~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Monday, July 11, 2011

E'SYA SEBELUM KE SEKOLAH......

Jumaat lepas 08 Julai 2011,
Seperti biasa Rutin pagi aku & my wife menyiapkan  Princess E'sya untuk kesekolah.
Jam 7.20 pagi.
Pasti
 Princess E'sya sudah berada dibawah
 menantikan kedatangan Uncle Rahim untuk menghantarnya ke Sekolah Q-dess.
Pagi itu,
kami turun kebawah agak awal.

Sempat lagi berposing sebelum ke sekolah.

.Sementara menanti Uncle Rahim Tiba.
Sempat juga E'sya bertemu rakan sebayanya.
Sofea atau nama manjanya "TOTA"
Dulu E'sya tinggal di "TASKA" yang sama di
Quasters Hospital tempat kami tingal.
Tapi selepas aku mengambil "Pembantu Rumah"
so
Tak jumpalah lagi E'sya dengan Tota ni.
Cuma sesekali bertemu mereka sempat bertegur sapa.
Sekolah pun tak sama.
Tota bersekolah di Tadika Perpaduan
di Pusat kawalan kusta Negara.
Esya pula di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.
Sedang asyik mereka bersembang.
Uncle Rahim pun sampai.
E'sya pun masuk kedalam Van.
Cuma 2 orang aje dalam Van ini.
Huzair anak jiran aku juga.
sama sama sekolah dengan E'sya.
Melambai tangan kepada Mummy & Daddy.
Apabila Huzair dah naik Van.
Uncle Rahim pun mula memecutkan Van nya.

Teringat aku zaman aku sekolah dulu.
Tak pernah merasai naik Bas @ Van sekolah cam gini.
Dari sekolah tadika hinggalah darjah 6.
Setiap hari Ayahanda kesayangan aku akan menghantar aku sekolah.
Tapi bila tengok anak aku,
terpaksa pergi sekolah naik Van sebegini
terpaksa berdikari sendiri dalam usia 5 tahun
Terasa kesian pula.
tetapi
apa nak buat sayang,
Daddy & Mummy berkerja
terpaksa kakak naik Van sekolah
dan
percayalah
jauh disudut hati Daddy sebenarnya Daddy
teringin menghantar & menjemput Kakak dari sekolah
sepertimana
sewaktu Daddy time sekolah dulu...

NURHUZAIFAH QISTINA. (ORANG BARU....)

Last weekend 03 Julai 2011 (Ahad)
Kerumah Bapa saudara di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur 
untuk ziarah 
Anak Pak Anjang Shila (Causin My Wife)
yang baru melahirkan anak ke 2.
sebelum tu pergi cari sedikit Cenderahati untuk Baby Baru.
Antara barang barang yang dibeli.
 Selepas membeli barang semua tu,
Buat sedikit decoration...
Alah lebih kurang aje..
Memang selalu kami buat begini kalau pergi menziarah baby baru.
Selalu kami gunakan 
BAKUL ROTAN
tapi kali ini Try guna BAKUL PLASTIK pula...
Nampak macam Kurang menarik pula...!!!
Bakul tadi dihias serba ringkas...
Dan disusun dengan Kretiviti sendiri...!!!
Lepas tu kami pun bertolak ke Rumah Pak anjang...!!!
Inilah dia Baby Baru Shila & Daud.
anak ke 2.
Nama :  Nur'huzaifah Bt Daud.
Tengok Prince Airiel yang teruja dengan Baby.
Pantang aje baby tu bergerak,
dengan pantas dia akan menyentuh pipi Baby tu...!!!

Taniah pada
Shiela & Daud.
Dapat lagi seorang Puteri...
Next time cuba lagi dapatkan pula
PUTERA...!!!!

Wednesday, July 6, 2011

TRANSFORMERS..........!!!!

05.June 2011.
Jam 3.30ptg
Bertempat di Jaya Jusco, Kepong
Aku & Wife
Bersama 2 orang anak
AIDA SYADIENA ILLIESYA
&
AIDID AIRIEL SHAHREZA
 menonton wayang
"TRANSFORMERS"
AIDA ERYNA QAIREEN
Tinggal dirumah ditemani Bibik.
Nak bawa masih Kecil lagi
takut tak selesa pula....!!!!
Kedua duanya teruja...
Posing...!!!
Posing lagi sementara menunggu waktu nak masuk panggung.
Princess Esya yang sangat Excited.
Maklumlah dah lama tak tengok wayang.
Prince Aidid Airial
pun teruja Juga maklumlah
FIRST TIME...!!!!
Selagi ada replika,Semua dia nak posing...
Ikutkan aje..sebab nak beri dia rasa enjoy..!!!
Ini pula Tiket..
beli untuk 3 seat aje..
coz
E'sya & Airiel share seat...
Tapi memandangkan panggung tak penuh semua ambil sorang satu seat.
Show Jam 3.30pm,
tapi kami sampai awal..
Sementara menanti untuk waktu tayangan
layan ajelah karenah Princess & prince ni...!!!!
Yang sibuk nak berposing...!!!!
You all's
tengoklah....!!!!
V
v
v
v




