~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Thursday, April 19, 2012

PENJAGAAN DIRI

Hello semua.
Jika sebelum ni, Adando cerita tentang UBAT GIGI anak anak adando
Kali ini Nak cerita pula tentang penjagaan diri diaorang.
Aidid Airiel Biasalah kalau boleh nak semuanya BEN10.
Ikutkan aje selagi terdaya.
Sewaktu beli barang ni,
Airiel kalau boleh nak beli semuanya 2.
konon macam nak buat stock.

Perbualan adando dengan Siben10 Airiel.
Airiel : "Daddy..abang ambik semua dua boleh tak..???"
Adando: "Nak buat apa beli dua..??"
Airiel : "Nanti kalau satu dah habis, ada satu lagi.."
Adando : "Kalau dah habis, kita belilah lagi."
Airiel : "Kalau kat sini (The store) pun dah habis macam mana..??"
Adando: "Kita cari tempat lain"
Airiel : "kalau tak ada kat tempat lain, macamana..???"
Adando: "ada..Banyak kat tempat lain, Nanti kita boleh beli lagi."
Airiel : "Daddy janji..."
Adando : "Ok..Janji, Tapi abang jangan guna banyak banyak sabun,shampoo dan minyak wangi ni.
nanti cepat habis."
( ayat untuk mengajar dia berjimat cermat )
Jawapan balik dari Siben10 ni
Airiel : "tak apalah, kalau habis kita beli lagi, tadi daddy dah janji."
Adando terus diam dalam hati kata Bijak anak aku ni.
SHAMPOO
SHOWER GEL
SPRAY COLOGNE.

Kalau Airiel tu sibuk dengan BEN10.
Biasalah si kakak Esya sure nak Princess pula.
Tapi sayang Princess tak ada pula.
Perbualan adando dengan e'sya.
Adando: " kakak, Princess tak ada. "
E'sya : " Tak apalah kalau Princess tak ada, agaknya dia (kilang) tak buat lagi kot. "
Adando: " iyalah kakak..Kilang tak buat lagi kot "
(ayat ni supaya dia tak nak jenama lain )
E'sya : " Dah tak ada tak apalah daddy, Powerpuff Girl pun boleh,
sebab kakak ni kan girl. "
( Dalam hati adando ingatkan kalau dah tak ada princess
dia tak nak yang lain sebab kat rumah banyak sudah penjagaan diri ini)
SHAMPOO
COLOGNE
BEDAK.
Dalam pada tengah tengok tengok benda lain.
Aduhhh....
nampak pula dia RANTAI PRINCESS.
" Daddy...Boleh tak kakak ambik rantai ini...?
lagipun kakak tak ada shampoo, bedak dan minyak wangi Princess
jadi kakak ambik ni sebab rantai ni Princess.... "
Adando pun angguk ajelah.
Dah tak boleh nak kata apa.
Biasalah adando ni kalau ngan anak anak memang kalah.
lagipun dia minta kebenaran dulu sebelum nak apa apa
jadi tak sampai hati pula adando tak beri.

Wednesday, April 18, 2012

UBAT GIGI

Hello blogger semua.
Sempat juga adando buat entry kat blog ini.
Kali ni adando nak cerita tentang
Ubat gigi anak anak adando.
Jika sebelum sebelum ini
anak anak adando menggunakan ubat gigi khas untuk kanak kanak
Lama juga depa semua guna ubat gigi kanak kanak ni.
Puas juga nak ajar anak anak supaya guna ubat gigi dewasa
tapi
Alasannya
"Ubat gigi dewasa pedas..."
Yang Pink berperisa Strawberi kepunyaan E'sya
yang oren berperisa orange tu kepunyaan Airiel.
Kalau shoping tu
harus beli ubat gigi ini.
tapi sejak kebelakangan ini
E'sya dan Airiel
sudah bertukar
menggunakan ubat gigi dewasa
sama macam
Adando & My Wife gunakan.
Dah tak pedas ke..????
Dengan budak budak ni kena guna psikologi.
Bila diaorang dah start guna ubat gigi dewasa ni
adando & isteri akan memuji
dan mengatakan
Gigi mereka lebih putih berseri sejak guna ubat gigi dewasa
kalau dulu guna ubat gigi kanak kanak gigi tak berapa nak putih.
Mulut pun bau wangi sekarang ni
so
budak budak ni pun banggalah
bila dipuji...!!!

Tuesday, April 17, 2012

TQ MY BELOVED WIFE.

Salam sejahtera semua.
Last weekend sebelum nak ke Ipoh
My wife beri adando perfume.
Sememangnya adando ni
seorang yang suka perfume.
212 SEXY MEN.
Memang menarik.
Colour, packing, bentuk botol dan Penutupnya ada kuasa megnet.
My Wife kirim dengan husband kawannya ( Pilot )
Berapa harganya adando tak tanya pula.
Bau dia...
Peeehhh..... Jantan Habis.
Perfume ini memang adando suka akan harumannya.
Kalau kita berpeluh baunya akan jadi lebih terangsang.
Adando tak kisah akan sangat harganya.
MURAH Atau MAHAL
yang pentingnya
Baunya sedap dan tidak memeningkan kepala.
Haaa...ni dia
SEXY MEN...!!!!
( SEKSI ke....??? )
Kalau nak tau akan hal perfume
v
v
v
v

Terima Kasih My Beloved wife kerana menghadiahkan perfume ini.
Abang suka sangat...!!!


Monday, April 16, 2012

HADIAH UNTUK...........

