~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, May 24, 2011

BALIK KE KEDAH ( 3 ) ( GUNTING RAMBUT)

Seisi mengubah imej.
E'sya..Sibuk sangat nak gunting rambut.
so aku pun bawa dia pi salon.
Tengok E'sya tu siap buka majalah pilih fesyen rambut macam mana dia inginkan.
Baru 5 tahun dah pandai nak berfesyen tu..
Alahai... Anakku....!!!!
Bila dah dapat fesyen yang diinginkan.
Tukang gunting pun mulakan kerjanya.
Cina ni dok gelak aje bila tengok Gelagat E'sya memilih gaya fesyen yang dia inginkan.

Senyap & serius aje anak Daddy ni..

Langkah seterusnya....
Hair dryer
Inilah hasilnya...
Potongan "BOX"

Tiba tiba My beloved wife juga nak gunting rambutnya,
"Mummy... Gunting rambut macam kakak tau..." kata E'sya.
Inilah fesyen 2 beranak sekarang ini.
E'sya punyalah suka bila mummy potong rambut sama macam dia.

Tengoklah 2 beranak ni tengah posing dengan rambut baru masing masing.

BALIK KE KEDAH ( 2 ) ( RONDA PENANG )

Jika sebelum ini aku bawa famili beriadah di Taman Jubli, kali ini aku nak bawa nak anak menaiki FERI pula.
Bukannya sebelum ini mereka tak pernah naik Feri tapi masa bawa diaorang naik feri waktu tu masih kecil lagi.Sekarang ni dah besar so aku bagilah dia merasa naik feri.Sebelum ini kalau ke Pulau Pinang aku lebih suka guna JAMBATAN sebab malas nak Q menunggu Feri.
tengok E'sya & aidid sempat memberi pose sewaktu menunggu feri tiba.

"Daddy, Ambik gambar kakak kat sini sebab ada sampan belakang ni.." pinta E'sya.
Adik Ipar aku, Rokhairi & isteri serta anak sulongnya juga Joint sama.

FAMILI BAHAGIA.

Ini Bibik aku.
TUTY..
Bebudak ni memang manja dengan Tuty..

"Daddy kat sini ada tali besarlah..."

MY ALZA.. Basah sikit terkena percikan ombak..
sampai aje daratan terus cari car wash untuk mandikan dia.

Ini pula mereka didalam kereta.
Sempat juga ke KAKI BUKIT BENDERA.
Ingatkan nak naik Bukit Bendera ini tapi E'sya tak nak sebab takut tengok train dia.

HAPPY HOLIDAY........!!!

Suka sangat dapat berjalan.

Ini pula waktu malam.
Sewaktu nak balik.

Naik Feri 2 tingkat.Kali ini naik tingkat atas pula.

Dah letih tapi tetap pose.

Kalau ikutkan hati aku,
mahu aje check in kat pulau ni tapi baju tak bawa pula..!!

Happy sesangat..!!!

BALIK KE KEDAH ( 4 ) ( MEE UDANG )

Hari ini 18 Mei..
Dah habis cuti aku & my wife..
So time untuk balik ke Kuala Lumpur coz esok dah start kerja..
Aduhai...MALASNYA....!!!!!
OTW balik Kuala Lumpur,
Singgah sekejap dirumah adik aku di Taiping Perak.
Biasalah kalau dah singgah Taiping ni mesti pekena MEE UDANG.
Adik aku bawa pi makan di PORT WELD
atau nama melayunya KUALA SEPETANG.
Makan MEE UDANG di gerai SALLEH STALL.
Salleh Stall ini adalah orang yang pertama berniaga Mee Udang di Port Weld ni,
Dari tahun 1956 lagi..
Aku pun belum lahir, MALAYSIA pun tak merdeka lagi tahun tu...

Tengok gelagat Aidid..
Kalau bergambar sure mesti buat aksi aksi ngada ngadanya..!!

Inilah adik aku.
Atam @ nama sebenarnya Rosmah nama manjanya NANI.

Anak buah aku..
Anak sulong Atam..
Fakhrul

Yang ini takkan tak kenal...
Anak anak kesayangan aku ni..
yang ini MEE GORENG UDANG...
Meleleh air liur tengoknya..
Rasanya sangat sedap...!!!

Ini MEE UDANG...
Peeehhh.....Kecur ayak liur...!!!
Yang bestnya udang ini masih fresh lagi...!!!
Kalau anda ke Taiping, jangan lupa TRY makan MEE UDANG ini...!!!!
BERBALOI...... BALOI....!!!!!
Selesai makan, aku pun bertolak balik ke Kuala Lumpur...
TQVM Atam atas layanan yang diberi...!!!

Wednesday, May 11, 2011

RINDU OH RINDU.......

Kekangan kesibukan tugas membuatkan aku terpaksa berpisah buat sementara dengan keluarga yang dicintai.
Bermula dari 04 hingga 06 Mei 2011 aku berkursus di Janda Baik, Pahang. Menginap di Cherengin Resort.
dan 06 Mei setelah habis berkursus balik kerumah jam 04.00pm.. 
Sebelah malam
 jam 10.00pm Bertolak bersama staf MATRADE ke Negeri Trengganu Darul Iman untuk menghadiri 
" Sukan Badan badan Berkanun seluruh Malaysia " 
sehingga 14 Mei 2011.
Hampir 10 hari aku terpaksa berjauhan dari Isteri dan 
Anak anak.
Hanya panggilan talifon sahaja menjadi penghubung kami..
Namun aku merasa tidak puas kerana tidak dapat menyentuh dan membelai mereka..
setiap kali panggilan talifon Princess E'sya akan berkata : "Daddy...kakak rindu sesangat dengan daddy.Daddy jaga diri elok elok tau..."
membuatkan hati aku tersentuh...
Prince Airiel pula berpesan :
 "Daddy, Baliklah awal....Jangan work lama lama..."
membuat aku lebih sayu...
My Beloved wife berkata
"Bang, I miss you..." 
balas aku 
" MISS you Too"
Apapun biar berjauhan namun mereka tetap dekat dihati aku.. Rakan - rakan yang ada bersama aku di Ganu ni mungkin melihat aku sentiasa ceria dan Happy...
Namun tak siapa yang tahu bahawa hati aku sebenarnya sedih kerana berjauhan dari isteri dan anak anak....
SEMEMANGNYA AKU RINDU...AKU RINDU.....!!!!!!

SELAMAT HARI IBU.

Bersempena hari ibu ini,
Aku ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI IBU 
kepada Wanita yang bergelar Ibu.
Terutama sekali kepada:
my mom 
MAIMUNAH Binti HARUN.
 Ibu Mertuaku:
ROHANA Binti SAAD.
kepada Isteriku:
AZLINA Binti ABD AZIZ
yang telah menjadi Ibu kepada zuriat zuriat ku.
Mak, 
Dari kejauhan ini, abang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mak sentiasa baik.
Mak,terlalu istimewa, teramat istimewa , begitu istimewa...
Jasa mak memang tidak mampu untuk abang membalasnya.
Mak adalah RATU HATI bagi abang.