v
v
v
v
v
Haaaa.....
yang ini dalam Panggung...
Mulut si Airiel bising...
Mana ROBOT ni....???
Lambatlah cerita transformers ni...
nape gelap..??? pasanglah Lampu..!!!!
Dan macam macam lagilah terkeluar dari mulut dia..
Maklumlah pengalaman pertama si Airiel masuk panggung...
Lagi satu kalau cakap slow tak apa juga,
ini siap menjerit...
Malu...malu...
tapi aku tak kisah coz biasalah bebudak...!!!!
Haaa...ini lagi satu...
Sebelum masuk panggung beli dulu Pop Corn..
Belum mula Movie pop corn dah  separuh habis...!!!
Bila cerita dah start..
E'sya & Airiel punyalah menjerit
sebab teruja
kerana kitaorang tengok yang 3D punya...!!!
Airiel berapa kali menyorok bawah kerusi sebab takut..
lawak...lawak.....!!!!

Apapun...
Aku & Wife Enjoy
anak anak lagilah enjoy..
Next time kita pergi lagi
tonton wayang...!!!!

Monday, July 4, 2011

DAH BOLEH HARAP.....!!!!!

Sabtu, 02 Julai 2011.
Aku lepak aje dirumah, 
Coz Sabtu & Ahad adalah hari aku SANTAI bersama Famili.
Samaada santai dirumah Atau diluar..
Kali ini aku memilih untuk lepak rumah aje sebab petang nanti baru nak keluar.
Makan tengahari dirumah bersama keluarga.
Lepas makan Kakak E'sya bersuara :
"Daddy, Daddy kata kalau hari cuti,
kakak boleh cuci pinggan untuk siang & malam"
aku pun menganggukkan kepala..
Terus dia senyum tanda suka...!!!
Lepas makan, dia angkat pinggan dia,
Buang sisa makanan didalam Tong Sampah.
Lepas tu dia memulakan step - step membasuh pinggan.
Seisi menyabun pinggan.
Bilas pinggan yang telah disabun.
Menyabun pula gelas yang digunakan.
Membilas gelas yang telah disabunkan.
Kakak E,sya memang kerja teliti dan berhati hati.
Sebab aku dah warning dia awal awal.
"Kalau Pinggan Atau Gelas pecah lepas ni tak boleh basuh pinggan lagi"
Sebab tu dia berhati hati...
Tenggok...!!!
Dua beradik berusaha nak membasuh pinggan.
Iktiar dia supaya sampai sink.

Biarpun aku PEMBANTU RUMAH (Bibik) tapi sebenarnya aku suka bila Princess E'sya ni bersungguh sungguh untuk membasuh pinggan.Lagipun E'sya perempuan, Jadi aku pastikan dia boleh membuat kerja kerja rumah suatu hari nanti..Aku tak nak dia bergantung hidup pada Bibik untuk membuat kerja rumah.Bak kata orang "Melentur Buluh Biar Dari Rebung"
Iyalah..Sampai bila pula Bibik akan memberi perkhidmatan pada Famili aku.
Suatu hari nanti pasti dia akan pulang ke Indonesia..

Friday, July 1, 2011

KALAU WIFE DAH STAF NURSE....!!!!!

Setiap 3 bulan aku terpaksa diambil darah oleh my beloved wife untuk check tahap kesihatan aku.
Check tahap kolestrol, Gula Dalam darah, Kandungan garam dalam badan,
dan macam macam lagilah...
Bermula jam 10.00mlm sehari sebelumnya aku dah kena berpuasa.
Tak boleh minum minuman yang berperisa / manis.
Tak boleh nak makan apa apa pun.
yang boleh hanya minum AIR MASAK PUTEH.
Ikut ajelah.. Demi untuk kebaikan.
Pagi keesokan harinya,
selepas mandi,sebelum breakfast..sebelum pergi kerja..
My wife dah ready dengan JARUMnya untuk menyedut darah saya..!!
Aduhhhh....Part ni yang aku tak suka...
Tapi Alhamdulillah...
Kepakaran wife saya yang telah berkhidmat sebagai
JURURAWAT TERLATIH
dengan hanya sekali suntikan
dia dah berjaya menyedut darah aku...!!!!
Darah yang diambil akan di hantar ke MAKMAL HOSPITAL SUNGAI BULOH
untuk dianalisis.
selepas 2 hari akan dapat RESULTnya.
So Far
Setakat ini keputusannya Baik.
Semua hampir hampir sampai "BORDER"
tapi
My wife akan memantau pemakanan saya.
so waktu itu saya akan kena makan
Sup Sayur atau makan yang direbus / Stim aje...!!!
Apa nak buat demi KESIHATAN.
TERIMA KASIH ISTERI ku yang tersayang...
Atas KEPRIHATINAN terhadap Suami mu ini.
Terima Kasih kerana menjaga akan kesihatan abang.
abang sangat menghargainya...!!!