~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Wednesday, June 27, 2012

BERCUTI BERSAMA KELUARGA - PART 03

Hai semua,
Agak lewat sikit adando masukkan entry
"BERCUTI BERSAMA KELUARGA - PART 03" ni.
Maklum ajelah BZ sedikit.
Pada hari yang sama selepas ke Ladang Boh Tea
perjalanan di teruskan lagi.
Sapa yang tak baca part 02
V
V
V
v
Dari Ladang Teh pada sebelah pagi / tengahari
sebelah petang kami ke
"TAMAN AGRO TOURISM"
Terletak di Brincang.
Di Taman agro ini terdapat
Strawberry Farm, Bunga Bungaan dan sayur sayuran.
Taman agro ini memang luas dan dibina di lereng bukit.
so kena menapak menaiki anak anak tangga yang disediakan.
Di permulaan akan berjumpa dengan bunga bungaan.
pertengahan pula ada pokok Kaktus.
Memang cantik Kaktus disini.
Selepas melihat keunikan kektus yang pelbagai rupa dan size
anda boleh juga menyaksikan tanaman sayuran sayuran.
salad hijau dan merah ada.
Sayuran ini ditanam mengunakan teknik Hidroponik.
Pose berlatar belakangkan sayuran salad.
pelapis pelapis kerabat adando sedang bergambar.
dan diatas sekali
barulah berjumpa dengan Cik Strawberry.
Budak2 ni dah teruja melihat strawberry.
Diladang strawberry ni kita boleh memetik strawberry.
Caj yg dikenakan RM25.00 untuk setengah kilo.
Layan gambar gambar dan aksi si pemetik strawberry
v
v
v
Aliya sedang memetik buah strawberry.
Jazmina pun sama juga.
Adik kepada Aliya ni.

Asyraf (abang kepada Aliya Dan Mina)

Princess E'sya juga tak lepaskan peluang.

Si Ben 10 Airiel.
Petik buah strawberry juga...

Aikk... Ayung pun sama...
Ayung pun teringin juga.

Inilah hasil strawberry yang di petik.
Dah petik buah,
bergambar pula pada Strawberry frame.

Adando dan Wife.
ni sebab anak anak yang suruh.
layan ajelah...

Kat atas tu juga terdapat tempat rilex.
Ada juga permainan mesin ni.
Apalagi beudak budak ni.
Terutama anak anak adando
Pantang nampak benda ni...
Kalau pu Shoping Complex pun sibuk juga nak naik benda alah ni.
Aksi Princess E'sya...
Layan aje Si ben 10 airiel ni...
Princess eryna pun sama juga.
Dua beradik Aliya & Jazmina.
Ni anak bongsu ayung (My Sister)
Ayuni.
My beloved wife menemankan Si Ben 10 Airiel.

Ben 10 Airiel dengan Princess Eryna.

Ini yang last...
so posing ramai ramai...

Salad yang ditanam melalui kaedah Hidroponik.

My Beloved wife.
Berposing berlatar belakangkan salad.
Princess E'sya ni pantang berposing.
ini pula Si ben 10 airiel.
Tetap nak pose juga.
Belakang tu pokok Strawberry.
Alalalalala my Hero Ben 10.
Ni Si Bongsu,
Aida Eryna Qaireen.
Aksi aksi anak anak Adando.
Suka tengok diaorang ni gembira.
Happy Famili.
Kesemua ni kesayangan daddy.

Ini pula Princess E'sya
bersama Bunga bunga Segar.
Lama juga berada ditaman Agro ini.
Hampir 2 jam berjalan.
Sebelum balik masing masing makan
Strawberry salut Coklat
Jemput makan semua....
Tengok aksi aksi Princess E'sya menikmati
Strawberry salut Coklat.

Dari Taman Agro
kami ke taman Agro Al - Mashoor
terletak di kampung Taman Sedia.
Disini adando beli JEM Strawberry.
Keunikan kampung Taman Sedia ini ialah
satu satunya penempatan kaum melayu.
dan disini Jem Strawberry buatan Melayu.
Jadi tidak diragui sangat akan tahap halal dan cara memproses strawberry.
Pose di pintu masuk kedai Al-mashoor.
Selepas menghabiskan masa di diagro Al-mashoor selama 45 minit.
kami pun bergerak balik ke Hotel Equatorial.
Jam di tangan hampir 7.00pm
Kedingin dah mula dirasai.
memandangkan pada sebelah malam kami semua bersepakat untuk lepak hotel
atas sebab keletihan jadi kami
singgah di Pasar malam Brincang untuk membeli makanan.

