~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Monday, March 19, 2012

~ ~ ISNIN OH ISNIN ~ ~

SALAM ISNIN.
Biasalah hari Isnin sure macam lemau sikit.
Seru MOOD dipagi pagi ni....
Bagi murid murid sekolah menenggah atau sekolah rendah sure lagi liat
sebab dah mula semula seisi persekolahan
setelah bercuti selama seminggu.
Yang berjawatan cikgu juga mesti agak malas ( rasanya )
Apapun...
Ceriakan segera mood dipagi isnin ni...!!!!

Thursday, March 15, 2012

SUPRISE PARTY BIRTHDAY AIRIEL DI SUNGAI PETANI.

Salam sejahtera.
Masih lagi entry mengenai Birthday si Hero Ben 10
Aidid Airiel Shahreza yang ke 4 tahun.
Jika sebelum ini adando anak beranak aje yang meraikan
birthday si abang aidid
tapi kali ini
majlis sambutan hari jadinya
dibuat dirumah mertua adando
di Sg Petani, Kedah
pada 10 March 2012 (Sabtu)

Masih lagi mengekalkan kek yang bertema
BEN 10.
Segala Persiapan kali ini
dibantu oleh adik- adik ipar adando.
Terima kasih
wahai
adik adik ipar ku.
Party Hat juga Ben 10
KFC sebagai menu malam tu.
Sewaktu kami sibuk menyediakan segala urusan party ini,
Adando dah suruh Acu (Adik ipar)
untuk membawa abang Aidid keluar meronda ronda sekitar taman.
Apabila semuanya telah selesai adando pun call
acu suruh balik...
Sesampai aje dirumah...
Apabila abang aidid masuk rumah,
Kami serentak menyanyikan lagu
" Happy Birthday "
memang abang aidid terkejut sesangat.
Merah muka dia yang putih tu...
Lebih teruja bila kek Ben 10 tu besar
sebab sebelum ni kek nya kecil sahaja.
Terkejut, Malu, terkesima sebentar
Abang aidid dengan Suprise Party dia.
Tengok gambar kat atas tu..
Aidid memegang kepala kerana terkejut...!!!
Birthday BOY.
4 tahun sudahhh......!!!
Pose dari birthday boy

Acara tiup lilin.
Eryna pula yang teruja.
Sabar Eryna nanti bulan 6
kita celebrate birthday eryna pula.
Mari kita potong kek.
Punyalah sayang dia nak potong kek ben 10.
Daddy...Nak potong dekat mana ni..??
kaki atau kepala..???
Soalan Aidid.
Potong kek with Mummy
sebab birthday mummy dah nak dekat juga.
Suapan untuk mummy.
Sedapnyaaaaa....!!!
Suapan untuk Tok Yan.
Suapan untuk Mak tok
~ Bergambar dengan kakak ~

Terima kasih kepada adik adik iparku, Biras beras ku...
kerana membantu menjayakan suprise party ini.

Wednesday, March 14, 2012

CELEBRATE BIRTHDAY MY HERO ~ BEN 10

~ SALAM SEJAHTERA ~
Fuhh...
Lemau sikit kerja hari ini,
maklum ajelah baru start kerja hari ni
setelah bercuti dari Jumaat lepas....!!!
Balik utara kedah...!!!

Adando nak bercerita tentang celebrate birthday
satu satunya anak lelaki adando
AIDID AIRIEL SHAHREZA
yang sudah pun berusia 4 tahun.
Pada 08 MARCH 2012. (Khamis)
Selepas habis kerja adando pun bergegas balik rumah
sebab nak celebrate birthday si Ben 10.
Celebrate bersama famili sahaja.
sebab esoknya
Jumaat 09 March,
Adando nak balik ke Kedah
dan Suprise birthday Airiel dah disusun
dengan bantuan adik ipar adando.
Disebabkan dia memang minat Ben 10
so
Kek dia pun dah tentu Ben 10.
Kek kecil sahaja.
Cukuplah untuk adando anak beranak.
Layanzzzz........
 Gambar gambar
adando sekeluarga meraikan Birthday
Aidid Airiel.
Inilah dia
Birthday Boy.
Aidid Airiel Shahreza
Genap berusia 4 tahun.
Happy si Aidid..
Pose dari Birthday Boy.

3 beradik.

Biasalah bila time time mcm ni
budak budak aje yang lebih.

Tiup jangan tak tiup.....


Mari kita potong kek Ben 10.




Kakak menyuapkan kek kepada abang aidid.

Harap harap kemesraan dua beradik ini akan terus berkekalan hingga dewasa.

Turn abang pula suapkan kek pada kakaknya.

