~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Thursday, April 12, 2012

SAMBUTAN BEZDAY SI BEN 10 KALI YANG KE 3

Salam Hari Isnin.
Kali ini adando nak story tentang
Celebrate Birthday  kali ke 3.
Aidid Airiel Shahreza A.K.A Ben 10.
Ko Hada celebrate birthay sampai 3 kali..???
Ha...ha...ha.....
jika celebrate yang pertama kami anak beranak sahaja.
Celebrate kali ke dua - Suprise Party di Sungai Petani.
Celebrate kali ke tiga ini pula
dianjurkan oleh Taska Permata dibawah Puspanita Hospital Sungai Buloh.
Selepas bibik Adando balik Indon
anak anak adando terpaksalah tinggal di Taska ini.
Taska ini menganjurkan party Birthday bagi kanak kanak yang lahir pada bulan
Januari, Febuari dan March sahaja.
So
Mana mana mak ayah yang nak joint cuma bayar RM 100 sahaja.
dan Puspanita beri hadiah untuk anak anak yang sambut Birthday.
JOM,
kita terjah party Birthday ini.
Party birthday ini dibuat di Dewan Quarters Hospital.
ini pintu masuk dewan yang dihiasi dengan belon belon.
Sebahagian dari decoration
yang di buat untuk memeriahkan suasana dewan.
Ruang untuk potong kek.
Doorgift yang disediakan untuk para tetamu

Makanan yang disediakan.
memang banyak
Sumbangan dari ibubapa dan juga taska.
Inilah yang dikatakan
Rezeki budak budak. 
Hadiah Hadiah yang akan diberikan kepada
anak anak yang sambut Birthday.
KEK ANGRY BIRD.
Colourfull....
Beratur dahulu sebelum menuju ke dewan party.
Duduk menantikan acara yang akan berlangsung.
Upacara memotong Kek.
untuk anak anak yang lahir dari bulan Januari, Febuary dan March.
Tapi
Adando tengok Si Airiel (Ben 10) yang terlebih lebih
Macam party birthday dia sorang aje...
Sebelum tu,
Nyanyi ramai ramai dahulu
lagu Happy Birthday
dan
Allah selamatkan kamu.
Kek dah potong,
Apa lagi time to eat...!!!
Salah seorang kanak kanak istimewa yang stay di Taska.
Makan sambil santai.
Makan jangan tak makan.
Lepas makan ada show dari
Mr Clown.
Mr Clown inilah yang ditunggu tunggu oleh budak budak.
Dengan Lawaknya dan show magic.
Tengok gambar2 bawah ni,
Si Ben10 dipermainkan oleh Mr Clown. 
Kayu yang dipegang oleh Aidid tu,
bila Mr Clown pegang elok aje kayu tu,
Bila diserahkan pada Aidid
kayu tu patah..
Semua gelak masa tu,
Aidid pun merah padam muka dia
last last aidid cakap kat Mr Clown tu
"Uncle Badut, janganlah nak malukan saya..."
lagi semua tergelak...!!!
Dan akhir sekali,
Badut tu beri dia kayu yang original.
Konon magiclah tu...!!!
v
v
v
Yang ini turn
Princess Aida pula buat magic.
Mula2 berdiri sebelah kiri Mr Clown dan masukkan kain dalam uncang tu,
bila berdiri sebelah kanan, Mr Clown suruh E'sya ambik kain tu semula,
tapi kain tu dah tak ada..
Magic juga lagi..
v
v
Last sekali main game
kerusi beracun.
Permainan yang paling E'sya suka sekali.
Dari seramai tu,
akhirnya tinggal 5 orang.
Aidid dan E'sya
kira Top 5 jugalah.
Bila time muzik berbunyi so kena pusing kerusi dan
bila muzik stop kena rebut kerusi.
Bila dah tinggal 5 orang ini
Mr Clown pakaikan mereka wig
tapi masa tu muzik masih berbunyi lagi.
Tengoklah E'sya dipakaikan wig.
memang semua ketawa...
Tengok gambar atas tu,
si ben10 Airiel ketawakan
kakaknya dan kawankawan dia pakai wig.
last last dia pun kena pakai juga wig
Moh tengok
v
v
v
v
v
Ha..ha...ha.....
Ko hada...???
suka sangat ketawakan kengkawan
last last dia pun kena pakai juga.

