Hello....
Pembaca budiman sekalian.
Kali ini adando nak bercerita tentang hotel KATERINA
yang terletak di Bandar BATU PAHAT Johor.
Adando menginap disini sewaktu outstation tahun lepas
19 hingga 21 Disember 2011.
Inilah dia Hotel Katerina yang adando stay
selama berada di Batu Pahat.
Hotel ini adalah Hotel yang terawal di Batu Pahat.
Ini dia punya Main Lobby.
Agak menarik juga biarpun sudah lama.
Hotel ini mula beroperasi pada 15 November 1998.
2012 - 1998 = 14 tahun sudah usia hotel ini.
Receptionist yang agak lama.
Sewaktu adando sampai Lobby hotel ini kosong sebab
under construction.
Lepas ini sure hotel ini cantik dan indah.
Inilah bilik Adando.
No 707

Biliknya agak luas.
Namun
Agak usang dan uzur.
Maklumlah hotel dah lama.

TV pun masih guna BODY yang Kembung.
sekarang ni mana mana hotel dah guna Plasma TV.

Katil tempat Adando beradu.
Dan katil ini jugalah saksi malam tu adando di ganggu mahluk halus.
Dah banyak hotel yang adando duduk
ini satu satunya hotel yang adando duduk dan adando diganggu.

Bilik air yang bersih.

Masih mengunakan sabun.
Mungkin ramai yang ingin tahu cerita seram adando sewaktu dihotel ini.
Ceritanya selepas balik dari berjimba jimba di pekan batu pahat bersama rakan rakan yang lain, sampai di hotel jam 2.00pagi,semuanya menuju ke bilik masing masing.Hati adando sewaktu sampai Hotel ini petang tadi dah tak berapa nak sedap, bila masuk bilik yang agak usang dengan wall paper yang dah terkoyak koyak hati adando terasa lain macam sudah.
dan bila malam pula, selepas berjimba adando terasa penat badan.Mata pun dah berat,
so Adando baring dan melelapkan mata, terasa ada bayangan hitam melintas so adando buka mata tapi tak ada apa apa pun..Adando cuba pejamkan mata sekali lagi, Bayangan hitam itu sekali lagi melintas.. Apalagi.. Adando terus menarik selimut (berselubung) masa ini terasa bulu tengkok dan bulu roma adando meremang...
Terasa seolah olah bayangan hitam itu ada dihujung katil.
Cepat cepat adando membuka semula selimut Al-hamdulillah tiada apa apa.
Adando bangun, melihat bilik air tak ada apa apa pun, selepas itu adando pasang TV
dan adando cuba layan cerita di TV, namun mata ni dah berat.. Bila adando terlelap tiba tiba terasa ada sesuatu menghembus muka adando membuatkan adando terjaga kembali.
Jam ketika itu sudah hampir 3.30pagi..
Kali ini adando nekad..untuk terus bertahan menonton TV..tapi akhirnya adando terus terlelap dengan TV terpasang.
Jam 7.30pagi adando tersedar semula...
inilah pengalaman pertama
adando diganggu ketika bermalam di hotel.
***Hotel ini juga ada sejarah bila rakaman video Sex
Chuasoilek (ketika itu dia menteri kesihatan Malaysia) dan Scandal.





