~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Monday, February 20, 2012

UMRAH.

Selamat Sejahtera.
Sabtu Lepas Mertua adando berangkat menunaikan Umrah.
My Mertua sampai di Rumah adando pada
petang Khamis 16 Febuari 2012.
Jumaat adando ambik Cuti.
Nasib baik adando ambik cuti Jumaat tu
sebab
Ramai saudara mara datang bertamu rumah adando
untuk bertemu dengan mertua adando
sebelum berangkat ke Mekah
pada hari Sabtu 17 Febuari 2012.
Mertua adando menunaikan umrah mengikut pakej
dari

Mertua pergi bersama groupnya yang dari Sungai Petani.
semuanya seramai 10 orang.
TAG Bapa mertua.
TAG Mak Mertua.
Flight jam 3.00ptg
tetapi
jam 12.00tengahari semua berkumpul di KLIA.
sebab ada sedikit taklimat dari Syaza Travel untuk jemaah umrah.
Jadi Adando bersama famili
bertolak ke KLIA jam 11.00pagi.
Sebahagian cucu yang menghantar Tok Yan & Mak tok.
Inilah Jamaah Umrah
yang datang dari Sg Petani, Kedah.
Bergambar dengan Famili.
Posing dengan Anak menantu...
mana adando..??
Merakam kenangan
Kawan kawan mertua.
Mak mertua ( Mak Ani )
Get Ready untuk Check-in.
Mertua.
Melayan Cucu yang sibuk nak tengok Tag Tok Yan.
Pose Adando with my Beloved wife
and Princess Eryna.
Jam 1.45ptg
mertua sudah bersedia masuk untuk melapor diri
Pemeriksaan sebelum masuk turun.
Lambaian kepada cucu, anak dan menantu...!!!
Bila semua dah selesai.
berangkatlah kami meninggalkan KLIA.
Ya Allah...
selamatkanlah perjalanan pergi dan balik mertua ku.
Permudahkan segala urusan mertua ku
sebagai tetamu mu.
Berilah mertua ku kesihatan dan kesejahteraan,
Berkati dan Rahmatilah mertua ku.
Terimalah segala amal ibadahnya disana....
Insyaallah........
A.M.I.N

SENAYAN, ISNIN, MONDAY

Salam Sejahtera semua.

SENYUM ajelah.....




Thursday, February 16, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ini dalam sejarah....
16 FEBUARI 2002 (10 tahun yang lalu)
merupakan hari Adando mengikat TALI PERTUNANGAN dengan my beloved wife.

Diam tak diam sudah 10 tahun Detik Manis itu berlalu.
Rasanya macam baru sahaja lagi majlis itu berlangung.
Tapi rupanya dah sepuluh tahun...

Masih ingat lagi time time tu...
15 Januari 2002
Bertolak dari N.sembilan jam 2.00ptg.
Konvoi bersama 6 buah kereta (Saudara dan kawan) membawa hantaran.
Jam 9.00 malam rombongan kami tiba di Sungai Petani.
Dan itulah pertama kali aku bersua muka dengan bakal mertua sebab sebelum ni memang tak pernah jumpa pun.

Mertua, saudara mara mahupun adik beradik my wife tak pernah pun tengok muka adando walaupun melalui gambar...
Hebat tak my wife sorok wajah adando ketika itu...
Adando pun tak pernah jumpa sesiapa pun saudara mara my wife sebab my wife tak mahu kenalkan adando pada sesiapa pun saudaranya selagi tiada apa apa ikatan.
Bila sesiapa sahaja yang nak tengok gambar wajah adando,My wife kata kalau nak tengok , tengok yang real bukan gambar...!!!

Malam tu adando pun berdebar debar sebab First time nak jumpa bakal mertua..
macam macam yang terfikir dalam kepala...Seram sejuk badan rasanya....!!
Apabila rombongan kami sampai di SP, Mertua dan bakal tunang adando telah menunggu di Plaza Tol Sg petani sebab rombongan kami tak tahu mana nak tuju.
setiba di SP rombongan kami dibawa kerumah dahulu untuk makan malam sebelum dihantar ke HOTEL untuk bermalam.

Percaya tak anda kalau adando katakan:
Merisik, meminang, menentukan jumlah hantaran, menetapkan tarikh tunang semuanya melalui Phone sahaja. Pihak perempuan pun tak kisah sebab faham jarak yang jauh antara N.9 dan kedah jadi gunakan kemudahan yang ada ketika itu...

Oklah...
setelah selesai makan malam dirumah bakal mertua rombongan kami dihantar ke hotel Emerald Puteri Sg Petani untuk merehatkan badan akibat perjalanan yang jauh.
Dan esok baru Majlis pertunangan.


16 FEBUARI 2002.
Selepas Zuhur Rombongan bertunang bergerak menuju kemajlis pertunangan dirumah mertua adando.
Fuhhh....!!!
Terkejut adando bila majlis tunang kami dah macam kenduri kawin.
Ramai tetamu yang datang. Saudara mara my wife ramai sebab semata mata nak tengok Adando. Maklumlah my wife adando betul betul SOROK kan Adando.
Maka dengan hari pertunangan kami itulah barulah
 semua saudara mara dan adik beradik my wife tengok adando.
Adando ketika itu...???
Rasa serba tak kena maklumlah jadi perhatian.
 saudara mara dan adik beradik semua nak saksikan Adando...
MALU BEB...!!!!
Tapi dalam hati sangat ceria.

Al-hamdulillah...
Majlis ketika itu berjalan dengan Lancar
sepertimana yang dirancangkan..
Setelah selesai semuanya,
jam 4.30ptg rombongan adando bertolak balik ke N.Sembilan..
 Dan sah lah masa tu Adando dah jadi
 TUNANGAN ORANG...!!!

kini Semuanya itu semuanya menjadi memori
 paling indah dalam diary adando.
Kepada yang nak bertunang tidak lama lagi adando nak ucapkan
"SELAMAT BERTUNANG."

Wednesday, February 15, 2012

PERKARA PERTAMA YANG ANDA BUAT BILA LOG IN BLOG...SAJA NAK TAU..........!!!!

SALAM RABU.
Salam Sejahtera.
Semoga pembaca blog adando berada didalam lindungan dan rahmat yang Esa.
Adando nak bertanya
kepada semua blogger
APAKAH PERKARA PERTAMA YANG KORANG BUAT BILA BUKA BLOG..?

Perkara pertama yang adando buat
bila log in blog
adalah
  1. Membaca komen tentang entry yang dibuat.
  2. menerjah blog blog yang buat entry baru.
  3. memberi komen kepada entry rakan blogger.
  4. melihat berapa jumlah bilangan Follower.
so
Anda pula, Bagaimana...????
Silalah beri jawapan
.......................................................................................................................................................

Tuesday, February 14, 2012

VALENTINE'S DAY........


Salam sejahtera...
Adando nak joint KEMPEN.
"KEMPEN ANTI VALENTINE'S DAY"
Kempen ini telah dianjurkan oleh
Rakan blogger adando
iaitu
v
v
v

Kempen ini bermula dari 14 hingga 20 Febuari 2012.
Segala syarat syarat kempen ini ada di

Terima kasih kepada Saudara JOKEOJEONSALO
 sudi mempelawa adando joint kempen ini.
Ayuhhhh....
Rakan rakan blogger adando
kita ramai ramai joint
KEMPEN ANTI VALENTINE'S DAY

14 FEBUARI 2012.
Hari ini rata rata terutama yang para remaja meraikan Valentine's Day
tetapi
Sebenarnya kita sebagai orang islam
adalah dilarang sama sekali untuk meraikannya.
Banyak artikel artikel yang menyatakan akan
umat islam
DILARANG
Meraikan Valentine's Day.

Adando sempat juga membuka beberapa artikel yang memberi pengatahuan tentang Valentine's day ini.
Antaranya :
V
v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
v

Jadi kepada pembaca budiman sekalian
bolehlah menambah ilmu pengatahuan.
sebagai saudara seislam
ingat mengingati tu adalah wajib.