~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Wednesday, September 28, 2011

ANNUAL CONCERT Q~dess (part 01)

25 september 2011 (Ahad).
Seawal jam 5.30pg My wife dah mula bangun. Coz nak buatkan sarapan pagi dan Bekal untuk My Daughter AIDA SYADIENA ILLIESYA ke ANNUAL CONCERT 2011 Q~dess di SJK (CINA) di Subang Jaya.
Jam 7.30 pagi
Make sure dah ada di sekolah Q~dess
 bas akan bertolak ke Subang Jaya jam 8.00 pagi.
Sebelum ke sekolah, Pihak sekolah meminta supaya
student perempuan untuk make-up sedikit.
dan ikat rambut dua.
so pagi pagi lagi aku dah Touch-up muka anak aku
(nasib baik ada skill make-up maklumlah aku kan bekas dancer...ha..ha..ha...)
Terlelap sewaktu selepas di make-up.
maklumlah jam 6.00pagi aku dah mula make-upkan dia sebab takut terlambat.
Pose dulu sebelum nak kesekolah...
Muka pun agak serius..
Aku dan My wife ke subang Jaya jam 9.30pg.
coz Program bermula jam 11 pagi.
Datang awal sebab nak cari tempat duduk yang startegik
maklumlah 3 sekolag Q~dess bergabung.
Q~dess Rawang, Q~dess Sungai Buloh dan Q~dess Puchong utama.
Sure ramai parent yang datang.
Program yang diaturkan.
Sebelum concert bermula
My Hero Aidid Sempat berposing depan stage.
Teruja tengok belon yang banyak.
Emm Cee pada pagi itu.
Ini pula Emm Cee dari wakil setiap sekolah dengan Pelbagai bahasa.
Persembahan pertama
Fesyen Show.

Fesyen show dari Q~dess Puchong Utama.
DESI GIRL dari Q~dess Rawang
Tarian India.
Drama Cat & Mice World from Q~dess Puchong.
yang lawaknya Cat tu macam Ultraman.
Persembahan dari Q~dess Sg Buloh.
Umbrella and singing in the rain.
Lau len Vietnam Style
dari Q~dess Rawang.
"URAMI MALAM" Indian Dance
from Q~dess Sungai Buloh
Piano Performance.
Memang teruja tengok budak 6 tahun hebat bermain piano
Twinkle twinkle litter star, Merry had a little lamb dan banyak lagi.
ini dari Q`dess Puchong. 
She'll be coming round the mountain.
Ala ala tarian Pertugal.
Q~dess Puchong.


selepas persembahan ini,
barulah Turn Team sekolah Q~dess anak aku.
nanti aku masukkan untuk ENTRY seterusnya..
S.A.B.A.R....

SUPRISE...


Friday, September 23, 2011

Q~dess ANNUAL CONCERT.

  Sewaktu balik dari Outstation diJohore
Sampai aje di rumah,
Princess E'sya memberi aku kad jemputan ini.
"Daddy..Ini teacher beri pada Daddy" Kata Esya.
"Ok..Thank You" Balas aku.
Kad jemputan untuk program Sekolah my Princess.
Q~dess Rawang, Q~dess Bukit Rahman Putra (Sg Buloh) dan Q~dess Puchong Utama
Bergabung menjayakan
Q~dess Annual Concert.
Date: 25th September 2011.
Day: Sunday
Time:10.30am
Venue: S.J.K. (C) Chee Ween, USJ 1,
Persiaran Subang Mewah,
47600 Subang Jaya.

Princess Esya terlibat dalam acara ini.
Dia masuk Tarian.
 (Aiikk...Mcm bapaknya juga Dancer...ha..ha...ha..)
Patutlah 2 bulan lepas cikgu ada beri surat untuk buat pembayaran baju untuk concert
Rm 95.00.
Baju pun dah siap....
Inilah Baju yang akan di Pakai oleh Pincess Esya nanti.

Aku & my wife memang teruja untuk menghadiri program ini nanti.
Iyalah...Ibubapa mana yang tak nak beri moral support pada anak.
Nanti aku masukkan gambar gambar sewaktu concert ini.

OK...Selamat berhujung minggu.


Thursday, September 22, 2011

BARU BALIK DARI OUTSTATION.

