~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Thursday, December 31, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Bismillah
Selamat Sejahtera semua.
Jangan betulkan PC anda, Iya memang adando berbicara tanpa suara..
Setahun adando meninggalkan blog ini tanpa sebarang bicara.
genap setahun adando senyap dan sepi dari sebarang perbicaraan.
last sekali adando punya entry 31 Disember 2014
dan hari ini 31 Disember 2015 adando keudara kembali. 
Sepanjang tahun 2015, banyak kenangan terpahat dan terukir.
banyak suka duka tercipta....
Paling Pahit sekali ialah apabila ibu tersayang meninggalkan kami sekeluarga buat selama lamanya pada tanggal 20 Julai 2015 (Isnin) bersamaan 04 Syahwal 1437 H.
Dan sehingga sekarang kesedihan tidak pernah hilang.
Al Fatihah buat arwah Mak,
Semoga Arwah Mak tenang dan damai disana.
(tiba tiba mata masuk habuk pula...)
oklah.. Tutup cerita tentang pemergiaan Mak, In Shaa Allah adan akan bercerita apa yang dirasai semenjak Arwah mak pergi...
SEDIH....
Berbalik semula kepada cerita asal...
Hari ini adalah hari terakhir tahun 2015, dikesempatan ini adando sekeluarga ingin mengucapkan
"SELAMAT TAHUN BARU 2016"
Semoga tahun baru ini membawa lebih keberkatan dan keredhan dari Allah buat kita semula.
In Shaa Allah..
Ada kelapangan kita akan bersua kembali.
Wassalam.


Tuesday, November 26, 2013

~~ SELAMAT SEJAHTERA ~~

Selamat Sejahtera Semua... Agak terlalu lama Blog adando ni terbiar sepi... Terbiar tanpa sebarang entry sebab kalau kata tanpa sebarang cerita nampak sangat nipunya coz cerita banyak cuma tak berkesempatan untuk dikongsi bersama anda semua.. Macam mana nak mula dulupun tak reti sangat dah ni.. Maklumlah dah lama tak berkongsi cerita dengan anda. Keinginan untuk bercerita tu ada cuma kesempatan masa aje yang tak ada.. Dan yang paling utama sekali adalah sebab PENYAKIT MALAS. Oklah... Lepas ni adando akan cuba kembali aktif semula berbloging.. Dengan pelbagai ceritera....




In Sha Allah.... Doakan supaya adando kembali semula di arena bloging ni.

Ok... Bye....!!!

Wednesday, June 12, 2013

BAGASI ANAK ANAK...!!!

 Salam sejahtera.
Agak Lama Adando tak berceloteh disini.
Semua kerana malas malasan sehingga Blog ni agak terbiar seketika.

Ok... kali ni adando nak bercerita tentang bagasi anak anak adando.
Sekarang ini nak pi mana mana, masing masing dah ada bagasi sendiri.
Dah tak nak campur campur baju dalam satu beg.
Itulahkan budak budak sekarang cepat sangat nak berdikari sendiri.
kalau time time kita sewaktu seusia mereka, kalau nak berjalan semuanya mak sediakan.
Tak peduli pun baju nak simpan kat mana..
 Janji ada baju tapi budak budak sekarang semua nak sendiri...!!!
Biasalah Princess adando ni.
Setia pada karektor princess.
Anak teruna adando.
Si Ben 10.
Sekarang ni dah semakin chubby.
Mulut pun boleh tahan bising.
keletah bercakap..
selalu bergaduh dengan adando..
Syok dengar dia membebel...!!
Ni second princess adando.
Kalau dulu suka mickey / minnie
tapi bila dah besar sikit tetiba berubah..
Suka pada karektor DORA pula..!!!
Kalau tadi Bagasi Baju.
Ini pula Beg Galas.
Sorang satu mengikut karektor kartun yang depa suka.
Kalau Princess Esya dalam beg galasnya tu ada Buku + Pen + Game PSP + Alat Make-up.
Si Ben 10 dalam begnya ada Game PSP + TAB + Buku + Pensel.
Dalam Beg Galas Dora ada Pampers + Game PSP + Puting + Pillow Busuk.

Macam inilah anak anak adando bila nak pi mana mana sekarang ni.
Balik kampung , bercuti masing masing dengan beg sendiri.
tapi bagus juga sebab Bagasi Adando cuma ada pakaian adando dan Isteri.
Tak payah nak heret beg pakaian yang besar gedabak..!!!
Dan bila lepas mandi masing masing terpa bagasi sendiri aje.
ambil Pakaian sendiri.. Kan dah senang..!!!

Wednesday, March 20, 2013

BIRTHDAY SI BEN 10.

Salam Sejahtera semua.
08 March 2013 (Jumaat)
merupakan ulangtahun kelahiran My BEN 10
AIDID AIRIEL SHAHREZA BIN SHAHADAN
YANG KE 5 TAHUN.
08 March 2008 - 08 March 2013
Dah 5 tahun anak teruna adando.
Kek ditempah Khas.
Gambar Aidid sendiri memakai baju Ben 10.
Kek ni adando tempah di Sg Buloh Sahaja.
Rose Bakery
Kek Seberat 3 kilo ni berharga RM 155.00.
Kek hijau Perisa Pandan. Memang Sedap, Adando & wife sangat berpuas hati.
Terima kasih Datin Diyana.
Mula mula nak buat kek Ben 10 tapi rasanya yang jadinya kek Aidid Ben 10.
Sambutan hari lahir Aidid kali ini dibuat di sekolahnya.
Mana lagi klu bukan Q~dees Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.
Memang meriah sambutan Birthday Aidid di sekolahnya.
Maklum ajelah ramai budak budak.
Video nyanyian Happy Birthday to Aidid.
Selesai menyanyikan lagu Happy Birthday.
Upucara tiup lilin pula.
Memang excited si Ben 10 ni.
Video Tiup lilin..
Tiup jangan tak tiup...!!!
Selesai tiup lilin.
seronok depa main
 "Party Celebration"
Antara rakan rakan yang meraikan birthday si Ben 10.
Birthday Boy
Aidid Airiel Shahreza
Daddy, Mummy, kakak dan adik
mendoakan semoga Abang menjadi anak yang soleh,
sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah,
Dikurniakan kesihatan yang baik,
Ceria dan happy selalu...
~ Amin ~
Mengabadikan kenangan bersama rakan rakan.
Acara potong kek pula
Sebelum potong Kek
Bergambar dahulu dengan kakak.
sempat juga Princess Esya datang untuk meraikan birthday si Ben 10.
Princess Esya bekas student Q~dess.
Dapat juga di bertemu teacher's dia dulu.
Teacher Allison (Guru kelas)
 membantu si Ben10 memotong kek.
Thanks you teacher Allison dan teacher teacher yang lain membantu menjayakan
 party Birthday Aidid.
Menikmati kelazatan kek Pandan.
Biasalah budak budak sukakan kek.
Setelah selesai party,
Masing masing dapat "DOOR GIFT"
Biasa kalau party disekolah parent akan beri makanan ringan
tapi
Door gift yang adando beri kali ini
adalah sebuah buku latihan, Pensel 2 batang dan pemadam.
Birthday Boy Ben 10 sedang memberi Door gift
kepada kawan kawannya.
Adando dan Isteri sangat berpuas hati
sambutan birthday aidid kali ini.

Terima kasih kepada pihak sekolah
 Q~dess Bukit Rahman Putra Sungai Buloh.
dan
Terima Kasih juga
kepada Datin Diyana dari Rose Bakery.