~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Wednesday, August 10, 2011

KARIPAP

Hari ini 08 Ogos 2011.
08 Ramadhan.
Aku masih dalam cuti sakit.
so duduk rumah tak tau nak buat apa..
Tiba tiba terfikir pula nak buat
SUPRISE
untuk
My Beloved Wife.
So
Aku cuba membuat kuih Karipap
untuk santapan kami sekeluarga
ketika berbuka puasa nanti.
BAHAN BAHAN UNTUK MEMBUAT INTI:
  • 1 biji setengah bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 atau 3 biji kentang (potong dadu)
  • Udang kering (Ikut suka berapa banyak)
  • Daging (ikut suka nak letak berapa banyak)
  • Daun sup.
  • kacang panjang / Carrot / Kobis

Daging mentah.
Daging tadi di goreng terlebih dahulu.
Kentang yang dipotong dadu.

kacang panjang.
CARA CARA MEMBUAT INTI:
bawang besar + bawang kecil + Udang kering
dikisar bersama 2 sudu REMPAH KARI.
kalau nak pedas boleh masukkan juga sedikit Cili Kering.
Panaskan Minyak masak dan tumis segala barang tadi sehingga garing.
Selepas itu masukkan daging yang telah digoreng diikuti dengan
kentang yang telah di potong dadu.
Masukkan sedikit Air untuk mengEMPUKkan kentang.
(Jangan letak air terlalu banyak kerana ditakuti 
kentang tadi akan terlalu empuk dan inti akan menjadi cair)
Masukkan Garam secukup rasa.
(Jangan terlalu banyak garam kerana kulit keripap nanti juga letak garam juga)
kemudian
apabila kentang sudah masak
masukkan daun sup bersama kacang panjang.
gaul sebentar sahaja.
kerana kalau terlalu lama
nanti aroma daun sup akan hilang dan kacang hilang zat.
Ada Faham adik manissss....????
* anda juga boleh meletakkan Carrot + Kobis.
sebanyak mana terpulang...!!!!
Inti yang masih banyak air.
Yahooo....
Menjadi inti Karipap aku....!!!!


UNTUK MEMBUAT KULIT KARIPAP.
Bahan bahannya:
1. setengah potong Buttercup
2. 500gram tepung gandum.
3. Garam secukup rasa.
Buttercup yang beratnya 250gram.
Dibahagi 2.
Buttercup sedang dicairkan.
500gram tepung gandum.


CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP:
Cairkan buttercup tadi...Tapi jangan terlalu lama.
masukkan kedalam tepung gandum.
masukkan sedikit garam.
uli barang barang tersebut bersama air.
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Sehingga menjadi DOUGH seperti dibawah.
v
v
v
Apabila inti dah siap Kulit pun dah siap.
maka bolehlah proses membuat karipap.
Siapa yang tak tahu nak buat klip karipap tu
(Macam aku ni.....)
pergi aje beli ACUAN Karipap tu.
macam macam size ada.
RM0.80 aje.
(mengikut size)

Ha....
kan dah jadi....
tunggu masa aje nak goreng...!!!!

APA....?????
Tak tahu macam mana nak buat karipap ni..???
Ambil sedikit Dough tadi di Giling dengan rool.
jangan terlalu nipis nanti bocor pula.
ketebalan mengikut citarasa anda.
janganlah pula buat
"SETEBAL BIBIR NEGRO.."
Agak - agak sudah.....
(mcm pernah dengar statement ni....)

Inilah hasil usaha aku.
FIRST TIME 
buat
KARIPAP......

Apapun aku sengaja aje nak kongsi pengalaman pertama aku buat KARIPAP ini.
Al-Hamdulillah...
Menjadi juga..Rasanya Enak...
Lepas ni Makcik makcik yang jual karipap
tak merasalah duit aku untuk beli karipap sebab dah boleh buat.
Maaf ye...makcik...
Karipap Makcik harap besar aje tapi inti macam nak tak nak aje letak...!!!

