~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, October 11, 2011

JOM SELONGKAR LAGI....

Fuuuhhhh......(Rancangan di tv).

Ayuhhh...

kita selongkar lagi..

kali ni beg galas anak bujang aku

Entry BEN 10 yang dulu

ada memaparkan beg galas dia.

klik sini untuk ingatan semula:

VVV

VV
                                                                   V




Kalau Hand Bag Esya sure banyak barang sebab dia perempuan.

Ni Beg galas lelaki..

JOM....Jom

kita intai apa yang ada...


CERMIN MATA HITAM.

Ini memang wajib sentiasa ada.

Kena selalu ingatkan dia.

Kalau tidak sure kena pusing balik rumah

semata mata ambil benda ni.



JAM TANGAN Ben 10.

Jam ni unik

kedua dua permukaan boleh guna.

sebelah atas Jam bila di pusing muka Ben 10



Kereta mainan.

Wajib ada..

Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang ini sentiasa ada

sebab kalau boring boring inilah mainannya...


SIKAT RAMBUT dan MINYAK RAMBUT

Memang tak boleh tertinggal juga.

Sebab dia nak kelihatan BERGAYA.

Menurut Mak WAN (mak aku = mak mertua Wife aku)

Ikut perangai Daddy dia masa dulu dulu.

Harus sentiasa kelihatan Hensem...

Aku ke...???

Aduhh....mak wan sudah kasi pecah lobang...!!!!




Ini aje barang yang ada dalam Beg galas anak teruna aku.

Tak banyak macam kakak E'sya dia.





Apa kata korang...???

Komen...!!!!

Monday, October 10, 2011

EDISI SELONGKAR.......

Hai...
Bersiaran semula kita...
Ok..
Ingat tak sewaktu entry aku dulu
Pasal anak dara sulong aku yang suka karektor karton Princess
Lupalah tu....
Klik kat bawah ni (kasi ingat balik)
V
V
V


Dia ada 2 hand bag...
Jom kita SELONGKAR....
Ini semua barang yang ada dalam kedua dua hand beg dia.
Ko hada...???
ini baru usia 5 tahun...
Jom kita intai satu persatu pula....!!!!

Ini beg duit dia..
Sentiasa ada duit...
Duit syiling Atau wang kertas.


Ko hada...???
TISU MUKA...
Aku rasa kadang kala hand bag orang dewasa pun tak ada ni.
(sebab kadang kala my beloved wife tibai tisu dia...)

Ini yang aku tak tahan.
Bedak compact (Silky Girl) Aku pun tak tahu ejaannya...
Lipstick Mood magic
dan
 LipGloss  jenama AVON tu..
Ko berani...???
Sikat tetap warna Pink...!!!

Yang ini aku tak tahu,
bila masa ada dalam hand beg dia...
Pencuci tangan tanpa bilasan
 dan VICKS...!!!
Kelazzz ko E'sya...
Menanggis orang dewasa nengok...!!!

NOTE PAD.
Memang selalu ada.
sebab hobi dia menulis...
kadang kala aku guna juga ( waktu Kecemasan)

Cermin mata yang tak pernah tingggal.
2 utas Jam tangan Barbie
Hand phone lama aku yang dah tak guna.
Buat eksyen aje...

Barangan set Hello KITTY.
Ini mak kawan baik sekolah dia hadiahkan,
Angkut bawa pi mana mana...
menghargai kaedahnya...
Bagus-bagus....

exsesori rambut pelbagai bentuk.
Angkut juga kemana mana...
kadang kala berguna juga...!!!


Ha...ha...ha.....
Apa yang korang nak kata..???
Komennnn....!!!!

RESTORAN SALERO NEGORI @ Subang Jaya.

Hello...Entry kali ini aku nak cerita pasal tempat makan.
Sewaktu balik dari Annual Concert jam sudah 2.00ptg.
My beloved wife dah lapar...
so aku bawa pi makan sebuah restoran di Subang Jaya. 
Memandangkan aku ni orang Negeri Sembilan.
so dah dibesarkan dengan masakan Cili Padi.
kiranya kena dengan selera aku.
Restoran ini dah 2 -3 kali aku pergi.
"RESTORAN SALERO NEGORI"
Masakan Padang & Negeri Sembilan.
My Beloved Wife & anak anak dah tak sabar.
Tengok muka Princess E'sya menahan kelaparan.
Si Ben 10 Aidid yang Rilex & Cool
walaupun tengah lapar.
Muka wife aku yang tengah Lapar..
S.A.B.A.R sayang.....
Lauk pauk yang disediakan.
Menepati citarasa kami sekeluarga.
Decoration dalam restoran ni.
banyak barangan Antik.
Selesa juga Restoran ni.
Dah kenyang semua tersenyum...
Harga makanan di restoran ini juga berpatutan.
Bolehlah mencuba.

