~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Thursday, July 21, 2011

Hizami, Nak Header Satu!....

Salam sejahtera to all.....
First time nak joint contest...
Entah betul entah tak.............!!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------          

Seperti yang aku katakan diatas tadi,
ini first time aku masuk CONTEST di Blog..
Kata Orang nak cuba Nasib... (Sambil Senggeh aje...)
You all Klik aje kat bawah ni


Kena dengan Paksa Rela 
kena habiskan pula 
SLOGAN :
"Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab adando tak pandai dan expert  nak buat header yang MELETOP KEBABOM...Upah RM 2.00 sehari pun belum tentu siap....!!! tak jadi-jadi juga"

Saya tag :

Ok selamat berjaya untuk saya...!!!!!!
Jom kengkawan kita joint contest di 




KAKI LUKA DAN MEMBENGKAK....

Semalam...20 hb dan hari ini 21 julai Aku cuti sakit sebab kaki aku Luka & Bengkak..
Tak boleh pijak @ berjalan....
GAMBAR NI BARU AJE AKU AMBIL JAM 12.30 Tengahari ni (21 Julai )...


Doktor kata kalau dalam masa 2 hari bengkak tak susut , aku disarankan untuk masuk WAD.
Aku tak mahu soz sepanjang hidup aku aku tek pernah ADMIT Wad di mana mana hospital...


Oklah...aku tak boleh nak taip lama lama coz kaki aku bisa dan berdenyut - denyut....!!!!

Wednesday, July 20, 2011

TRIP TO PULAU PINANG (13 - 15 JULAI) (P.5)

14 Julai, sebelah petangnya pula
Atas permintaan
 Big Boss Dato'Zakaria
yang teringin makan PASEMBUR 
so rombongan kami ke pusat Peniaga di jalan 
GURNEY untuk pekena ROJAK / PASEMBUR pula..
Tempat ni memang OPEN AIR.
Dan ramai orang..
Bahan bahan Pasembuq yang aku pilih...
aku ambik tak banyak
sebab nanti bila dah di potong
dicampur dengan sayur sayuran sure jadi banyak.
Pengalaman dah ada...

inilah Pasembuq aku tadi...
Bila dah dipotong jadi banyak..
Mengcunggap juga nak habiskan...

Zam yang berdaya menghabiskan separuh aje pasembuqnya.


Setelah perut masing masing kenyang, 
Dari sini (Gurney)
kami ke PADANG KOTA LAMA.
Saja aje nak menghirup suasana angin Pantai disana.
(Tapi tak ambik gambar pun)


Selepas menghabiskan sedikit masa di Padang Kota Lama,
kami pun bertolak balik ke Hotel.
Diwaktu ini ada kejadian yang boleh dikatakan lawak.
Seorang daripada kami kena tinggal...
Boleh tak perasan
En Amin tak naik bas lagi waktu tu...
So kenalah kami berpatah balik untuk jemput dia..
Sorry...En Amin...
Bukan NIAT kami nak tinggalkan En Amin.
v
v
v
v
On the way nak balik Hotel,
Singgah sebentar membeli
Ole - ole sebagai Buah tangan 
sebelum balik ke Kuala Lumpur keesokan pagi.
v
v
v
Kalau ke Penang,
Tidak SAH @ tak Lengkap sekiranya anda tidak membeli 
JERUK.
Kami singgah di
JERUK NASIR di Jalan "PENANG ROAD"
NASIR JERUK ini adalah salah satu kedai MELAYU yang menjual jeruk.
Kebanyakannya Penjual jeruk ini
di monopoli oleh kaum Cina.
Pelbagai Jenis Jeruk terdapat disini.
Jeruk Pala, jeruk Salak, jeruk kulit mangga
dan macam macam lagi...
Kalau peminat jeruk sure banyak Jeruk akan di Borong disini.
Peeehhh......
TAK KARUAN dibuatnya...
Selain Jeruk Basah jeruk kering juga ada dijual disini.
Selepas selesai membeli jeruk kami terus balik ke hotel....
v
v
v
v
DINNER....!!!
Sebenarnya masing masing masih 
kekenyangan makan Pasembuq petang tadi
tapi
seperti yang di katakan
Penang adalah SYURGA makanan
so
kami tak mahu melepaskan peluang untuk merasai
KENIKMATANNYA...
Kalau anda melihat
PAPAN IKLAN dibawah ini
saya pasti anda semua tak tau 
APA ISTIMEWA kedai ini....