Bila dah pakai wig.
semua sibuk nak ambik gambar.
disamping tu
dok tahan malu jugalah.
Leka leka ambik gambar,
Mr clown pun off kan lagu.
tak ada sorang pun yang perasan lagu dah off
so
tak rebut pun kerusi...
Tapi last last sekali
Budak yang baju merah seluar hitam tu
sudah penat berdiri
dia pun duduk.
Maka dialah pemenang...!!!
Mr Clown kata
"ambiklah gambar tak payah rebut kerusi."
Semua ketawa..!!!
v
v
Jam sudah hampir 5.30 patang.
Seisi terakhir ialah
penyampaian hadiah.
Suka dapat hadiah.
v
v
v
Yang ini turn Si Ben 10 Airiel terima hadiah.
Mr Clown ni memang suka pada Airiel
Maybe sebab mulut Airiel ni banyak cakap kot....
Salam Mr Clown.
Yeeaahh...
Dapat juga hadiah.
Hadiah ni adalah
dari ibu bapa masing masing
so terpulang pada ibu bapa
Apa dan berapa RM hadiah
yang nak berikan kepada anak sendiri.

Pose bersama Hadiah.
v
v
v
Habis Party sebelum balik
Bergambar bersama Mr Clown dulu
Princess E'sya happy sangat.
Time nak balik ni Esya OK aje.
tapi
v
v
v
v
Si Ben 10 airiel agak sedey sikit
terpaksa berpisah dengan Mr Clown.
"Uncle Badut, janganlah balik..." kata Airiel.
Buat Mr Clown tu jadi serba salah.
Tengok muka sedey si Ben 10.
Banyak kali Airiel bersuara
"Uncle badut, janganlah balik,
abang tak puas main dengan uncle badut"
"Uncle Badut duduklah rumah abang.."
( Mak aiiii....ajak tinggal serumah dengan adando...)
v
v
Ni pula wajah anak no 3 adando.
Aida Eryna Qaireen.
Shomell & Cute tak...???
v
v
ini pula gambar E'sya dengan kawan (anak Jiran)
namanya Adriana.
Sebaya dengan Esya tapi kecik molek aje size dia.
Jam 6.00 ptg Program tamat.
Memang puas hati party ini.
Meriah sangat.
Keriangan dan kegembiraan anak anak tak usah cakaplah.

Saturday, April 7, 2012

DAN PEMENANGNYA IALAH.......

Baru baru ini adando ada jugalah buat Entry,
Dan minta rakan rakan blogger adando beri komen sikit,
Entry tentang :
 klik aje ini>>>:CUBA KOMEN SIKIT

Adando buat entry,
Dan minta rakan blogger adando cuma tinggalkan komen
dan Pengomen yang terbaik, adando akan beri hadiah..
 Apa hadiahnya...???
Biarlah rahsia dulu.


Dan pengomen pilihan adando ada 2 orang :


komennya berbunyi:
Komen adando:
Yup betul, skrg ni ramai staf yg kerja kat opis adando ni lahir tahun 90.
sedangkan adando lahir awal2 tahun 70an,
maknanya dah semakin hampir usia persaraan...
tapi
yg bestnya bergaul & melayan karenah bebudak yg lahir tahun 90an
itu yang membuat kita tak sedar yang kita ni sebenarnya dah tua.

2. Ciksukaberangan.
Komen adando.
yup... Bila tengok bebudak balik dari sekolah dengan beruniform
membuatkan kita akan teringat zaman persekolahan
terasa rindu sangat zaman persekolah
bila conggak conggak semula
Laaa...dah lama sebenarnya aku ni tinggalkan zaman sekolahan
Eeeeee....Dah tua aku ni..



