~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Monday, September 19, 2011

MENZIARAHI PUSARA

Pagi Raya, selepas bersarapan, bersalam salaman dan beramai ramai ke Masjid untuk solat Hari raya
aktiviti seterusnya ialah menziarahi Pusara di Kg Semeling,Bedong kedah.
Cuaca pagi tu, agak penas sedikit.
Maklum dalam pukul 11 pagi kami kesana.
Matahari tengah nak naik.
Pusara ini ialah pusara Bonda kepada mak mertua aku.
kiranya NENEK kepada My Wife.
Aku sendiri pun tak pernah jumpa sbb dia dah meninggal sebelum aku kawin lagi.
Apapun Al-Fatihah dan Doa dibaca semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tengoklah Si Aidid tu..
First time (semenjak dah cerdik ni...) pergi ke Pusara.
Tapi mulutnya bising....
sebab teruja...!!
Mak tok... siapa tido dalam ni..???
Soalan dari aidid kepada mak tok.
"Daddy...Tolong ambik cermin mata abang dalam kereta...Abang panas dan silaulah"
Ayat aidid untuk aku...
Nasib baik kereta aku parking tak jauh...
Korang perasan tak...
anak dara aku si Esya tu tak ada..
Sebab dia tak mahu masuk area kubur
sebab takut...!!!
So di duduk dalam kereta aje...
bersama bibik dan si debot Eryna
Bacaan ya'sin.
Yang ini pula pusara Mak sedara (Chak)
Kakak sulong mak mertua aku.
Allahyarhamah Chak ni aku sempat jumpa...
Al-Fatihah dan didokan semoga chak ditempatkan bersama para ambia.
Sempat juga membersihkan pusara mak chak.

Wednesday, September 14, 2011

Cerita Raya lagi....!!!!

Masih dalam Mood raya...
Maklumlah weekend masih ada lagi jemputan "OPEN HOUSE"
Selagi bulan SYAWAL selagi itulah ada jemputan.

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KELUARGA.

Tahun ini aku beraya di Sungai Petani Kedah.
Rumah mertua aku...
Biasalah...Ikut Turn...!!!
Tahun ini TEMA famili aku "PURLPE"
Baju Princesss E'sya Dan Prince Airiel purple nak ke Pink.
ini pula famili Adik Ipar yang no 2.
Rohaizal dan Noritta.
Temanya COKLAT + HIJAU.
yang ini adik ipar aku yang no 3.
Rokhairi dan Nurul Huda.
Anaknya yang comel tu AFIF AIMAN.
Temanya MERAH...!!!
Ini adik ipar aku yang no 4.
Rozaidi dan Syatiela.
Masih belum dikurniakan cahaya mata.
Temanya ORANGE
ini adik ipar aku..
Yg baju biru tu yang bongsu.
Rozain
Masih Solo dan masih belajar lagi.
ini pula aku bersama BIRAS-BIRAS.
Maklumlah my wife anak tunggal perempuan
so akulah satu satunya menantu Lelaki.
Haruslah "MENANTU KESAYANGAN"
ini pula my wife bersama adik adik iparnya.

18 OGOS 2002.

Jangan kata aku salah taip Tarikh diatas.
18 Ogos 2002 - -- 18 0gos 2011
Al-Hamdulillah....
Sudah 9 tahun usia perkawinan aku.
Rasanya baru Semalam aku diijabkabulkan..
Pantasnya waktu berlalu....
Ketika itu, 18 Ogos 2002 selepas Asar Jam 4.45ptg
bertempat di MASJID Kampung Raja Sg Petani, Kedah
Dengan Hantaran sebanyak RM 5'333,35
Mas Kawin RM 1'122,00
dan dengan 2 kali lafaz IjabQabul
Maka
Tergalaslah TANGGUNGJAWAB sebagai seorang Suami.
Berubah sudah Status dari Bujang ke Berkawin.
Kini sudah 9 tahun detik manis itu aku simpan.
9 tahun sudah kami melayari Bahtera perkawinan.
Pelbagai kenangan Pahit Manis kami lalui bersama.
Al-hamdulillah....
Semakin hari semakin kuat cinta kami.
apatahlagi selama 9 tahun
kami dikurniakan 3 cahayamata..

Tuesday, September 13, 2011

20 Ogos 2011

Biarpun cerita ini dah hampir lama tapi aku tetap nak masukkan cerita ini.
20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan
Sabtu.
Selepas majlis berbuka puasa satu majlis meraikan Birthday
dirumah kakak ku di Gemas Negeri Sembilan.
Dirumah banglo ini aku meraikan Birthday
My Princess Aida Syadiena Illiesya yang ke 5 tahun.
Dan
Dalam bulan Ogos juga Birthday
My Father Hj Baharudin (12 Ogos) yang ke 72 tahun.
Serta
Anak Sedara aku Aliya Nur'Ayuni yang ke 4 tahun.
Inilah Kek Sponge Box.
H.A.P.P.Y  B.I.R.T.H.D.A.Y
Princess E'sya
Yang ke 5 Tahun.
Happy Birthday Ayuni.
yang ke 4 tahun.
Inilah mereka yang menyambut ulangtahun
 kelahiran pada bulan Ogos.
Princess E'sya bersama Ayuni.
Jom nyanyi ramai ramai.....
"Happy birthday to you..."
"Happy Birthday to you..."
Happy Birthday to Atuk, Esya and Ayuni.....
Tiup...Jangan tak tiup....!!!
Acara Potong kek pula...!!!
Aiikkk...My Mom...
Teringin juga nak pakai Topi Birthday...
Qaireen pun sama...!!!
Sebelum potong kek mengabadikan kenangan bersama.
Biarpun Party Birthday ni dihadiri oleh kaum keluarga terdekat
namun tetap meriah...!!!
Ha...Meriah dan happening...
ini pula Esya bersama causin causinnya..
Kesian si Airiel bila balik N.9 causin dia ramai perempuan.
Causin lelaki semua dah besar dan remaja.
Ciuman dari Mummy untuk seorang anak...!!!
Suapan dari anak ke Mummy
dan
ada pesanan dari mummy untuk anak daranya..!!
Taraaaaaa.....
Baru aku Interframe...!!!
Bergambar lagi......!!!
Makan time....!!!
My Father and My Mother.
Insan yang aku sayangi...
Bibik aku juga sempat memberi pose bersama My Mom...!!!

Wednesday, September 7, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Hai...Salam Semua...
Lama saya tak Up date Blog ni.
Maklumlah sibuk beraya.
Sekarang pun MOOD Raya masih terasa.
So Bersempena Bulan Syawal ini
Rasanya belum terlewat untuk Saya Seisi keluarga mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tahun ini saya beraya di rumah mertua di Sungai Petani Kedah.
Biasalah dah Turn beraya disana.
Bagi saya beraya di mana mana pun sama aje.
Tahun ini tema kami
Purple..
So
Layanzzz ajelah gambar gambar kami di pagi raya.
Princess Aida Syadiena Illiesya.
Prince Aidid Airiel Shahreza.
Princess Aida Eryna Qaireen.
Yang ini pula keluarga mertua aku.
Dah semakin membesar keluarga ini.
Harap Harap tahun hadapan ada lagi ahli baru..