~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Monday, June 20, 2011

UCAPAN KHAS BUAT DADDY FROM MY KID'S.....

Sempena hari bapa ni...
tengoklah apa yang My princess Esya buat...!!!!!
SELAMAT MENONTON....

Thursday, June 16, 2011

PRINCESS ESYA SEBELUM TIDUR.....!!!!

Haaa.....!!!!
Nak cerita sedikit tentang "TABIAT" E'sya sebelum tidur.
Yang bawah ni adalah
 "BANTAL BUSUK" dia.
Dah 5 tahun bantal ni menemani E'sya sebelum tidur.
Tak tahulah sampai bila dia akan mengusung
Bantal busuk ni sebelum tidur.
Kalau kemana - mana My beloved Wife akan memastikan bantal ini dibawa.
Kalau tidak akan timbul MASALAH.
Sebelum tidur dia akan menggentel bucu bantal tu.
Seperti di bawah..!!!

Dari menggentel bucu bantal...
perlahan lahan akan dibawa ke Hidung...
Bucu bantal tu dok kat lubang hidung...!!!
Alahaiiiiii............!!!
Hidung tu bukannya nak mancung sangat pun...
Dari hidung akan naik sedikit...
Kali ni dekat mata pula...
Bucu bantal tu akan di gosok perlahan lahan
atas kelopak mata..
seolah olah macam tengah
mengoles
Eye-shadow...!!!
Kelazzz ko...
macam nak bermake-up pula...
Nak buat show ke..???

Lepas tu dia akan lena...
apalah sedap sangat buat macam tu agaknya...
Bantal ini dah berapa kali tukar kekabu / basuh.
Esya tak kisah kalau basuh sebab yang penting baginya adalah
"BUCU BANTAL" tu...
haaa...dah lena...!!!!
Tahun ni aje Hisap botol
tahun depan nak ajar supaya tak payah botol lagi...!!!


Korang ada ke bantal busuk..???

Wednesday, June 15, 2011

LUNCH CAPATI..................

14 JUNE 2011 SELASA.
Hari ini aku LUNCH di sebuah restoran
 di Jalan Pahang Kuala Lumpur.
Restoran Mamak yang menjual makanan
Indian food.
Apalagi makan CAPATI.
Biarpun aku taklah berapa minat makan CAPATI
dan tak pernah Luncah makan Capati..
tapi
Director En Bakar Kayakutty
yang beria ia nak makan kat sini.
so
aku pun ikut ajelah...!!!!
Capati makan ngan kari Ayam + Sambal Ayam.
Yang ini aku lupa...
Apa nama makanan ni..
Diperbuat dengan kacang Dhal, daun kari dan daun khucai.
tapi bukan
Waddey...!!!!!

Tuesday, June 14, 2011

HAPPY FATHER DAY............................

Hari Jumaat lepas aku balik lewat dari kerja.
Maklumlah kena pergi Melaka.
Sampai rumah jam 1.30pagi.
Semua dah Tidur...
Bila aku pasang lampu,
terpandang aku,
Sehelai kertas A4.
Tertera
"HAPI FATHER DAY"
DIATAS MEJA.


Aku pun capai kertas tu.
Waahhh....
colouring.....!!!
Bila aku buka.
Tertera kata kata seperti dibawah:
Terharu rasa hati...
Bila membaca apa yang tertera di kad itu.




Aku betul betul menghargainya.


Biarpun hanya sehelai kertas A4


yang di buat seperti Satu kad


tapi


daya kretiviti Esya


menghasilkannya membuat aku Bangga.




Biarpun tak secantik mana,


tapi bagi aku ianya sudah cukup cantik & menarik.


sebab Esya baru sahaja berusia 5 tahun
tapi


kesungguhnya menghasilkan kad dengan idea dan krativiti sendiri.


membuat aku bangga...




Sempat juga dia memberi pose dengan hasil kerjanya tu.


TERIMA KASIH KAKAK


Daddy sungguh terharu & bangga.


                                      Yang ini pula adalah hasil kerja Esya sempena


Hari ibu yang lepas..


Thursday, June 9, 2011

CCM 04 (CAMERON HIGHLAND)

Setelah menghabiskan masa agak lama di taman agro..
kami pun meneruskan perjalan balik ke KL semula
Tapi
Sebelum balik singgah dulu di 
LADANG TEH...
Beli sedikit Teh sebagai bekalan...
harganya juga murah.
Setelah menghabiskan masa di ladang teh ni
apa lagi dah petang baliklah ke KL.
.
.
.
.

Sampai rumah...
inilah bunga ROSE yang aku belikan untuk
MY BELOVED WIFE..
Dah macam cerita Drama:
NORA ELINA pula...
tapi yang ini bukan NORA ELINA
tapi
ADAN AZLINA....ha..ha...ha......

Dah macam TAMAN bunga pula rumah aku..
Aku rasa percutian kali ini memang best.
Setelah beberapa bulan aku asyik BZ dengan Kerja
so
inilah masanya juga untuk aku balas semula
kesibukan kerja aku bersama 
FAMILI TERSAYANG...
ENJOY...