Adando nak ucapkan taniah dan terima kasih kepada rakan blogger
yang telah sudi memberi komen.
Biarpun komen anda tidak berjaya menambat hati adando
namun adando tetap menghargainya.
Lain kali cuba lagi.
Dan rakan rakan blogger
jom follow blog blog
yang telah
memberi komen untuk entry adando.

***P/s kepada: Cik suka berangan, sila contact adando.

Friday, April 6, 2012

CUBA KOMEN SIKIT......

Hello rakan blogger sekalian.
Minggu lepas adando ada dengar satu siaran radio
mengajukan soalan
seperti di bawah
v
v
v
Jawapan Adando:
Bila pergi ke Supermarket, salesman @salegirl
yang tak berapa nak tua
bertanya pada adando
"Ya....Pakcik nak cari apa...???"
( Dalam hati Ya..Allah...PAKCIK dia panggil aku.....!!!
dah tua ke aku ni...??? )




So
kepada blogger yang lain
Silalah tinggalkan komen anda untuk soalan diatas
dan
Pengomen yang terbaik
Adando akan beri HADIAH MISTERI...
(Jumaat 6 April last komen)

Tuesday, April 3, 2012

100 TAHUN NESTLE

Hello apa kabar semua...
Kali ni adando nak cerita
tentang aktiviti adando bersama famili 2 minggu lepas.
Adando bawa famili ke Muzium Negara
Sebab dah tak tau nak bawa mereka ke mana lagi.
Kalau tak bawa keluar
kesian pula pada budak budak
weekend takkan nak duduk rumah aje.
so
adando pun bawa anak anak ke Muzium
sekurang kurangnya terbuka juga minda anak anak.
sekarang di muzium negara
sedang berlansung
pameran
v
v
v
v
NESTLE
satu Company yang mengeluarkan pelbagai produk.
Dan sememangnya setiap isi rumah di Malaysia
pasti mengunakan produk Nestle.
Dan kini Nestle telah pun berusia 100 tahun.
TANIAH NESTLE..!!!
Anak anak kesayangan adando sedang memberi
pose dipintu masuk pameran.
Pose juga di sisi pintu masuk pameran.
si ben 10 Aidid berdiri bersebelahan maskot MAT KOOL
Pose di barang barang keluaran Nestle.
memang terimbau kenangan bagi adando
bila melihat packing barangan nestle dari dulu sampai sekarang.
Memang antik sesangat.
Cuba tengok gambar gambar ni...
pelbagai packing barangan keluaran nestle dari dulu.
Yang tak boleh adando lupa ialah
SUSU CAP JUNJUNG.
Masa tu zaman kanak kanak adando.
sapa yang sezaman dengan adando sure teringat iklan
susu cap junjung
dengan lagu
"...Lekaslah besar, Semanja ku sayang...
lekaslah besar dengan susu cap junjung..."
Begitu melekat dihati dan fikiran akan lagu dalam iklan itu.
Dalam pameran itu juga ada dipamerkan
bentuk bentuk dapur dari zaman dulu.
Yang ditas ini merupakan dapur Tradisional zaman 50an.
Masa ini adando belom lahir lagi...
Ada di pamerkan juga TV lama.
TV hitam putih.
Memang membuat adando teringat zaman kanak kanak adando.
TV macam ni dulu ada juga dirumah adando.
Kalau dulu rumah ada TV dah kira cukup Hebat.
Nak tukar chanel kena pusing punatnya dulu.
Bila dah tak tengok TV boleh ditarik pintu untuk menutupnya.
Yang ini pula
Dapur kontemporari, Dapur ini Top dizaman era 80an.
Masa dapur yang cam gini adando dah lahir.
Aik....Ada tetamu..???
Ohhh.....Siben 10 airil rupanya.
Dalam pameran itu terdapat juga alam Cyber.
Si E'sya pantang jumpa gajet.
itu Games yang dah selalu dia main dekat Lap top adando.
Si ben 10 Airil juga leka dengan game.
Aikkk....
Nape DApur Adando ada kat Pameran ni...
(Jgn nak Verangan wahai Adando)
yang ini pula Zaman dapur sekarang
ianya dikatakan Dapur Moden.
Pose dekat dapur moden.
Biasalah...Dapur zaman diaorang...!!!
Ada juga pameran untuk kesihatan.
JOM tengok
v
v
v
si Ben 10 Airiel sedang beriadah untuk menambah stamina
Ha..ha...ha.....
PEDAS....!!!!
Haaaa....
jumpa kawan ke..??