Pasar malam brincang ini setiap malam.
pelbagai barang dan souvenir serta macam macam makanan ada disini.
(Adando tak ambil gambar coz masa tu bateri camera dah habis)

Selepas mendapat apa yang diinginkan di pasar malam brincang
kami terus pulang ke Hotel dan berehat.
Lagipun esok kami dah nak berangkat ke Taiping Pula.
Destinasi seterusnya adalah Taiping Perak.

Tunggu next entry dari adando.

Wednesday, June 20, 2012

BERCUTI BERSAMA KELUARGA - PART 02

Hai.... Bersua lagi...
kali ini adando akan menyambung semula cerita percutian adando bersama keluarga.
Sebelum ini adando dah buat Part 01
so siapa yang tak baca mukadimah silalah
V
v
V

Malam tu cuaca Cameron Highland memang sejuk.
Apatah lagi hujan pula turun pada sebelah malam.
Masing masing tidur semua pakai Stokin dan berselimut tebal.
(nasib baik ada bawa selimut sendiri)
Gambar ini dirakamkan jam 10 pagi. Kabus masih lagi menebal.
kalau di KL pkl 8 dah tak nampak kabus..
Mr Ben 10 baru bangun tidur.
Assalamualaikum, Good Morning Mr Ben 10.
Airiel yang agak malas untuk meninggalkan katil apatahlagi cuaca sejuk.
Tapi paksa juga bangun dan mandi.
Selepas semua bersarapan pagi tu,
Agenda pertama kami adalah
melawat Ladang Teh.
Kami ke Sungei Palas dimana terletaknya
Ladang Teh Boh.
Al-Hamdulillah cuaca pada masa itu redup dan sejuk.
memang segar dan nyaman..
Airiel dan budak budak lain semua teruja.
selama ini mereka hanya minum teh.
Tapi kali ini
mereka dapat menyaksikan bagaiman Daun Teh di proses
untuk dijadikan minuman.
Sewaktu sampai diladang teh boh ini.
Kenderaan awan terpaksa di parkir dibawah,
dan pengunjung terpaksa mendaki bukit melalui pokok teh
untuk sampai di atas bukit
dimana terdapat kilang teh.
Sesampai diatas,
pengunjung boleh membaca latar belakang sedikit sejarah tentang
tentang Cameron Highland dan Ladang teh ini.
Info info diletakkan disepanjang jalan menuju ke Kilang teh.
Bergambar sebelum memasuki kilang teh.
untuk menyaksikan bagaimana Daun teh di proses.
Bergambar didalam kilang teh.
Eryna tu faham ke...???
Selesai menyaksikan cara memproses teh
Tibalah masa untuk seisi bergambar pula..
Layanzzz.....!!!!
Model model cilik Boh Teh
Nasib baik cuaca tak panas...
So budak budak ni ceria...!!!
"Kami semua minum teh....!!!!"
My Sister and my Brother in law....!!!
Ayung bersama familinya...
Cuma anak sulong aje tak dapat joint...!!!
Posing jangan tak posing...!!!!
Happy Famili...
Masa ni Mr Ben 10 dah mula buat ragam...!!!
Berjimba ceria semua...!!!!
Barisan bakal bakal anak dara satu ketika nanti.

Hampir 2 jam juga kami menghabiskan masa disini.
Memang seronok dan gembira.
Pemandangan hijau yang meluas.

Sewaktu melangkah menuruni ladang teh sempat juga lagi berposing.
Famili adando dah 2-3 kali ke Cameron highland ni
tapi ini first time sampai di BOH.
Mr Ben 10 Airiel masa ni bad Mood sikit.
Mr Ben 10 Aidid Airiel Shahreza.
Dua Princess Adando.
Kalau dapat berposing memang tak ingat.
Semasa di ladang teh ini, Esya ada juga bertanya
E'sya : " Daddy.. kat sinilahkan cerita Ombak Rindu..?"
Adando: " Iya kakak. kat sinilah diaorang berlakon cerita ombak rindu"
Dalam hati, ingat juga lagi cerita Ombak rindu...

Selepas melawat ladang Teh Boh.
Perjalanan kami diteruskan.
Agenda selanjutnya
akan adando Paparkan selepas ini.
So
Tunggu entry
"Bercuti bersama keluarga - Part 03."

