~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Wednesday, June 12, 2013

BAGASI ANAK ANAK...!!!

 Salam sejahtera.
Agak Lama Adando tak berceloteh disini.
Semua kerana malas malasan sehingga Blog ni agak terbiar seketika.

Ok... kali ni adando nak bercerita tentang bagasi anak anak adando.
Sekarang ini nak pi mana mana, masing masing dah ada bagasi sendiri.
Dah tak nak campur campur baju dalam satu beg.
Itulahkan budak budak sekarang cepat sangat nak berdikari sendiri.
kalau time time kita sewaktu seusia mereka, kalau nak berjalan semuanya mak sediakan.
Tak peduli pun baju nak simpan kat mana..
 Janji ada baju tapi budak budak sekarang semua nak sendiri...!!!
Biasalah Princess adando ni.
Setia pada karektor princess.
Anak teruna adando.
Si Ben 10.
Sekarang ni dah semakin chubby.
Mulut pun boleh tahan bising.
keletah bercakap..
selalu bergaduh dengan adando..
Syok dengar dia membebel...!!
Ni second princess adando.
Kalau dulu suka mickey / minnie
tapi bila dah besar sikit tetiba berubah..
Suka pada karektor DORA pula..!!!
Kalau tadi Bagasi Baju.
Ini pula Beg Galas.
Sorang satu mengikut karektor kartun yang depa suka.
Kalau Princess Esya dalam beg galasnya tu ada Buku + Pen + Game PSP + Alat Make-up.
Si Ben 10 dalam begnya ada Game PSP + TAB + Buku + Pensel.
Dalam Beg Galas Dora ada Pampers + Game PSP + Puting + Pillow Busuk.

Macam inilah anak anak adando bila nak pi mana mana sekarang ni.
Balik kampung , bercuti masing masing dengan beg sendiri.
tapi bagus juga sebab Bagasi Adando cuma ada pakaian adando dan Isteri.
Tak payah nak heret beg pakaian yang besar gedabak..!!!
Dan bila lepas mandi masing masing terpa bagasi sendiri aje.
ambil Pakaian sendiri.. Kan dah senang..!!!