~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Saturday, April 7, 2012

DAN PEMENANGNYA IALAH.......

Baru baru ini adando ada jugalah buat Entry,
Dan minta rakan rakan blogger adando beri komen sikit,
Entry tentang :
 klik aje ini>>>:CUBA KOMEN SIKIT

Adando buat entry,
Dan minta rakan blogger adando cuma tinggalkan komen
dan Pengomen yang terbaik, adando akan beri hadiah..
 Apa hadiahnya...???
Biarlah rahsia dulu.


Dan pengomen pilihan adando ada 2 orang :


komennya berbunyi:
Komen adando:
Yup betul, skrg ni ramai staf yg kerja kat opis adando ni lahir tahun 90.
sedangkan adando lahir awal2 tahun 70an,
maknanya dah semakin hampir usia persaraan...
tapi
yg bestnya bergaul & melayan karenah bebudak yg lahir tahun 90an
itu yang membuat kita tak sedar yang kita ni sebenarnya dah tua.

2. Ciksukaberangan.
Komen adando.
yup... Bila tengok bebudak balik dari sekolah dengan beruniform
membuatkan kita akan teringat zaman persekolahan
terasa rindu sangat zaman persekolah
bila conggak conggak semula
Laaa...dah lama sebenarnya aku ni tinggalkan zaman sekolahan
Eeeeee....Dah tua aku ni..



Adando nak ucapkan taniah dan terima kasih kepada rakan blogger
yang telah sudi memberi komen.
Biarpun komen anda tidak berjaya menambat hati adando
namun adando tetap menghargainya.
Lain kali cuba lagi.
Dan rakan rakan blogger
jom follow blog blog
yang telah
memberi komen untuk entry adando.

***P/s kepada: Cik suka berangan, sila contact adando.

Friday, April 6, 2012

CUBA KOMEN SIKIT......

Hello rakan blogger sekalian.
Minggu lepas adando ada dengar satu siaran radio
mengajukan soalan
seperti di bawah
v
v
v
Jawapan Adando:
Bila pergi ke Supermarket, salesman @salegirl
yang tak berapa nak tua
bertanya pada adando
"Ya....Pakcik nak cari apa...???"
( Dalam hati Ya..Allah...PAKCIK dia panggil aku.....!!!
dah tua ke aku ni...??? )




So
kepada blogger yang lain
Silalah tinggalkan komen anda untuk soalan diatas
dan
Pengomen yang terbaik
Adando akan beri HADIAH MISTERI...
(Jumaat 6 April last komen)

Tuesday, April 3, 2012

100 TAHUN NESTLE

Hello apa kabar semua...
Kali ni adando nak cerita
tentang aktiviti adando bersama famili 2 minggu lepas.
Adando bawa famili ke Muzium Negara
Sebab dah tak tau nak bawa mereka ke mana lagi.
Kalau tak bawa keluar
kesian pula pada budak budak
weekend takkan nak duduk rumah aje.
so
adando pun bawa anak anak ke Muzium
sekurang kurangnya terbuka juga minda anak anak.
sekarang di muzium negara
sedang berlansung
pameran
v
v
v
v
NESTLE
satu Company yang mengeluarkan pelbagai produk.
Dan sememangnya setiap isi rumah di Malaysia
pasti mengunakan produk Nestle.
Dan kini Nestle telah pun berusia 100 tahun.
TANIAH NESTLE..!!!
Anak anak kesayangan adando sedang memberi
pose dipintu masuk pameran.
Pose juga di sisi pintu masuk pameran.
si ben 10 Aidid berdiri bersebelahan maskot MAT KOOL
Pose di barang barang keluaran Nestle.
memang terimbau kenangan bagi adando
bila melihat packing barangan nestle dari dulu sampai sekarang.
Memang antik sesangat.
Cuba tengok gambar gambar ni...
pelbagai packing barangan keluaran nestle dari dulu.
Yang tak boleh adando lupa ialah
SUSU CAP JUNJUNG.
Masa tu zaman kanak kanak adando.
sapa yang sezaman dengan adando sure teringat iklan
susu cap junjung
dengan lagu
"...Lekaslah besar, Semanja ku sayang...
lekaslah besar dengan susu cap junjung..."
Begitu melekat dihati dan fikiran akan lagu dalam iklan itu.
Dalam pameran itu juga ada dipamerkan
bentuk bentuk dapur dari zaman dulu.
Yang ditas ini merupakan dapur Tradisional zaman 50an.
Masa ini adando belom lahir lagi...
Ada di pamerkan juga TV lama.
TV hitam putih.
Memang membuat adando teringat zaman kanak kanak adando.
TV macam ni dulu ada juga dirumah adando.
Kalau dulu rumah ada TV dah kira cukup Hebat.
Nak tukar chanel kena pusing punatnya dulu.
Bila dah tak tengok TV boleh ditarik pintu untuk menutupnya.
Yang ini pula
Dapur kontemporari, Dapur ini Top dizaman era 80an.
Masa dapur yang cam gini adando dah lahir.
Aik....Ada tetamu..???
Ohhh.....Siben 10 airil rupanya.
Dalam pameran itu terdapat juga alam Cyber.
Si E'sya pantang jumpa gajet.
itu Games yang dah selalu dia main dekat Lap top adando.
Si ben 10 Airil juga leka dengan game.
Aikkk....
Nape DApur Adando ada kat Pameran ni...
(Jgn nak Verangan wahai Adando)
yang ini pula Zaman dapur sekarang
ianya dikatakan Dapur Moden.
Pose dekat dapur moden.
Biasalah...Dapur zaman diaorang...!!!
Ada juga pameran untuk kesihatan.
JOM tengok
v
v
v
si Ben 10 Airiel sedang beriadah untuk menambah stamina
Ha..ha...ha.....
PEDAS....!!!!
Haaaa....
jumpa kawan ke..??

