~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Wednesday, May 15, 2019

UPIN & IPIN Kali Ke - 2 (layan Gambar Lama)




































KALAULAH........

Al Fatihah...
Kalaulah arwah mak masih ada..
Hari ini 23 Febuari 2017
merupakan hari lahir mak yang ke 68 tahun.
Tetapi Arwah mak telah meninggalkan kami pada 20 Julai 2015.
Biarpun arwah mak telah tiada namun setiap detik kenangan bersamanya tetap hidup dan segar dihati.
Selamat Hari Lahir MAK...
Semoga Mak tenang dan damai disisi MAHA PenciptaNYA...
Biasanya adando akan talifon untuk mengucapkan
Selamat pada Mak,
Tapi sekarang........


Satu tahun 7 bulan mak telah pergi
namun pemergian mak masih dirasai.
Setiap detik waktu berlalu tidak pernah sekalipun lupa pada mak. Tiada hari yang airmata ini tidak menitis
kerana merindui arwah mak.
Ya Allah.. Kuatkan semangat adando dan adik beradik dalam mengharungi hari hari tanpa arwah mak. Memang tidak dinafikan kami sentiasa merindui arwah mak.
"Sesungguhnya setiap yang hidup pasti merasai kematian"
Ya Kami redha dengan ketentuan Allah. Terima kasih Allah kerana pernah meminjamkan kami seorang ibu yang sangat sangat terbaik buat kami sekeluarga. Setiap jasanya dari kesusahanya mengendongkan kami, bertaruh nyawa Melahirkan kami, Mengharungi perit jerih membesarkan kami tidak terbalas rasanya segala pengorbanannya...
Tumpah lagi airmata pagi ini..............
Inilah wajah yang sering adando dan adik beradik rindui..
Insan yang pernah mewarnai kehidupan kami.
Insan yang banyak memberi kami ilmu dalam kehidupan.
Insan yang sentiasa kekal abadi didalam hati kami adik beradik.
Ya Allah..
aku bermohon kepada Mu, Ampunilah segala dosa dosa ibu kami.
Terimalah segala amal ibadah sepanjang hayatnya,
Terangilah dan lapangkanlah pusaranya dan tempatkan dia bersma sama golongan insan insan yang Engkau sayangi.
Aamiin.. Aamiin.. Aamiin...