Wednesday, October 5, 2011

BUAT SEORANG SAHABAT

Buat sahabatku...
Satu ketika dulu kita pernah bersuka ria, berkongsi masalah bersama,
hilai tawa tak terkira, bergaduh..terkecil hati pun ada
tapi semuanya ditelan tanpa sekelumit dendam...
indah terasa detik itu sehinggakan terkadang aku merindui saat saat itu.....

Hari berganti hari, bulan berganti bulan,
Persahabatan tetap terjalin,
Biarpun jarang bersua muka namun khabar berita tetap diterima.....

Sahabatku...
Aku tahu disaat ini dirimu dihimpit kesusahan, kesengsaraan
sebagai seorang sahabat
Aku tetap mendoakan semoga dirimu tabah menghadapi semuanya.
Kuatkan semangat mu...
Tabahkan hati mu...
Ada hikmat disebalik apa yang berlaku..
Ini ujian dari Allah untuk menduga Iman mu....

Aku tahu, disaat dirimu dihimpit kesusahan ini
Ada antara mereka yang bertepuk tangan gembira
bergelak tawa melihat kesengsaraan dan kejatuhan dirimu...
Ingatlah....
Langit tak selalu cerah,mendung tak bererti hujan...
Hidup ibarat roda, ibarat laut yang ada pasang surutnya..
Hari ini hari dia, esok lusa mungkin hari awak pula..
Jadi BERHENTILAH mentertawakan kejatuhan dan kesusahan orang.

Cerminlah diri anda sendiri...
Tanya pada diri sendiri
"SEMPURNAKAH AKU..??
 PERFECT ke aku ???
Tepuk dada tanya Iman....


Sahabatku...
Biar apapun keadaan
Aku tetap akan menjadi SAHABAT mu...
Ikatan Siratulrahim persaudaraan seislaman
yang telah terikat tak perlu dileraikan simpulannya.....

Semoga diri mu kuat, Tabah, menghadapi segalanya...
 

Tuesday, October 4, 2011

AIDID AIRIEL SHAHREZA = MY HERO

Hello...
Jika sebelum ini entry aku pasal anak sulong aku
kali ini pula aku masukkan entry anak bujang aku
AIDID AIRIEL SHAHREZA
Ini anak bujang aku.
usia 3 tahun.
Jom kila check barang kesayangan dia.
V
V
V
v
v
Katil beradunya Cadar dan Bantal Ben 10.
T'shirt Ben 10.
Seluar jean Ben 10
Topi / Cap Ben 10
Seluar dalam pun Ben 10 juga.
Towel Mandi Ben 10 juga.
Jam Digital Ben 10.

Beg dan Mainan Ben 10.
Sebenarnya banyak lagi barangan mainan Ben 10 dia.
tapi aku malas nak capture.
Beg Galas Ben 10
(Nanti ada seisi selongkar, apa yang ada dalam beg Galas dia ni)
Stokin Ben 10
Kasut pun Ben 10
Jika kakaknya ada hadiah
Dia pun ada juga habuan.
Untung badan dia
apa saja barangan yang kakak dapat
sure dia pun dapat juga..
kalau tidak mulut ada muncung...!!!
Membelek belek bungkusan hadiah.
Dengan teliti membuka pembalut hadiah
Muka TERKEJUT...!!!!
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Jam Meja Ben 10
Bertambah koleksi Ben 10.
Si Aidid ni kalau terima apa saja barang dari Aku @ my wife
tak lupa nak ucapkan
"TERIMA KASIH".

Soalan cepumas aku tanya kat dia
"Kenapa abang suka Ben10 ni..??"
Jawapanya bernas sekali
"Sebab Ben 10 Ensem dan Ben 10 nak jaga Princess"

Nanti aku masukkan lagi barangan koleksi Ben 10.