya dan majlis konvokesyen.
Venue: S.J.K. (C) Chee Ween, USJ 1,
Persiaran Subang Mewah,
47600 Subang Jaya.
Tempat yang sama seperti tahun lepas.
Klik aje kat bawah ni untuk annual konsert tahun lepas
v
v
Annual Concert part 01
v
v
Annual concert part 02
V
V
v
Annual concert part 03

Tahun lepas pakaian ala ala Inggeris.
Dress Pendek polkadot.
Tahun 2012 ini
Lebih kemelayuan sikit.
Layan aje gambar dibawah ni.
Comel anak daddy.
Dah macam penari pakngah pula.
hi...hi...hi.....
Gambar ni adando ambil sewaktu dia terima baju ni.
2 hari sebelum konsert.
So try dulu sebelum hari konsert.
Manalah tau kot kot tak sesuai so boleh repair.

Inilah stage yang sama seperti tahu n lepas.
Cuma backdrop aje bertukar.
Konsert bermula jam 4 petang
tapi ibubapa teruja jam 3.00 petang dah penuh dewan.
Nak beri sokongan pada anak.
Murid murid sampai pukul 3.30 petang.
mereka semua menaiki Bas yg telah disediakan oleh pihak Sekolah.
tahun ini combain sekolah Qdess Sg Buloh dan Rawang.
Persembahan pembukaan dari Q~dess Sg Buloh.
murid murid berusia 6 tahun.
Tarian yang dipersembahankan
Tarian kuda Kepang dan lagunya Kuda Hitam.
Murid murid perempuan semua pakai topeng...
Jenuh juga nak cam mana satu anak sendiri...
Sbb semuanya kecil molek belaka...
Yg ini pula budak budak berusia 3 dan 4 tahun.
Comel dan cute.
Rasa tersentuh pula hati bila mereka yg berusia 3 - 4 tahun
boleh ingat step untuk menari.
Kagum dengan kesabaran dan kebolehan cikgu yang mengajar.

yang ini pula persembahan dari Q~dess Rawang.
usia 5 tahun.
Memang comel comel budak budak ni.
kena pula dengan costume yang bling bling...
Selesai acara tari,
pertengahnya pula majlis konvokesyen.
Inilah princess adando.
Menerima Sijil dari Principal Q~dess Bukit Rahman Putra
Miss Rose.
Masa ni rasa terharu sesangat.
Ya Allah....
Suatu hari nanti engkau kembalikanlah semula saat sebegini
kepada anakku
tapi ketika itu mungkin betul betul segenggam Ijazah.
Amin.
Bergambar kenangan bersama rakan rakan sekelas.
Sempat lagi princess Esya melambaikan tangan.
Seronok sangat adando tengok time ni.
Persembahan diteruskan lagi dengan tarian tarian dan macam macam lagi.
Show dari Q~dess Rawang.
Persembahan ke dua.
lagu horey horey...
kali ini agak seksi sikit...
tapi tetap comel kanak kanak ni.
Selepas selesai semua persembahan.
Esya sibuk nak bergambar dengan teacher dia.
inilah teacher Suria guru kelas esya.
Teacher suria ini banyak membantu dan mengajar esya.
Terima kasih Teacher suria atas tunjuk ajar dan bimbingan
terhadap my Princess.
Sebelum balik mummy pun nak pose juga.
My Prince Aidid tu dah teruja sangat nak sekolah.
Insyaallah..
Tahun hadapan Abang juga akan daddy hantar ke sekolah Q~dess.
My Prince & My Princess.
"Daddy...Kakak kita cantikkan pakai macam ni...." kata Aidid.
"Yup...Kakak kita memang cantik dan abang pun Hensem.." kata adando.

Sekian sahaja untuk kali ini cerita tentang Annual Konsert dan Konvokesyen my princess Aida Syadiena Illiesya,
Insyaallah..
Tahun hadapan cerita tentang Annual konsert Q~dess 
tapi masa tu Prince Aidid Airiel Shahreza pula.

Bye...!!!

Friday, September 14, 2012

IMPIAN TERCAPAI.....

Hai semua.
Masih ingat tak entry adando yang berangan angan
nak make over
Kediaman adando.
Mana yang terlepas baca boleh aje
tengok dekat link dibawah ni
v
v
v


Kalau nak tengok deco rumah adando yang lama,
anggaran dalan 5 tahun yang lepas.
klik dekat link dibawah
v
v
v
v

Al-hamdulillah...
Angan angan dan Impian adando untuk make over rumah berjaya.
Kata orang sebelum apa apa kita perlu ada angan angan dulu
Insyaallah...Allah akan menunaikan
tapi kita perlu juga ada daya usaha.