Semalam 22 September (Rabu) aku baru balik dari Johor.
pergi hari Isnin 19 September.
Stay di Hotel THE PUTERI PACIFIC Johor Baru.
Tak ambil pun gambar coz dah banyak kali stay kat hotel ini.
dan aku pernah masukkan gambar hotel ini diblog aku yang satu lagi.
KLIK DIsini:
HOTEL THE PUTERI PACIFIC

Cuma kali ini, Bilik aku 1108...!!!!

Tak ada apa pun yang menarik kali ini.Cuma malam ke dua pergi Dinner di Restoran LC
nanti aku masukkan gambar masa dinner tu.

Monday, September 19, 2011

PERTANDINGAN......

Entry kali ini,
aku nak cerita tentang pertandingan menghias rumah.
Ini sebenarnya adalah "HOMEWORK"
dari sekolah Q~dess untuk anak dan keluarga.
So
pihak sekolah hanya memberi
Gambar gambar rumah untuk di gunting dan ibupapa perlu membentuk rumah
dan menghiaskan mengikut kretiviti keluarga.
So aku dan my wife perlu mencari idea untuk mencantikkan decoration rumah.
Kerja ini diberi sebelum sambutan hari raya.
dan tarikh lastnya pada 12 September yang lepas.
Pening juga aku & my wife memikirkannya.
Puas juga memerah idea untuk menyiapkan tugasan ini.
Princess E'sya pula setiap hari pulang dari sekolah akan bertanya
"Bila daddy & Mummy nak siapkan rumah kakak ini..??
Kawan kawan kakak dah ada yang hantar...!!!
Biasalah budak budak..
akan rasa tertekan bila kawan2 dah hantar
sedangkan dia punya tak siap siap juga lagi..
Biasalah...
Inikan pertandingan
So aku & wife pun perlulah
membuat yang terbaik untuk Princess Esya.
Kalah Atau Menang
itu bukan ukuran kerana adat bertanding
tapi apa yang penting adalah Qualiti.
disinilah nanti pihak sekolah akan menilai
samaada keluarga pelajar komited atau tidak.
setelah bertungkus lumus
memerah idea.
akhirnya berjaya juga aku & My Wife menyiapkannya.
Habis satu Pekan Sungai Buloh dipusing untuk mencari Meterial.
Dan Akhirnya
v
v
v
v
Inilah hasil kerja aku dan Wife.
Princess Esya juga cukup berpuas hati.
"Daddy & Mummy...
Kawan kakak punya rumah tak ada Rumput dan Pagar pun.."
Esya memberitahu.
Bila rumah dah siap...
Punyalah dia senyum dan cukup berpuas hati...
Kalau tidak muka dia serius aje...
Due date 12 September
dan Aku sendiri yang menghantar rumah ini kesekolahnya.


Keputusan untuk Art & Decoration ini
akan diketahui pada 24 September ini.

MENZIARAHI PUSARA

Pagi Raya, selepas bersarapan, bersalam salaman dan beramai ramai ke Masjid untuk solat Hari raya
aktiviti seterusnya ialah menziarahi Pusara di Kg Semeling,Bedong kedah.
Cuaca pagi tu, agak penas sedikit.
Maklum dalam pukul 11 pagi kami kesana.
Matahari tengah nak naik.
Pusara ini ialah pusara Bonda kepada mak mertua aku.
kiranya NENEK kepada My Wife.
Aku sendiri pun tak pernah jumpa sbb dia dah meninggal sebelum aku kawin lagi.
Apapun Al-Fatihah dan Doa dibaca semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tengoklah Si Aidid tu..
First time (semenjak dah cerdik ni...) pergi ke Pusara.
Tapi mulutnya bising....
sebab teruja...!!
Mak tok... siapa tido dalam ni..???
Soalan dari aidid kepada mak tok.
"Daddy...Tolong ambik cermin mata abang dalam kereta...Abang panas dan silaulah"
Ayat aidid untuk aku...
Nasib baik kereta aku parking tak jauh...
Korang perasan tak...
anak dara aku si Esya tu tak ada..
Sebab dia tak mahu masuk area kubur
sebab takut...!!!
So di duduk dalam kereta aje...
bersama bibik dan si debot Eryna
Bacaan ya'sin.
Yang ini pula pusara Mak sedara (Chak)
Kakak sulong mak mertua aku.
Allahyarhamah Chak ni aku sempat jumpa...
Al-Fatihah dan didokan semoga chak ditempatkan bersama para ambia.
Sempat juga membersihkan pusara mak chak.