" Seen I born untill now,
My Famili used product Nestle.
TQ NESTLE "
Sebelum melangkah keluar
anda boleh menulis disatu ruang yang telah disediakan tanda sokongan
anda kepada NESTLE.
Yang atas tu adando conteng...!!!
Princess E'sya juga meninggalkan tandatangan.
Nak tau apa yang dia tulis...???
v
v
v
v
Nama dia "AIDA"
dikelilingi pula dengan bunga dan daun.
Ben 10 yang usia 4 tahun ni pula sibuk lukis idola dia
siapa lagi BEN 10.
Dan
sebelum meninggalkan perkarangan muzium negara.
Sempat juga melukis & mewarna di kulit.
tengoklah si Princess Aida tu..
Beria sangat nak untie tu lukis kat tangan dia.
Apa yang dilukis...???

minnie mouse.
Mula mula dia minta untie tu lukis
karektor kartun
PRINCESS SNOW WHITE
tapi
Hajatnya tak boleh ditunaikan....
Minnie Mouse pun boleh jugalah
biarpun tak berapa nak suka...
Jom tinjau pula apa yang berlaku pada
Si hero Ben 10 adando tu
v
v
v
Angry Bird NO Ben 10.
memang si airiel tak puas hati
sebab dia nak Ben 10.
Hero pujaan dia..!!!!
tapi hajat tak kesampaian...!!!!


Jom tengok sidebot.
Anak bongsu adando yang tak nak ketinggalan juga.
Angry Bird juga.
Si Eryna tak kisah apa pun...
sebab dia bukan tahu apa lagi pun...!!!
selesai menconteng muka dan tangan
dah nak balik, terserempak pula dengan badut.
Eeemmm....
apa lagi....
Belon satu....!!!!

Dah dapat belon satu,
kasi POSE satu kali dengan badut...!!!
OK...
Dah petang,
Moh kita pulang....!!!!
Nanti ada masa kita datang lagi...!!!

Monday, April 2, 2012

MIHAS 2012

Salam pagi semua.
Hari ini agak kemalasan nak ke opis
apatahlagi Hujan dipagi pagi hari
membuatkan adando rasa nak tarik selimut lagi
tapi adando gagahi juga perasaan ini
memandangkan
 minggu ini agak BZ kerana ada event
V
v
v
v
Macam kenduri kawin jugalah,
Majlisnya hanya 2 hari tapi persediaannya berbulan bulan.
Begitu juga MIHAS ini,
persediaan telah dibuat awal lagi
maklum sahajalah
ianya melibatkan seluruh dunia.
dan
Kejayaan MIHAS ini adalah untuk kejayaan
MALAYSIA juga.
Ada dua event yang besar dalam MIHAS ini.
1. IBM ( Internasional business matching)
akan berlangsung Matrade Exhibition & Convention Centre
disini merupakan
medan pertemuan pengusaha Malaysia dengan pelabur dari luar negara.
2. PAMERAN PERDAGANGAN
Pameran barangan Malaysia yang akan berlangsung di KLCC.

4 hingga 6 April Pameran khas untuk usahawan sahaja
dan
07 April barulah dibuka kepada umum.
Kepada kengkawan yang nak melihat dan nak pergi
pameran MIHAS ini pergilah pada 07 April.
Disitu akan dipameran barangan barangan HALAL
keluaran usahawan Malaysia.