~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Thursday, June 9, 2011

CCM 03 (CAMERON HIGHLAND)

Selesai di Kea Farm, kami meneruskan perjalanan ke Brincang...
Ini yang disebut sebut oleh E'sya & Airiel..
STRAWBERRY TIME....!!!!!
Kami ke Taman AGRO,
disini terdapat kebun Strawberry yang besar.
Dan kita boleh memetik buah strawberry ni dengan bayaran RM40 sekilo.
 Princess E'sya excited memetik Buah Strawberry.
Prince Airiel juga tak mahu ketinggalan.
Petik juga...
Tengoklah gelagat dua beradik ni...
Kat sini juga terdapat pokok Anggur...
Disini juga terdapat taman KAKTUS.
Pelbagai jenis kaktus terdapat disini..
My beloved Wife bersama Bibik Tuty.
Posing jangan tak posing....!!!
Terdapat juga kolam ikan..
Ikan koi penghuni kolam ni...
Posing dari My beloved Wife...!!!!
Hmmm....
Anak dara aku ni kalau berposing 
X payah nak ajar pun....!!!!
Anak teruna aku....
Posing juga....
Aku suka sangat pic dia ni...
Lagak macam orang besar aje...
Apapun tetap ensem.....!!!!!

Haaaa.....
Ni 3 beradik.....
Seronok dapat jalan jalan....!!!!
.
.
.
.
.

Si Ebot....!!!!

Tetap juga nak posing ni.....
Iyalah usia dah 1 tahun masa ni....

Masa kat sini seronok betul anak anak aku...
aku pun seronok juga 
sebab
Anak - anak & isteri 
Happy....!!!!

CCM 02 (CAMERON HIGHLAND)

04 June 2011 Sabtu.
Pagi jam 8.30 dah bangun, gerakkan my kid's untuk breakfirst...
Aduhhh...
mcm nak bergaduh kejutkan diaorang ni...
Masing masing sayang nak tinggalkan Bantal & Tilam..
Lebih lebih lagi hawa sejuk menyelubungi..
maka Liatlah nak bangun....!!!
Tapi Akhirnya aku berjaya juga membangunkan anak anak 
tanpa seorang pun menangis...!!
So
Bila dah bangun,Gosok gigi dan basuh muka anak anak terus gi Sarapan...
Nak suruh mandi masing masing kesejukan...
Bibir mengeletar...!!!
kesian pula..so lps sarapan baru mandi...
 Lepas sarapan,
Lepak dalam bilik & kemas kemas nak check-out...
Sementara Bibik mandikan E'sya & Airiel
My Beloved Wife berposing sakan dengan si Ebot atas katil...
Sakan....!!!!
Jam 10.00pg check out...
Cameron Highland JAM pula..
Biasalah time cuti sekolah...
Dari Hotel di Brincang kami ke KEA FARM (betul tak ejaan aku ni)
Shoping sikit sayur dan bunga...
Cuaca pun agak baik..sesekali angin bertiup terasa juga sejuknya....

Wednesday, June 8, 2011

CCM 01 (CAMERON HIGHLAND)

Jumaat, 03 June jam 10.30pg
Bertolak ke Cameroon Highland..
Ambil kesempatan cuti sekolah bawa anak anak jalan jalan
BERGAMBAR DI HADAPAN HOTEL.
Disamping itu nak calebrate Birthday Eryna 1 tahun.
Jam 3.00ptg sampai Cameron..
Biasalah..Bila berjalan bawa budak budak ni
banyak tempat kena berhenti sebab 
nak buat Milk pada bebudak ni, 
dan kencing, berak bagai....
Kami menginap di
Hotel TITIWANGSA di Brincang.
Boleh tahan jugalah harganya,
Maklumlah Cuti sekolah...!!!!
Malam tu Jam 8.00mlm,
Dinner kami ialah STEAMBOAT.
Terus celebrate Birthday Eryna...
Memandangkan kami tak ramai,
so kami beli MUFFIN aje sebagai ganti kek.
Kalau beli kek nanti membazir aje coz tak ada sapa nak makan.
Selesai Dinner malam tu,
My wife ajak jalan jalan di Cameron.
Menikmati keindahan dan kesejukan malam di Cameron....
Dari Pasar malam di Brincang kami turun pula ke Tanah Rata.
Jam 11.30 baru balik hotel semula..
E'sya & Aidid punyalah seronok....

WAJAH WAJAH BIRTHDAY GIRL.....

A.I.D.A E.R.Y.N.A Q.A.I.R.E.E.N
wajahnya genap 1 tahun.
pada
03 JUNE 2011
Dah setahun pun usia anak daddy ni..
Semakin
C.O.M.E.L
Happy Birthday Qaireen.
Daddy, Mummy, Kakak dan Abang doakan semoga
Sentiasa sehat dan Dirahmati oleh Allah selalu.
Dan
Menjadi anak yang baik serta solehah bila besar nanti.
Insyaallah...
~ AMIN ~

Sunday, June 5, 2011

CELEBRATE BIRTHDAY PRINCESS ERYNA....!!!!

03 Jun 2011 ( Jumaat ).

Birthday Princess Eryna satu tahun.

Sempena Birthdaynya ini aku membawa Famili untuk bercuti sambil CELEBRATE birthday Girl

di CAMERON HIGHLAND.


Kami sekeluarga menetap di HOTEL TITIWANGSA di Brincang.

Dan calebrate birthday di Hotel sahaja.


HAPPY BIRTHDAY AIDA ERYNA QAIREEN

Genap sudah usia 1 Tahun.

Daddy & Mummy serta Abang & Kakak

mendoakan agar Eryna sentiasa sehat dan dirahmati Allah.

Amin.


Biarpun lebih kurang namun tetap Meriah.



Malam tu kami CELEBRTE birthday Girl

dengan hidangan STEAMBOAT.

Lepas tu jalan jalan menikmati keindahan Cameron Highland.