~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Wednesday, July 13, 2011

PRINCESS E'SYA WITH KEBAYA NYONYA

Taraaaaaaa......!!!!!!
Ni nak interframe pic Puteri E'sya.
Ingat tak aku ada masukkan Entry pasal kebaya nyonya..??
Entry tu aku masukkan di Blog lama aku.
CUBA KLIK 
V
V

Kini baju tu dah siap sepenuhnya.
Kalau dulu kain batiknya tak dijahit lagi
tapi sekarang dah siap...
Tengok E'sya
berposing sakan dengan baju 
"KEBAYA NYONYA"
Sebelum kain batiknya dijahit
selalu juga di tanya
bila nak dijahit kain tu
Sebab dia nak pakai.

My wife sengaja aje melambat lambatkan
untuk menghantar kain batik tu untuk dijahit
sebab 
nak pakai time Raya nanti..

Last sekali 
My wife pun menghantarnya ke kedai jahit
itupun setiap hari dia tanya 
"Mummy...Kain batik kakak dah siap ke belum..???"

Bukan apa,
E'sya memang pantang kalau ada baju baru.
dia akan pakai untuk melaram
so 
takut baju tu hilang seri waktu raya nanti.

Petang tu wife balik dari kerja
bawalah kain batik yang dah siap tu.
so berilah dia mencubanya...
takut takut senteng Atau labuh
E'sya apalagi
Senyumlah dia....
Bila dah pakai tak nak buka
nak tunggu Daddy (aku) balik kerja
sebab nak tunjuk kat aku...!!!!
Balik kerja aku tengok dia dah pakai Baju kebaya nyonya tu.
Capai kemera Snap ajelah gambar dia.
Senang ambik gambar E'sya ni sebab
dia senang memberi Pose.
Pose yang ini aku tak tahan...

Nampak ayu sesangat anak dara daddy ni  
macam
"PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR"

FIRST TIME PIJAK TANAH......

Hai.....
Nak interframe juga pasal anak no 3 aku ni...
Siapa lagi kalau bukan 
Si"EBOT"
Aida Eryna Qaireen
Sekarang sudah berumur satu tahun 1 bulan.
Jalan pun dah semakin laju
cuma
kadang kala BREK kurang mencengkam
so apalagi terbabas dan terduduk...!!!!
Qaireen pun dah semakin lasak...
Dulu badan agak berisi tapi sekarang dah susut sikit.
Baru dapat berjalan..
memang tak duduk diam..
Habis satu rumah di pusingnya...
Dan selama dia berusia 1 tahun 1 bulan
hari ini pada tanggal
13 JULAI 2011
Buat pertama kalinya 
Qaireen MEMIJAK TANAH.
SENYUM RIANG...
Dah boleh melangkah diatas tanah.

E'SYA vs AYUNI (Cerita pasal Tudung)

Haiii...
Ini adalah gambar E'sya (anak aku) bersama causinnya.
Amira Nur'Aleya Ayuni Azmi binti Mohd Azmi. (pakai tudung)
Ayuni
Baru berusia 4 tahun.
Ayuni kawan baik E'sya bila berada dikampung.
Memang dia ngam berdua..
Ke hulu ke Hilir berdua...
iyalah....
jarang berjumpa......
Ayuni ni juga Petah bila berkata.
Masa pertemuan ini..
Dia bertanya pada E'sya
Soalannya:
"Kakak E'sya Bila nak pakai tudung macam Yuni..???
Nak tau apa jawapan E'sya
"Nanti dah kawin kakak pakailah tudung...Lagipun daddy tak beri kakak pakai tudung"

Peeehhhh....
Jawapan E'sya tu membuatkan aku & wife tergelak aje..
Dia orang berdua ni memang ada aje kontroversi yang dicipta...
Tapi
kenapa aku pun terlibat sekali...????
Padahal tak pernah pun aku nak melarang apa aje yang E'sya nak pakai.

LAWAK.....

"Daddy & Mummy, dengar tau Kakak cakap ni....." kata Esya.
"Ok...daddy dengar...."Balas aku... (perasaan excited ini)

Esya pun berkata:
"Pertama : Mengucap dua kali masyahadah.
kedua     : Sembahyang lima waktu.
Ketiga    : Berpuasa di bulan Ramadhan.
keempat : Zakat.
kelima    : menunaikan Haji."

"Betul tak daddy..." Tanya Esya pada aku...
"Betul Sesangat, kakak dah pandai...Tapi apa tu dia kakak..?? Tanya aku..
Dengan selamba & Muka konfiden Esya menjawab:
"RUKUN NEGARA...."

Apalagi aku dan Wife pun tergelak sakanlah....
Walaupun aku ketawa tetapi aku tetap juga katakan bahawa itu bukan
Rukun Negara tapi Rukun Islam....

"Betullah daddy...Rukun Negara..." Esya membela diri..
lepas tu dengan semangat esya berkata :
"kepercayaan kepada tuhan.
Kesetian kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagan
Kedaulatan undang undang
kesopanan dan kesusilaan....

"Apa pula tu...???" tanya aku pada Esya

"RUKUN ISLAM..." jawab E'sya selamba dengan muka tak bersalah..

Sekali lagi aku & wife tersenyum...
"Kakak yang memula tadi Rukun Islam, yang kedua tu Rukun Negara" kata aku.
"Taklah....Cikgu ajar kakak macam tu kat sekolah..." E'sya Menyankal.
"Oklah...nanti kakak pergi sekolah, Kakak tanya semula dengan cikgu..OK..." kata aku


Inilah...bebudak lebih percaya akan kata kata Cikgu dari kata kita dalam bab pelajaran.
Sebenarnya E'sya confius antara Rukun Islam & Rukun Negara.
Apapun aku bangga anak aku dah boleh menghafal Rukun Islam & Rukun Negara.

Tuesday, July 12, 2011

PERTUNANGAN AFIQAH......

10 Julai 2011 Ahad.
Majlis pertunangan anak buah aku.
Nur'Afiqah bt Sa'ari
di
Serting Hilir 3, Negeri Sembilan.
Rombongan pihak lelaki tiba jam 12.00tengahari.
Seperti biasa kita orang melayu penuh dengan adat.
Maka bermulalah perbincangan..
Sebahagian tetamu dari Pihak lelaki & perempuan
sedang mendengar dan menyaksikan
perbincangan antara kedua belah pihak.
Wakil pihak lelaki dan perempuan sedang berbincang.
dan megikat janji untuk tempoh pertunangan.
Antara sebahagian barangan hantaran.
dari pihak lelaki & perempuan.
Simple tetapi menarik.
Cincin disarung di jari manis
sebagai tanda empunya badan telah dimiliki.
Mengabadikan kenangan bersama
keluarga dan saudara mara yang hadir.
Wajah penuh debaran
Manis dan anggun berbaju kurung berwarna krim susu.
Masih sempat menelifon
 "CIK ABANG TERSAYANG"

Pak teh sekeluarga mengucapkan:
Selamat bertunang
semoga banyak banyak bersabar didalam alam pertunangan ini.
dan menjaga tatasusila
sehingga ke jinjang pelamin.