Monday, August 8, 2011

KEK COKLAT KUKUS

Sabtu Lepas, My beloved wife ajak ke Kedai Bahan bahan dan alat Kek.
Ikutkan sahajalah...
Tengah bersemangat nak buat kek
so
sebagai Suami kena beri 
MORAL SUPPORT.
Inilah kedai yang aku bawa..
Dia pun memilih apa aje bahan yang nak digunakan.
Sang suami tunggu turn aje nak settlekan Bil..
Sayang isteri sebeginilah caranya...
Ha...ha...ha....!!!!
My Wife berhasrat untuk membuat kek kukus Coklat.
so bahan bahannya...!
1 cawan serbuk coco.
2 cawan tepung naik sendiri.
@
tepung MAGIC sebab dia naik sendiri.
1 cawan gula.
tapi gambar gula tak snap pula..
Bahan bahan yg pertama tadi di kisar sehingga sebati.
kemudian
masukkan 2 @ 3 biji telur ayam.
TELUR PUYUH @ TELUR ASIN
Tak tersenarai
so jangan pandai pandai 
taruh...!!!
ini telur gred A.
1 cawan minyak masak.
Tak kisah jenama apa pun
tapi make sure
jangan minyak yang dah pakai buat goreng ikan.
kang kok jadi kek coklat + ikan...
1 cawan Susu Pekat Manis.
Apa jenama pun tak kisah.
janji susu pekat...
Susu ibu rasanya tak berapa nak menjadi kot.
Kesemua barang itu dikisar sehingga sebati.
kemudian dikukus selama 
45minit..
Sorry gambar kukus tak ada.
Sementara menanti kek itu sejuk
panaskan coklat untuk topping.
Bila dah siap
ikutlah suka hati @ kreativiti memasing
untuk memperindahkan kek anda.

Friday, August 5, 2011

TERIMA KASIH......

Khamis 04 Ogos 2011 bersamaan 04 Ramadhan
Walaupun aku masih Cuti (MC)
tapi
Aku Datang juga ke Opis
semata mata hanya ingin siapkan Claim.
Sebelum aku balik
sempat juga bertemu dengan member seopis aku.
Dan dia telah bermurah Hati 
memberikan AIR ini pada anak aku
yang memang sentiasa menjadi escort
Semenjak aku cuti sakit ni.
Air berperisa 
blackcurrant.
Terpapar pula gambar karton kesukaan Si Aidid
siapa lagi kalau bukan
UPIN & IPIN.
Mulanya dia beri satu botol,
tapi aku minta dua botol coz satu lagi untuk
Kalau tidak alamatnya berperanglah dua beradik ini.

Apa pun memang aku nak ucapkan 
TERIMA KASIH
pada kawan aku tu.
Rajin rajinlah juga TERJAH BLOG dia.

KFC OH KFC....!!!

Sebelum puasa tempohari,
Sempat juga berDATING dengan Buah hati aku ni.
Kami ke KFC Kepong.
Hanya kami berdua sahaja...
Yang lain tak follow...
tak nak ada yg kacau daun...!!!
Kami share Set SNAKE PLATE.
Air pun kami Share juga.
SEJUK NYAMAN.....
Yang ini pun kami share juga.
Yang ini untuk Dia...
Buah hati saya...

Yang ini untuk saya....
Sos pun kami berkongsi

Kentang goreng ni pun kami kongsi bersama.
SERONOK SANGAT....
HANYA KAMI BERDUA SAHAJA.
TIADA GANGGUAN LANGSUNG...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Haaaaa......
Dengan AWEK ni....
CHOMELL tak dia...????






Tapi sekarang dah masuk Ramadhan.
Dah tak boleh makan berdua lagi di KFC diwaktu Siang.

JAGA KEBERSIHAN.........

Haaaaaaiiiiiiii...........!!!
Kalau last week Giliran My Alza dimandikan
kini giliran kereta my beloved wife pula.
Kereta ini untk kegunaan My wife 
berulang alik ke tempat kerjanya 
yang tak seberapa jauh.
tapi memandangkan cuaca 
kadang kala tak menentu 
so
SEDIAKAN KERETA SEBELUM HUJAN...
(peribahasa baru dizaman sekarang ni)

Mat Bangla ni suka sangat 
bila aku snap camera handphone aku.
Agak agaknya dia ni ada hati nak jadi Model kot..!!

Dah disabun maka di bilasnya.

Tengoklah bangla tu...
perasan
mcm aku snap gambar dia...
siap senyum lagi tu....!!!!
Dah berkilat pun....
Kereta my wife ni 2 minggu sekali 
cuci sebab tak kotor sangat pun.

Yeeehhhh..............!!!!
Siap sudah....