Bila sebut nama restoran ini 
pasti ramai yang tak mengenali kerana restoran ini lebih di KENALI
sebagai 
RESTORAN NASI KANDAR BERATUR
Lokasi Nasi Kandar Beratur ini
bersebelahan dengan MASJID KAPITAN KELING
terletak juga di JALAN KAPITAN KELING.
Mula beropera jam 10 Malam.
jadi kalau siang hari jangan mengada ngada nak makan kat sini
sebab ianya hanya buka diwaktu malam hingga dini hari...

Kami ke nasi kandar beratur ini jalan kaki sahaja dari Hotel.
tak jauh sangat dari hotel kami.
ambik masa berjalan dalam 15 -20 minit aje.
SERONOK
juga sesekali berjalan malam macam ni.

Kami sampai jam 10.45 malam..
Orang dah ramai beratur.
membuatkan aku agak teruja sedikit...
Ramai orang Q sure nasi kandarnya sedap sehingga orang sanggup beratur.
Kami beratur lebih kurang 20 minit.
 tetap "SABAR"
kalau tidak sure sudah pergi kedai lain.
tapi
disebabkan POPULAR nasi kandar beratur ini
jadi kami 
benar benar nak merasai kenikmatan nasi kandar ni.

Beratur....beratur...dan terus beratur....
Lauk pauk yang tersedia....
Mamak nasi kandar ni sedang menunjukan Skill juga...
Berbaloi...
Tak sia sia beratur...
Memang SEDAP nasi kandar Beratur ni.
Bagi pendapat peribadi aku:
ANTARA
NASI KANDAR LINE CLEAR & NASI KANDAR BERATUR
lebih sedap
NASI KANDAR BERATUR....

Habis Sudah Entry tentang
bekerja sambil berehat / bercuti di Pulau Pinang...

TRIP TO PULAU PINANG (13 - 15 JULAI) (P.4)

14 Julai, Tengahari
Aku malas nak makan di Hotel coz dah jemu sangat
makan makanan hotel so insentif lain
aku cari makan diluar
Lagipun
kata orang PULAU PINANG adalah Syurga Makanan.
Kawan aku Zam pula agak sibuk mengajak aku merasai 
NASI KANDAR LINE CLEAR.
dan Ezual kakitangan MATRADE Wilayah Utara membawa aku kesitu.
Nasib baik ada Ezual kalau tidak aku pun tak tau dimana letaknya nasi kandar Line Clear ni.
Gerainya kecil aje,
Sebelah ada restoran lain tapi nasi kandar juga. (YASMEEN)

Memamg SEMPOI aje kedai dia.
Haaa....
MAMAK ni tengah tunjuk Skill mencedok lauk pauk...
Haaa... inilah makanan Kami.
Yang Sotong Double tu Zam punya...!!!
Resit...Bila makanan dah sampai...
Bayar jangan tak bayar.
Apapun bagi aku biasa aje nasi KANDAR LINE CLEAR ni.
Tapi 
orang lain aku tak pastilah
kerana
LAIN ORANG LAIN CITARASA...

Tuesday, July 19, 2011

PUAS HATI.......

Hari ini aku cukup puas hati coz apa yang aku impikan selama ini sudah tercapai...
Dah hampir setahun aku mememdam rasa untuk memilikinya...
Selama ini aku dok memerhatikan sahaja orang menggunakannya...
Tapi hari ini...
Aku dah berjaya "MEMILIKINYA"

Apa dia...???? Tunggu Entry aku akan datang....
JANGAN BUAT SPEKULASI yang bukan bukan tau....!!!