Biarpun simple
kami anak beranak aje
tetap Happy.

SELAMAT HARI LAHIR AIDID.

Thursday, March 8, 2012

BIRTHDAY MY HERO "BEN 10"

Salam Sejahtera....
Keletihan selepas Outstation
kekelantan selama 5 hari 4 malam masih terasa.
sebab itu semalam Adando mengambil cuti,
So hari ini adando telah mula kerja,
dan esok 09 March adando akan bercuti sehingga 13 March 2012.
 (lama tak...Jangan jeles tau.....)
Esok adando akan pulang ke Sungai Petani Kedah...

Entry kali ni lewat sikit sebab pagi pagi lagi adando telah ke PICC untuk Program Perjumpaan bersama Perdana Menteri.
Sebagai penjawat Awam yang amat ditunggu adalah tentang Status Gaji kami.
SBPA atau skim lama SSM.
Dan hari ini adalah jawapan segala persoalan.
SBPA di Batalkan dan Penjawat Awan masih kekal dengan skim lama iaitu SSM.

Oklah...Masih nak merapu tentang skim SBPA @ SSM...
Apa yang lebih penting bagi adando hari ini ( 08 MARCH 2012) adalah
ULANGTAHUN KELAHIRAN
MY HERO BEN 10.
AIDID AIRIEL SHAHREZA
YANG KE 4 TAHUN.
"Selamat hari lahir anakku,
Daddy doakan semoga sejahtera selalu,
dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki,
ceria dan gembira selalu
serta
sentiasa dirahmati dan dilindungi serta dilimpahi keberkatan oleh Allah selalu.
Selagi Daddy bernafas selagi itulah daddy tidak akan berhenti henti mencurahkan kasih sayang kepada mu.
Selagi daddy terdaya untuk memenuhi segala kemahuan mu selagi itulah daddy akan berusaha melaksanakannya.
Anakku Aidid Airiel,
Daddy sentiasa berdoa semoga kamu akan menjadi anak yang soleh suatu hari nanti.
Anak yang akan sentiasakan daddy dan mummy
serta keluarga kita...
Insyaallah..."
~ ~ AMIN ~ ~
Pose Dari
Birthday Boy

Friday, March 2, 2012

SELAMAT TINGGAL KUALA LUMPUR.

Salam Sejahtera.
Salam Jumaat.
Penghulu Segala Hari.

" SELAMAT TINGGAL KUALA LUMPUR "
Tajuk entry adando kali ini.
Sebenarnya Selamat Tinggal Kuala Lumpur buat sementara waktu.
Yup...
Hari ini adando akan OUTSTATION lagi.
Destinasinya adalah negeri KELANTAN.
Adando akan berada disana bermula hari ini
02 MARCH 2012 hingga 06 MARCH 2012.
( Jumaat - Selasa )
Ada program di Jeli Kelantan
dan juga di Kota Baharu.
5 hari terpaksa meninggalkan famili tersayang.

Apa yang menarik di Kelantan...???
Negeri yang sudah lama dibawah
pemerintahan Bulan Purnama.
Di pimpin oleh
Tuan Guru Dato' Haji Abdul Nik Aziz bin Nik mat
v
v
v


Lama sebenarnya adando tidak datang ke Kelantan.
Lebih kurang 7 tahun.
Last pergi sewaktu sewaktu baru baru aje kawin dulu.
Lepas tu dah tak pergi dah...!!!

Pergi kali ini,
adando cuba nak bermain dengan
V
v
v
v
WAU BULAN.
Boleh ke..???
v
v
v
Dengar kata di kelantan
tak ada Panggung Wayang.
 Adando akan juga tonton wayang
v
v
v
v
v
Tapi
WAYANG KULIT.
Ada ke time tu..???

Tak pun
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Yang ni Best....
Sebagai bekas Dancer (Tempat kerja)
suatu ketika dulu..
Mungkin adando akan boleh mencuba
TARIAN MAK YONG.
Nak tengok SKIL menari tu ada ke tak lagi..
( JANGAN NAK VERANGAN WAHAI ADANDO... )

Namun apa yang comfirm
Akan BERSHOPING di PASAR SITI KHADIJAH.
Siapkan ajelah duit...
Yang lain tu Verangan ajelah...!!!!

Apapun...
KELANTAN
Tunggggggu...!!!
kedatangan Adando.
Dan pembaca budiman sekalian
Doakan kesejahteraan Adando
dan
  selamat kembali semula ke Kuala Lumpur



P/s** ada juga terfikir nak beli souviner from kelantan
untuk diberi kepada Blogger yang bertuah...!!!


Terima kasih MR Google
atas ehsan gambar semua ni.