Salam semua.
Last Weekend adando bawa famili ke Perak.
Mula mula cadangnya nak ke Ipoh sahaja untuk ziarah sepupu my wife yang baru dapat baby.
Taniah Ayu & Joe
Atas kelahiran baby yang ke 3.
Semoga kehadiran Baby baru ini
akan menyerikan lagi bahtera perkawinan.
Insyaallah.
Plan nak ke Ipoh bertukar disaat akhir.
Memandangkan time dah senja
tak elok ziarah baby time time gitu
so Kami terus ke TAIPING
rumah adik ipar adando di Kemunting.
Lagipun depa baru pindah dari Perlis ke Taiping.
Kami bermalam di Taiping.
Plan nak tidur HOTEL pun tak jadi.
Anak anak dah bising..
"Daddy kata nak tido hotel..."

Esoknya selepas sarapan Pagi.
Adando pun bawa anak anak ke Zoo Taping.
alang alang dah ada di Taiping
bawa ajelah bebudak ni ke Zoo.
Ganti janji nak tidur Hotel ke Zoo Taping.
Yang penting budak budak tu Happy.
Selepas tu baru bertolak ke Ipoh.

Sewaktu di Zoo Taiping,
sebelum masuk Zoo singgah dulu
kedai Souvenir yang ada dipintu masuk Zoo.
terpandang pula kraftangan.
kayu diukir menjadi bentuk binatang
dan dijadikan "PEN"
Adando pun terfikir nak beri pada
pemenang yang memberi komen entry adando dulu.
Pen Gajah dan pen Arnab.
Pen Gajah ni untuk
Saudara AKSARAFENDI
Adando beri pen Gajah ni sesuai untuk LELAKI
kerana sikap Gajah yang gagah.
dan ada belalai.... ( faham faham sudah...!! )
ha...ha...ha......
Pen Rabbit ini pula untuk
Pen Rabbit ni sesuai untuk wanita.
sebab karekter Arnab yang comel dan suka dibelai.
lebih kurang macam kucing...

Ok..Kepada
AKSARAFENDI & CIKSUKABERANGAN
Insyaallah...
Adando akan post pen ini dalam jangkamasa secepat yang boleh.
Tunggu....!!!

Friday, April 13, 2012

APALAH NAK KECOH......

Terpanggil juga untuk Adando membebel tentang pertikaian kemenangan
 Aktor Aaron Aziz oleh Pelakon drama bersiri Sembilu Zed Zaidi.
Aaron yang memenangi 2 Anugerah pada malam itu
Anugerah pelakon Filem lelaki popular
dan
Anugerah Artis paling popular.
TANIAH
Aaron Aziz.
Ini adalah rezeki Aaron Aziz.
Sememangnya ramai yang tahu bahawa Aaron adalah warga Singapura.
menjejakan kaki kemalaysia untuk mencari rezeki.
dan disini (Malaysia) terdapat  Rezeki untuk dia.
Mungkin Allah telah menetapkan rezekinya disini.
Ramai yang terpaksa meninggalkan negara sendiri
berhijrah ke negara orang dan "LUCK"  di negara Orang bukan di negara sendiri.
Sebegitulah juga Aaron Aziz.
Dan kemenanganya Aaron Aziz pada ABPBH adalah undian dari Rakyat Malaysia.
Bukannya SMS seperti sesetengah program realiti yang meminta penonton mengundi melalui SMS
seperti penonton di Brunai dan Singapura,
KALAULAH
ABPBH meminta undian SMS dari penonton COMFIRM juga Aaron Aziz akan menang
atas Undian dari peminatnya di Singapura.

Namun apa yang adando rasakan.
Ketidakpuashatian Zed Zaidi atas kemenagan Aaron Aziz.
 Zed Zaidi yang juga merupakan Timbalan Presiden Seniman.
meluahkan perasaan ‘kesal’ ke atas kemenangan Aaron Aziz di laman Twitternya yang bebunyi,
 ”AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana mengalakan artis luar merosakan industri seni!”…

Adando tak faham
apa yang dimaksudkan dengan kehadiran artis luar merosakankan industri seni.
Adakah sebelum ini artis luar yang datang ke malaysia merosakan industri seni malaysia..??
Mungkin
Zed Zaidi takut akan periuk nasi dia kan sedikit terjejas dengan kebanjiran artis dari luar.


Dalam Program TV yang terbaru
 di Channel Astro 104 setiap Sabtu
Rancangan MANIA
mengundang pemuzik AHMAD DHANI
untuk menjadi pembimbing untuk artis dibawah empayarnya.
Dari negara mana asalnya Ahmad Dhani ini..???
Kenapa Zed Zaidi tak kata pula kehadiran Ahmad Dhani merosakkan seni Malaysia..??
Kalau Ahmad Dhani ini merosakan industri Seni kenapa diundang untuk menjadi empayar membimbing artis malaysia.
Bahkan ramai artis Malaysia sendiri berminat untuk mendapat khidmat / lagu dari Ahmad Dhani.
Kenapa ambil Ahmad Dhani membuka empayar..??
sudah tak ada ke PEMUZIK Malaysia selain Datuk M.Nasir dan Aubrey Suwito.


Selain itu kenapa tidak membangkang tentang penganugerahan pingat terhadap
Shah Rukh Khan sehingga membawa gelaran Datuk. 
Seandainya artis luar ini merosakan industri seni
KENAPA HARUS
dianugerahkan pangkat Datuk.

Kemenangan Aaron Aziz sebenarnya adalah satu tamparan bagi pelakon pelakon Malaysia
untuk bersaing dengan lebih sihat lagi.
Penonton sekarang lebih bijak menilai,
BAKAT adalah diutamakan.
Paras rupa adalah bonus sahaja.
sebab itu
ada Program realiti di TV 3
 "VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA"
Bah kan
Program realiti "KILAUAN EMAS" pun dapat sambutan.