Friday, June 15, 2012

BERCUTI BERSAMA KELUARGA - PART 01

Hai... Adando kembali bercerita lagi.
Kali ini adando nak bercerita tentang
PERCUTIAN BERSAMA FAMILI SEMPENA CUTI SEKOLAH.
Untuk kali ini adando bercuti bukan sahaja bersama famili adando
tapi turut dituruti oleh famili kakak adando (Ayung).
Ayung joint pun last minutes sebab tak plan pun.
Ayung pun belum pernah membawa anak anaknya bercuti di Cameron.
So cuti sekolah ini peluang nak bawa anak anak kesana.
Berehat sebentar di R&R di Rawang.
Makan bekal yang Mak beri.

Ayung bertolak dari N.Sembilan.
So adando Hanya tunggu di Sg Buloh sahaja.
Jam 2.00 petang kami bertemu di R&R Rawang.
Makan dan rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
konvoi 2 biji kereta pun bermula.

Rombongan konvoi kami melalui jalan Tapah.
Memang jalannya agak kecil dan sempit serta bengkang bengkok.
tapi bagi adando yang beberapa kali ke Cameron tetap memilih jalan ini.
sebab selain pemandangan yang menghijau dan cantik.
Jalan ini melalui beberapa kampung orang Asli.
Rumah rumah orang asli yang Unik.
Disamping itu boleh juga memberi sedikit ilmu kepada anak anak.

Gambar hasil Mr google.
Dan sebelum sampai ke Cameron jika melalui jalan Tapah
kita akan bertemu water Fall
Latar Iskandar.
Tapi kami semua tak singgah cuma lalu sahaja.
kerana masalah parkir susah sangat.

Dalam jam 5.00 ptg setelah melalui jalan yang bengkang bengkok.
melewati perkampungan orang asli
Akhirnya kami semua sampai di Ringlet.
Pintu masuk ke Cameron Highlan melalui Tapah.
Sebut Cameron Highlan sudah tergambar akan buah strawberry.
Sewaktu memasuki kawasan Cameron highland
akan akan disambut dengan Replika Strawberry.
Kat sini pun kami tak sempat nak berhenti
sebab terlepas dan tiada kawasan parkir yang disediakan.
Agak bahaya juga untuk berhenti.
Selepas melalui Ringlet kita akan bertemu pekan Habu.
Teruskan lagi perjalanan akan bertemu pula Tanah Rata.
Dikawasan Tanah Rata ini
terdapat satu Ladang Teh.
"BHARAT TEA PLANTITATIONS"
Anak Anak & Anak anak sedara adando sudah mula teruja.
Dari Bharat tea ini boleh nampak ladang teh yang saujana mata memandang.
Kami singgah disini.
Pekena Tea untuk minum petang.
Cantik dan menghijau.
Subhanallah...Cantik sungguh alam ciptaan Mu.
My beloved wife bersama anak dan anak sedara.
Inilah My sister (Ayung)
Jemput Minum tea.
Boleh tahan juga harga Tea disini.
Tapi tak mengapa, Bukan selalu pun, cuma sekali sekala.
Pelbagai  perisa tea boleh anda nikmati disini.
Kami menghabiskan masa hampir 1 jam disini.
disamping menjamu tea disini
Bharat tea plantation ini juga ada kiosk
untuk membeli Tea sebagai souvenir.
Selepas menghirup tea
dan
menyedut udara nyaman di Bharat Tea kami terus ke
tempat penginapan kami.
terletak paling atas Cameraon Highland
di KEA FARM
sesampai aje Hotel, Terus Check in,
Kami menginap Apartment 2 bilik.
Cukup selesa dan menarik.
Apapun adando nak ucapkan TERIMA KASIH kepada rakan sepejabat adando.
Telah mengoffer untuk adando stay disini dengan harga yang begitu murah.

Kami sampai disini dalam jam 6.30 ptg.
Cuaca agak mendung dan sejuk.
Kabus dah mula menampakkan diri.
Kedinginan sudah mula menerpa.

Selesai menurunkan semua barang,
rehatkan badan,
tunaikan tanggungjawab kepada yang esa.
Malam tu kami semua sepakat untuk makan
Steamboat
Gambar dari google.
Tapi tak sempat nak bergambar sewaktu menikmati keenakan
Steamboat malam tu.
Makan di Restoran Fauzi Tom Yam & Steamboat.
V
V
Satu satunya restoran melayu yang menyajikan steamboat
jadi tak ragu ragu untuk santap akan halalnya.
cuaca memang sejuk makan pula makanan yang tengah panas panas memang layan.

Jam 11.30 Balik semula ke hotel dan apalagi tidur dan tidur kerana esok ada plan lain.


Lepas ni adando akan cerita lagi percutian
3 hari 2 malam kami di Cameron Highland.