Biarpun adando tidak mengikut 100% akan gambar idaman adando
sebab adando rasa
Rumah kita so mesti citarasa kita sendiri.
Menghias rumah juga adalah luahan kreativiti sendiri.
dan
disini adalah hasil usaha dan kreativiti adando dan isteri.
inilah Ruang tamu utama adando yang baru.
Dulu dinding berwarna oren dan meroon
tapi kini adando telah mengecat warna putih bersih.
Ruang santai & menonton adando bersama famili.
Dulu ruang ini adando biarkan kosong
tapi memandangkan Sofa baru adando warna putih
dan anak anak adando masih kecil
jadi untuk menyelamatkan sofa putih tu
adando buatkan satu ruang khas
untuk adando bersantai bersama famili.
Dan Al-hamdulillah
anak anak adando tak main @ makan
diruang utama tetamu.
Adando rasa ruang santai adando ni masih nampak kosong.
perlu ada sedikit lagi sentuhan
tapi idea adando belum ada lagi.
Insyaallah... sedikit masa lagi kot... (ha...ha...ha...)

Putih - Merah - Hitam
adalah main color.
Carpet warna merah & Hitam
membangkitkan seri ruang tamu utama adando.
Carpet ini adando beli di Tesco.

Sofa 3 seater.

Sofa 2 seater.
Set sofa ni adando beli di


Berapa harganya tak payahlah adando cakap.
cuma adando boleh kata
harga masih mampu untuk dimiliki oleh kita yang sederhana ni.

Candle Stand ni adalah pemberian dari Bapa mertua adando.
Adando letak di atas meja makan.
So
adando dan isteri selalu
CANDLE LIT DINNER
tak perlu nak ke restaurant mewah...
Ha...ha...ha.....
Masih ada lagi yang adando akan ubah.
Cabinet TV tu lama,
Adando nak letak TV di Wall
Dan beli kayu untuk mengantikan cabinet tu.
Cuma tak berkesempatan untuk ke Ikea lagi.

Seminggu sebelum Raya adando buat semua ini.
Al-hamdulillah
Raya 2012 ni adando dapat merasai ruang tamu yang baru.














Tuesday, September 11, 2012

AIDIL FITRI 2012.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
11 September 2012 bersamaan 24 Syawal 1433H.
Masih lagi meraikan raya Aidil Fitri.
Mood raya juga masih ada.

Dikesempatan ini,
Adando juga ingin mengucapkan:

   Raya 2012 merupakan tahun ke genap 10
adando beraya bersama isteri tercinta.
Diam tak diam sudah 10 tahun adando mendirikan rumah tangga.
Sehari sebelum raya meruapakan ulangtahun perkawinan adando.
18 Ogos 2002 - 18 Ogos 2012.
Raya jatuh pada 19 Ogos 2012.
Syukur Al-hamdulillah
Atas segala limpah dan Rahmat dari Ilahi
Genap 10 tahun melayari bahtera rumahtangga.
Pose istimewa untuk semua.

Bagaimana raya anda tahun 2012 ni..???
Adando beraya bersama Mak & Abah di Kg Halaman adando di N.9.
Turn beraya di N.sembilan...
Pastilah seronok...Pagi raya dapat mengucup tangan Ayah dan Mak
memohon kemaafan.

Tahun ini pilihan warna adalah Merah.
Red in the house...!!!!

Layan ajelah gambar gambar kami sekeluarga di pagi raya....
Ayahanda & Bonda tersayang.
Abah berusia 74 tahun dan Mak 64 tahun.
Al-hamdulillah....
Mereka masih ada dan panjang usia.
namun biasalah
diusia senja sebegini kesihatan mereka sering juga terganggu.
sememangnya adando rasa sangat bersyukur dan bertuah
masih mempunyai kedua orang tua.
Dan masih dapat mengucup tangan keduanya dipagi syawal.
Dapat lagi menatap wajah kedua duanya.
Dapat lagi merasai masakan enak dari air tangan mak.
dapat lagi perhatian & nasihat dari abah..
Masih ada lagi tempat untuk mengadu...
Semoga Allah memanjangkan lagi usia abah dan mak.
Amin.

Bergambar bersama sebahagian dari keluarga besar adando.
3 famili adando tak beraya bersama.
Biasalah memang susah nak berkumpul bersama
bila masing masing ada tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.

Famili Ayung bergambar bersama Abah dan Mak.
Tema famili ayung kali ni colorful.

Adando juga mengabadikan kenangan bersama Abah & mak.

Selepas bersalaman bacaan doa dari Abang Ipar Adando.


Mengaminkan doa untuk kesejahteraan keluarga kami.
Amin..
Insyaallah...
Gambar ni yang paling adando suka.
Gambar bersama Adando Junior.
Mak adando kata
"Kalau adando nak tengok macam mana adando masa kecil
tengok ajelah anak adando ni..."
Ramai juga mak mak dan pak pak sedara adando kata
Muka Si Airiel ni photostat muka adando..
ha...ha...ha..... 



Wednesday, July 18, 2012

RAMADHAN AL - KAREEM 2012.

Salam Sejahtera pembaca blog adando.
Tak beberapa hari aje lagi kita umat islam akan
menyambut Bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan.
Bulan Ramadhan Al Mubarak.
Adando ingin mengucapkan:

Pengertian Puasa.
Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Taala. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.
 
Semoga kita mengambil peluang yang ada
bersempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Wednesday, July 11, 2012

~~ WORDLESS WEDNESDAY ~~

Salam sejahtera semua.
Bila my first princess sudah mula
 pandai mencantikkan diri.