" Seen I born untill now,
My Famili used product Nestle.
TQ NESTLE "
Sebelum melangkah keluar
anda boleh menulis disatu ruang yang telah disediakan tanda sokongan
anda kepada NESTLE.
Yang atas tu adando conteng...!!!
Princess E'sya juga meninggalkan tandatangan.
Nak tau apa yang dia tulis...???
v
v
v
v
Nama dia "AIDA"
dikelilingi pula dengan bunga dan daun.
Ben 10 yang usia 4 tahun ni pula sibuk lukis idola dia
siapa lagi BEN 10.
Dan
sebelum meninggalkan perkarangan muzium negara.
Sempat juga melukis & mewarna di kulit.
tengoklah si Princess Aida tu..
Beria sangat nak untie tu lukis kat tangan dia.
Apa yang dilukis...???

minnie mouse.
Mula mula dia minta untie tu lukis
karektor kartun
PRINCESS SNOW WHITE
tapi
Hajatnya tak boleh ditunaikan....
Minnie Mouse pun boleh jugalah
biarpun tak berapa nak suka...
Jom tinjau pula apa yang berlaku pada
Si hero Ben 10 adando tu
v
v
v
Angry Bird NO Ben 10.
memang si airiel tak puas hati
sebab dia nak Ben 10.
Hero pujaan dia..!!!!
tapi hajat tak kesampaian...!!!!


Jom tengok sidebot.
Anak bongsu adando yang tak nak ketinggalan juga.
Angry Bird juga.
Si Eryna tak kisah apa pun...
sebab dia bukan tahu apa lagi pun...!!!
selesai menconteng muka dan tangan
dah nak balik, terserempak pula dengan badut.
Eeemmm....
apa lagi....
Belon satu....!!!!

Dah dapat belon satu,
kasi POSE satu kali dengan badut...!!!
OK...
Dah petang,
Moh kita pulang....!!!!
Nanti ada masa kita datang lagi...!!!

Monday, April 2, 2012

MIHAS 2012

Salam pagi semua.
Hari ini agak kemalasan nak ke opis
apatahlagi Hujan dipagi pagi hari
membuatkan adando rasa nak tarik selimut lagi
tapi adando gagahi juga perasaan ini
memandangkan
 minggu ini agak BZ kerana ada event
V
v
v
v
Macam kenduri kawin jugalah,
Majlisnya hanya 2 hari tapi persediaannya berbulan bulan.
Begitu juga MIHAS ini,
persediaan telah dibuat awal lagi
maklum sahajalah
ianya melibatkan seluruh dunia.
dan
Kejayaan MIHAS ini adalah untuk kejayaan
MALAYSIA juga.
Ada dua event yang besar dalam MIHAS ini.
1. IBM ( Internasional business matching)
akan berlangsung Matrade Exhibition & Convention Centre
disini merupakan
medan pertemuan pengusaha Malaysia dengan pelabur dari luar negara.
2. PAMERAN PERDAGANGAN
Pameran barangan Malaysia yang akan berlangsung di KLCC.

4 hingga 6 April Pameran khas untuk usahawan sahaja
dan
07 April barulah dibuka kepada umum.
Kepada kengkawan yang nak melihat dan nak pergi
pameran MIHAS ini pergilah pada 07 April.
Disitu akan dipameran barangan barangan HALAL
keluaran usahawan Malaysia.

Friday, March 30, 2012

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.

Hai rakan semua.
Hari ini sure ramai yang HAPPY
sebab
Hari ini hari Jumaat
maka
Pelajar sekolah = cuti hujung minggu
Pekerja goverment = cuti hujung minggu
Pekerja Swasta = separuh ada yang cuti & ada yang kena kerja.
Pelbagai bentuk ucapan untuk mengambar kegembiraan.
Biarpun cuti singkat 2 hari
tapi inilah masa yang ditunggu tunggu
setelah 5 hari penat bekerja.
Cuti 2 hari ini pelbagai agenda telah dirancang & disusun.
maka:

Yang single @ solo
akan keluar window shoping menghabiskan masa
manalah tau kot kot boleh sangkut boi pren / girl pren.
(Sambil menyelam minum air)

Yang ada couple
Inilah masa untuk untuk keluar bersama pasangan (Dating)
akan keluar menonton wayang, lepak taman,keluar makan.
Disamping itu boleh mengenali pasangan dengan lebih dekat lagi.

Yang ada bertunang
Kesempatan cuti ini diambil untuk
 mencari barang barang bagi persedian perkawinan.
Tinjau tinjau butik pengantin, cari bunga telur, cari kad kawin
dan macam macam lagi.

Yang ada keluarga
inilah masa untuk bersama suami / isteri dan anak anak.
untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.


Ada juga yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu ini
untuk menziarahi Mak Ayah dan saudara mara dikampung.
namun
Apa juga cara dan aktiviti anda untuk menghabiskan
cuti hujung minggu ini
yang penting sekali
KESELAMATAN DIRI
harus dijaga.
dan
Buatlah perkara perkara yang berfaedah.

Adando juga mengucapkan: