~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Tuesday, December 27, 2011

MEE RACUN BATU PAHAT

Hai semua...
Adando nak cite pasal makan pula kali ni.
Itu hari sewaktu Outstation ke Batu Pahat
19 hingga 21 Disember 2011
baru terjumpa "MENU" baru.
Kalau kita ke Batu Pahat
pasti kita akan terbayangkan
NASI BRANI GAM
tapi satu lagi makanan yang semakin POPULAR di Batu Pahat ialah
"MEE RACUN"
Dengar namanya aje dah seram...!!!!
Ada dua tempat untuk menikmati
Mee Racun Batu Pahat,
satu
di Taman Seri Jaya.
Lokasi taman ini dibelakang Carrefour Batu Pahat.
satu lagi di 
Depan Maybank Batu Pahat arah ke Tabung Haji.
Ini Banner Mee Racun.
Kecur airliur bila Mee Racun ni dah terdapat didepan Mata.

Pekat & Likat kuahnya.
Rasanya Masam pedas dan sedap...

Layan aje gambar kawan kawan adando
tengah menikmati 
Mee Racun.
Biarpun jam sudah menunjukan hampir 1.00pagi.
tapi semua tetap nak merasai kesedapan mee racun.


Semua happy dapat juga merasai Mee Racun.

Friday, December 23, 2011

PERNIKAHAN MY CAUSIN

Hai semua....
lama juga tak up date cerita ni...
Maklumlah BZ
ni pun baru balik dari Outstation selama 3 hari di
Batu Pahat Johor.
Oklah...
ni nak share cerita tentang majlis pernikahan my causin.
Dah lama dah story ni
tapi baru sekarang sempat nak kongsikan.
Mini Pelamin.
My causin nikah pada raya Deepavali dulu
kalau tak silap 26 November 2011 (Rabu)
Majlis diadakan di Palong 1 N.Sembilan.
Dan pernikahan dijalankan
selepas waktu Asar.
ini dia pengantin lelaki
Suhairy
Tengah berdebar menantikan upacara pernikahan.
Inilah My Causin
Rashidah
atau nama pendek dia Shidah.
Sebelum majlis pernikahan dijalankan
pengantin ada interview oleh juru nikah.
Bapa pengantin perempuan menikahkan sendiri anaknya.
Al-hamdulillah
Hanya dengan sekali lafaz sahaja.
Syukur Al-hamdulillah
Cinta yang disemai selama ini telah menjadi hasil
Ya..Allah...
Peliharakanlah Rumahtangga kami.
Amin
Antara Tetamu yang hadir menyaksikan majlis pernikahan.
Taklit Nikah dibaca oleh suami untuk Isteri.
Penyerahan MAS KAWIN
RM200.00
Mas Kawin untuk si isteri Tercinta.
Sebentuk Cincin
Cincin disarungkan ke jari Manis
tanda ikatan cinta.

pertukaran cincin
"Cinta Abadi"
Seutas Gelang
pengikat kasih sayang.
terima kasih kanda.
ciuman khas untuk isteri
Pose istimewa untuk semua.
Malis persandingan akan diadakan pada
12 November 2011.

Wednesday, December 14, 2011

13 - 12 - 11 ( SELASA)

Cantik tarikh hari ini.
13 12 11
Dan secantik itu jugalah bilangan follower blog adando yang telah  genap 200 orang.

Terima Kasih kepada >> ABANG JONNI <<
 yang sudi menjadi FOLLOWER Blog Adando yang ke 200.

Abang Jonni ni berasal dari Selangor.
Tapi tak pasti area mana.
Adando suka baca dan tengok Blog Abang Jonni
sebab Blog dia banyak KARIKATOR
 untuk menyampaikan Cerita.
Adando rasa sanggat unik dan SEKALUNG TANIAH buat Abg Jonni
kerana mempergunakan BAKAT dan KEBOLEHAN MELUKIS.
Ini HEADER blog Abg Jonni.
Jom pakat ramai ramai kita serbu blog Abg Jonni.
Klik
V
v
v
v
v

Baca blog Abg Jonni macam melihat KOMIK.

Abang Jonni,
Nanti tolong buatkan karikatur untuk adando
boleh juga adando letak dalam blog ni.


Monday, December 12, 2011

MALAM MATRADE 2011.

Jumaat Lepas 09 - 12 - 2011
Berlangsung MALAM MATRADE di MEEC MATRADE HALL
Jalan Khidmat Usaha.
Seperti entry adando yang lepas temanya ialah
OREN - COKLAT - HIJAU.
Adando dan Wife memilih konsep BOLLYWOOD
berdasarkan warna tema yang dianjurkan.
Adando mengenakan pakaian yang dipanggil JIPPA
dan My wife mengenakan PUNJABI SUIT.
Sebelum majlis bermula
Adando telah di beri tugas untuk menjaga
Artis jemputan pada malam itu
Siapa lagi kalau bukan
JUARA RAJALAWAK MUSIM KE 2 dan KE 3
NABIL dan Juga JEP dari kumpulan Sepah.
Memang GILER perangai 2 orang ni.
Duduk semeja dengan dia tak kering Gusi dibuatnya.
Ada sahaja LAWAK yang dibuat...
mengikut Feng shui Cina
no 8 membawa tuah
so kami memilih table no 88
konon konon nak bertuah untuk dapat lucky draw
tapi
TERIMALAH HAKIKAT
awak tu tak pernah lucky pun...
ha...ha...ha......
inilah member member yang duduk semeja dengan Adando.
Tepat jam 8.15mlm
Menteri  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),
Datuk Mustafa Mohamad tiba.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian dari Kumpulan koir MATRADE
dibawah bimbingan Guru Vokal
Cikgu Siti Hajar.
Kumpulan koir MATRADE mendendangkan lagu
NEGARAKU dan MATRADE JALINAN ANTARABANGSA.
Dulu Adando juga adalah Ahli koir MATRADE
tapi sekarang KOMITMEN banyak so terpaksa berundur buat seketika.
Insyaallah
kalau ada Keizinan akan joint semula.
Selepas persembahan koir
ucapan dari
CEO MATARADE dan Ucapan dari Y.B Menteri MITI
majlis diteruskan dengan
Anugerah Khidmat Cemerlang.
Adando nak ucapakan TANIAH kepada semua yang menerima anugerah.
selepas itu
Barulah persembahan dari
RAJA LAWAK
NABIL dan JEP SEPAH.
Memang GAMAT MATRADE Hall dengan lawak lawak Spontan
dari pelawak ini.
dan ada juga kawan kawan adando komen
ada lawak yang agak keterlaluan.
Tapi bagi adando segalanaya OK sahaja.
Biasalah niat mereka adalah sekadar melawak sahaja.
untuk menghiburkan semua.
Selain dari juara rajalawak ini
ada juga artis jemputan lain yang di panggil untuk membuat persembahan
iaitu Band yang didatangkan dari Janda Baik pahang
Band RIMBA HARAPAN.
Sepatutnya Band Rimba Harapan ini banyak menyanyikan lagu lagu.
tapi
disebabkan NABIL dan JEP dah OVER RUN
Band Rimba Harapan ini hanya sempat memainkan beberapa buah lagu sahaja.
Ramai juga yang berkata
"Tak puas dengar Band Rimba Harapan ini"
Biasalah
Boleh dikatakan seluruh warga MATRADE sudah mendengar
performance dari RIMBA HARAPAN
tapi malam itu peluang untuk RIMBA HARAPAN beraksi
memainkan lagu lagu yang catchy tidak kesampaian kerana kesuntukan masa.
Apapun TIUPAN SERULING dari RIMBA HARAPAN
sewaktu Opening Gambit memang mengasyikan....!!!
Selepas kumpulan dirimba membuat persembahan
Lawak diteruskan..
kali ini Nabil mengenakan Staf MATRADE.
Emma kena menyanyi
berduet dengan JEP sepah...
Tapi aksi Nabil dibelakang emma memang melucukan...!!!
Disamping itu juga ada Cabutan Bertuah.
Ramai yang dapat cabuatan bertuah dan hadiah MISTERI.
dan MAJORITI cabutan bertuah malam tu
perempuan yang dapat.
Dan Malam itu juga ada
BEST DRESS
Wanita dan LELAKI
Inilah pemenang BEST DRESS MATRADE NITE 2011.
TANIAH
EG dan Noor...!!!

Ok..Kita tinggalkan agenda malam matrade
kali ni tengoklah gambar gambar nan hado ni...
Mengabadikan kenangan bersama Cikgu Vokal Siti Hajar.

My Wife bersama dengan Kak Imah.
Kak Imah ni tempat rujuk My wife.
Biarpun tak selalu jumpa kak imah ni tapi kalau my wife perlukan
Khidmat Nasihat dia akan call kak imah ni.
Bersama NABIL dan JEP.
Masa duduk semeja dengan Nabil Dan Jep ni tak nak bergambar
Bila dah selesai baru sibuk nak bergambar.
Apapun memang BEST dan seronok
dapat bersemuka dan berkenalan dengan 2 pelawak ni.
Ha..ha..ha....
Bollywood sudah mari...!!!!

Sebelum balik bergambar bersama
Cikgu Siti Hajar, Rima Rashidi, Nabil dan Jep..

Malam MATRADE meninggalkan banyak kenangan.

Thursday, December 8, 2011

PERSIAPAN MATRADE NITE.....

Hai....
Lama dah tak keudara..
So tak tahu mana nak mulakan dulu coz banyak story mori ni....
Baiklah
Adando mulakan dengan cerita yang terdekat sekarang ni..
iaitu "DINNER MATRADE" yang akan berlangsung Esok malam di MATRADE HALL.
Seperti 2 -3 tahun lepas juga..
TEMA pada kali ini juga mainan WARNA.
Cuma kali ini agak MERIAH you Alls...
OREN
COKLAT
HIJAU
inilah antara colours yang disyorkan...!!!!!
COLOUR FULL
Adando akan menghadiri MALAM MATRADE nanti.
Persiapan Biasa sahaja.
Memang ada BEST DRESS
tapi tak impi pun nak menang
walaupun adando akan memakai pakaian mengikut warna yang disyorkan.
Hadir mengikut warna tema untuk menghormati MAJLIS.
tapi
Adando berharap untuk menang I PAD
sewaktu Cabutan bertuah.
Tapi selalunya tak pernah lucky pun...!!!
Kebiasaanya Malam MATRADE
ada guest artist
kali ini
MATRADE menjemput Kumpulan MUZIK



dan JUARA RAJALAWAK MUSIM ke 2.

Nabil akan bergandingan dengan
Sure Gamat MATRADE HALL pada malam itu nanti.
Dengan lawak dari 2 pelawak ini.
Harap harap begitulah....

Disamping itu ada persembahan alat muzik ANGKLUNG
from
dan
KUMPULAN KOIR MATRADE.
Bimbingan Guru Vokal

Selain dari menghadiri Malam MATRADE 
Adando ada juga diberi tugasan.
Untuk menjaga
NABIL dan JEP.
Harap semuanya berjalan dengan Lancar.