~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Thursday, June 14, 2012

HAPPY BIRTHDAY ERYNA 2 TAHUN

Salam sejahtera semua...
Sebelum adando nak buat entry lain
kat sini adando nak cerita sedikit tentang
Birthday si Debot
Aida Eryna Qaireen
yang ke 2 tahun.
pada 03 Jun 2012.
Video kami anak beranak meraikan birthday Eryna.
Kek Angry Birds
khas untuk Birthday Girl.
Aida Eryna Qaireen Binti Shahadan.
Selamat hari lahir anakku.
Semoga ceria selalu,
Semoga sihat sentiasa,
Semoga sentiasa dilindungi dan dilimpahi kerahmatan oleh Allah.
Amin.

Tambah kapsyen
Pose depan kek.

Biarpun kami anak beranak namun tetap meriah.


HAPPY BIRTHDAY ERYNA.

Monday, June 11, 2012

MARI...MARI....RAPAT ....RAPAT......!!!!!

Salam penuh kerinduan pada semua...
Rindu juga adando pada blog ini..
Lama juga tak berblog....Terasa rindu serindu rindunya......

Hari ini baru aje adando masuk kerja,
Sumpah...!!! Mood kerja memang tak ada lagi ni.
Maklum sahajalah baru balik dari bercuti membawa keluarga tersayang sempena cuti sekolah.
Sebut aje cuti sekolah, kepada anak adando, anak anak sedara, anak anak jiran, anak anak kawan kawan, adik adik yang masih bergelar murid murid sekolah
SELAMAT BERSEKOLAH SEMULA.


Bila dah mula buka sekolah ni, jalan raya dah mula JAM SEMULA.
Kepada semua pengguna jalan raya tahap kesabaran anda diuji kembali.
Jadi berhati hatilah dijalan raya.

Nanti adando buat entry tentang percutian adando bersama famili.
Tak jauh mana pun, Cuma dalam Malaysia aje..
Cameron Highland dan Taiping Perak aje...
Biarpun tak jauh yang pentingnya adando dapat menghabiskan masa dan cuti bersama famili tersayang.

Monday, May 7, 2012

SELAMAT PETANG

Berehat seketika dari blog sebab kekangan masa atas urusan Kerja dan juga hal peribadi membuatkan Adando tak sempat nak nak masukkan entry. itu sahaja yang boleh adando katakan.

Insyaallah...Lepas ni adando akan cuba juga meng up-date blog ni.

Sekian,
Terima Kasih.
Bye......

Wednesday, May 2, 2012

AL-HAMDULILLAH..... REZEKI

Hai....
Adando bersiaran lagi setelah berehat seketika.
Apa perasaan Anda sekiranya apa yang anda hajati telah termakbul..???
Bagi adando sangat bersyukur dan hati berbunga bunga...
Maklumlah sudah lama Adando mengidam nak memperolehi gajet.
siang malam dok teringatkannya....
Berkat kesabaran dan usaha, Akhirnya berjaya juga adando memiliki
SAMSUNG GALAXY TAB 7.0plus
Al - hamdulillah.
Adando pun tak menyangka dapat memiliki gajet ini.
Sewaktu adando ke pusat membeli belah di Sg Buloh,
Jengah jengah juga kedai kedai yang ada jual gajet ni
tapi Harganya agaknya mahal
tetiba ada satu kedai tu sambut Anniversary ke 5.
Dia telah menjual secara lelong gajet ni
dengan harga yang agak murah.
waktu tu Time Happy hour.
Dengan tak berlenggah lagi adando pun sambar 1.
ingat nak ambil 2 unit ( untuk my wife)
tapi
kedai tu kata
1 orang boleh beli satu unit sahaja.
Masa tu wife adando tak ada
so tak adalah rezeki untuk dia.
Sudah seminggu adando guna tablet ni.
Belum pun habis explore lagi.
sekian.