~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Monday, January 9, 2012

BARANGAN SEKOLAH AIDA SYADIENA ILLIESYA.

Hai...
Salam semua.
Kali ini adando nak cerita tentang barangan sekolah my daughter
Aida Syadiena Illiesya Usia 6 tahun.
Princess Illiesya masih bersekolah di Sekolah yang lama.
Tadika Q~dess.
Seperti yang telah adando maklumkan
Princess Illiesya yang excited dengan Karaktor Carton
Disney PRINCESS.
so
Kalau boleh semua barangan sekolahnya
nak ada gambar karektor Princess.
Beg sekolah.
Punyalah susah nak dapatkan beg sekolah ini.
ada cerita sebalik beg ini.
Beli beg ni di Sungai Petani Kedah.
Pusing satu Sungai Petani cari beg sekolah dia.
Bila dah jumpa beg ada sahaja yang tak kena.
Bilangan Princess tak cukuplah, warna beg tak pink.
size beg besar dan macam macam lagi.
Aduhhhh...!!!
Naik angin juga adando masa tu
tapi Tak sampai hati pula
bila hajat Princess Illiesya tak kesampaian.
Nak tak nak ikutkan jugalah kehendak dia.
Layan aje...!!!
Ini dia punya
STATIONERY.
Bekas pensil,
Pembaris, pemadam, pensil, pengasah pensil dan pen
semuanya Princess.
Pensil kesayangan princess Illiesya.
Ini Stationery set.
Adando beli untuk stok.
Magic colour.
Princess juga.
Pencils Colour Princess juga.
Princess Illiesya tak berapa suka sangat
sebab
Jumlah Karektor Princess tu ada 3 orang sahaja.
sebab biasanya ada 5 orang.
Princess Snow White dan Princess Jasmine tak ada.
Beg mengaji Iqra.
pun nak karaktor Princess.
sewaktu sibuk cari beg sekolah
Princess Illiesya boleh pula nampak
beg ini.
Kesemua barangan sekolah Princess Illiesya.
Serba serba nak Princess.
Nasib Baik Uniform sekolah
dia tak minta Princess juga.
Ini kasut sekolah.
Kasut sekolah ini aje yang bukan Princess
kasut sekolah BARBIE.
Sebab tak jumpa yang Princess.
Tapi sudah janji dengan Princess Illiesya.
Kalau jumpa Kasut Princess nanti kita beli.

Ini baru anak sulong aku yang sekolah.
Tahun depan apabila si Ben 10 Aidid
sekolah peninglah pula kepala
adando bila dia nak juga barang barang BEN 10.
tahun ni pun dia dah minta.
Tapi Adando kata
"Abang belum sekolah,
jadi tak perlu beli barang barang sekolah lagi"

Friday, January 6, 2012

RAMBUT PRINCESS DAH PANJANG

Salam Jumaat.
Hari ni nak cerita pasal my Princess
Aida Syadiena Illiesya
Anak sulong aku yang VERANGAN nak berambut panjang.
Rambutnya pendek aje..
Tapi dia sibuk nak berambut panjang.
Memang tak pernah pun rambut dia melepasi bahu
sebab
Mummy dia kata
kecil lagi so tak perlu rambut panjang.
susah nak kemaskan.
Balik Sungai Petani dulu
pergi kedai yang jual accessori
Dia sudah berkenan pula pada rambut PELESU..
so
kami pun belilah untuk nak puaskan hati dia.
Si minah ni apalagi
Melaramlah dengan rambut pelesu tu.
Iyalah
HAJAT dah tertunai..


Tapi bila adando tengok
COMEL juga bila dia berambut panjang ni..
Baiklah
Selepas ni bolehlah bela rambut panjang yang original.
Bertambahlah maintenance sebab kena selalu
pergi salon untuk buat treatment rambut pula.

Thursday, January 5, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Rasanya belum terlewat lagi untuk Adando mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2012.
Tahun baru.
Semangat Baru.
Azam Baru.
dan yang pastinya
Usia kita akan meningkat lagi ditahun ini.


Tuesday, December 27, 2011

MAJLIS PERNIKAHAN / PERKAHWINAN MY FRIEND

25 Disember 2011 ( Ahad )
Adando bersama Famili & kengkawan opis ke
Kg Sepinang Segamat Johor.
menghadiri majlis pernikahan rakan opis Adando
RAZHUAN & NADEELA.
Majlis pernikahan diadakan di
Masjid Kg Sepinang Segamat Johor.
Jam 10.30 pagi.
Pasangan pegantin mengenakan busana warna krim.
Cantik dan sopan.
Hantaran dari kedua belah pihak.
Pengantin yang tersenyum dalam debar.
Sebelum dinikahkan dengar dulu Khutbah nikah.
Pengantin perempuan yang ceria.



Seisi soal jawab...
Nyatakan berapa rukun nikah..??
Majlis akad nikah.
Hanya sekali lafaz 
maka Sah dyla menjadi milik wan..
Cayalah.....!!!
Al-hamdulillah...
"Ya Allah....
Peliharakanlah rumahtangga yang kami bina."
~Amin~
Solat Sunat Syukur
setelah sah memikul tanggungjawab sebagai suami.

Akad menyerahkan mas kawin.
Hanya Negeri Johor sahaja yang ada seisi sebegini.
Mas kawin diserahkan.
Akad penerimaan mas kawin dari pengantin perempuan.
Seutas gelang tangan sebagai bukti cinta mempelai.



Ini member opis adando.
yang baju Hitam & Pink tu masih bujang
yang baju kotak kotak tu dah jadi bapak budak.
Antara baju hitam & Pink tu
sedang tuding menuding
"Siapa kawin dulu....."


"Selamat Pengantin Baru"
Semoga ceria dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Ya Allah...
Kurniakanlah kebahagian dan zuriat yang baik
kepada pasangan pengantin ini
dan
Rahmati serta berkatilah mereka hingga ke akhir hayat.
AMIN.


MEE RACUN BATU PAHAT

Hai semua...
Adando nak cite pasal makan pula kali ni.
Itu hari sewaktu Outstation ke Batu Pahat
19 hingga 21 Disember 2011
baru terjumpa "MENU" baru.
Kalau kita ke Batu Pahat
pasti kita akan terbayangkan
NASI BRANI GAM
tapi satu lagi makanan yang semakin POPULAR di Batu Pahat ialah
"MEE RACUN"
Dengar namanya aje dah seram...!!!!
Ada dua tempat untuk menikmati
Mee Racun Batu Pahat,
satu
di Taman Seri Jaya.
Lokasi taman ini dibelakang Carrefour Batu Pahat.
satu lagi di 
Depan Maybank Batu Pahat arah ke Tabung Haji.
Ini Banner Mee Racun.
Kecur airliur bila Mee Racun ni dah terdapat didepan Mata.

Pekat & Likat kuahnya.
Rasanya Masam pedas dan sedap...

Layan aje gambar kawan kawan adando
tengah menikmati 
Mee Racun.
Biarpun jam sudah menunjukan hampir 1.00pagi.
tapi semua tetap nak merasai kesedapan mee racun.


Semua happy dapat juga merasai Mee Racun.