~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Wednesday, April 27, 2011

BILA PRINCESS E'SYA BERPOSING...!!!!

AIDA SYADIENA ILLIESYA BTE SHAHADAN.
Usia 5 tahun.
Memang suka bergaya & Posing.
COMEL
 CUTE 
BERGAYA
VOUGE...
FOR YOU....!!!!
SELAMBA AJE....
MANJA....
Mmmmm.......

Monday, April 25, 2011

22 - 24 APRIL = BALIK KAMPUNG N.SEMBILAN

Seronoknya rasa balik Kampung N.sembilan..
Biarpun balik hanya 2 hari tetapi tetap rasa puas hati..
Dapat bersua muka dengan Mak & Abah.
Dapat melepaskan rindu menikmati MASAKAN mak...!!!
Lepas kerja 22 April (Jumaat) jam 8.30 malam 
bertolak balik ke Kg bersama Famili semua.
E'sya & Airiel punyalah seronok...
Maklumlah sudah hampir 3 bulan aku tak pulang ke Kampung...
ini kerana beban kerja yang banyak dan hal hal yang tak boleh dielakan.
Dalam tempoh 3 bulan tu hanya panggilan talifon sahaja menjadi pelepas rindu.
Jam 11 mlm sampai di kampung...
Kepulangan kami disambut riang oleh Mak & Abah dimuka pintu.
Bila dengar kami balik Mak sudah siapkan makanan kegemaran aku.
Maklumlah sambut kepulangan anak lelaki tunggal dia ni..
Sambil makan sambil menyembang dengan mak, tak sedar jam dah 3 pagi...!!!
Seronok punya pasal tak sedar masa berlalu...
SABTU 23 April.
Malam anak anak buah dok berkumpul dirumah mak.seronok sakan depa semua.
Maklumlah sesekali dapat bertemu muka.
tenggok ajelah gambar - gambar di bawah ni...
Memang riuh rendah jadinya rumah.
Abah & Mak yang selalu kurang sehat nampaknya HAPPY bila ramai cucu berkumpul.
Princess E'sya & Prince Aidid 
tak usah cakaplah macam mana bergembira dapat bermain dengan causin causinnya...
Tengok pic ni...
My Mom (MAK WAN)
Sporting bergambar dengan sebahagian cucunya. 
Ni baru 7 orang aje cucu Mak wan.
kalau ikutkan ada 23 orang semuanya.
 Ini pula Prince Airiel bersama Causinnya Ayuni.. dia dua orang memang Ngam berkawan. Ayuni yang baru2 ini kena demam tarik pun dah Okey..Al-Hamdulillah...
Ahad 24 April.
jam 5.00ptg dah bersiap sedia untuk aku dan Famili balik ke sg Buloh.
Biarpun rasa macam tak puas berada di Kampung tapi apakan daya
esok Isnin nak kerja...!!!
Insyaallah...
Ada kelapangan kami akan balik lagi....
 Princess E'sya manja dengan Mak wan,
Prince Airiel manja dengan atuk.
Namun yang pasti
Mak & abah tetap sayang kedua duanya...
Aku juga sempat berposing ngan abah & mak sebelum berangkat balik ke sungai buloh...
Peluk Cium Mak & Abah..
Sebab 
minggu depan aku akan balik ke Utara Pula.
Cam ginilah bila ada 2 famili...
Namun bagi aku mana mana pun tetap sama.
Mertua pun sama juga macam mak & abah sendiri...!!!!

Thursday, April 21, 2011

ANAK - ANAK KU........

Inilah anak anak Daddy & Mummy...
Kalian Penyeri rumahtangga Daddy & Mummy..
Hilai tawa dan Tangisan kalian adalah Muzik dirumah Daddy & Mummy..
Kegembiraan kalian adalah Kebahagian Daddy & Mummy..
Kesakitan kalian adalah kerisauan dan kebimbangan Daddy & Mummy..

Andainya Daddy & Mummy boleh tunjukan betapa daddy & Mummy sayangkan kalian sudah pasti kami akan pertonton pada kalian akan kasih dan sayang kami terhadap kalian.
Kalian adalah pengerat kasih sayang Daddy & Mummy..

Daddy & Mummy amat menyayangi kalian...
I LOVE YOU SO MUCH........!!!!!

Wednesday, April 20, 2011

HAPPY BIRTHDAY MY X-BOSS.....!!!!!

Hari ini 20 April 2011 (Rabu)
Birthday X-Boss aku dulu.
Siapa lagi kalau bukan PN MUNA BT ABU BAKAR.
HAPPY BIRTHDAY.
SELAMAT HARI LAHIR.
SELAMAT HARI JADI.
Apapun ungkapanya yang pasti Usia Puan semakin meningkat.
Semoga puan ceria selalu disamping keluarga tercinta.
sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.
dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia.
AMIN.

Q~dEES ANNUAL SPORT DAY

03 April 2011 (Ahad).
Sukan tahunan sekolah Tadika
 Princess AIDA SYADIENA ILLIESYA.
Sukan ini dibuat di dewan sekolah Menengah Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.

Atucara Majlis.
Sementara menanti program bermula, E'sya duduk bersama kawan kawan kelas dia.
yang sorang tu kawan baik dia "AINA"
Ini pula sewaktu nak mula PERBARISAN.
Comel & Cute aje bebudak ni...
Ibu bapa pula yang seronok & excited melihat telatah anak anak mereka.
Sewaktu nak mula acara memancing..
Haaa...
tu my princess sedang berusaha memancing ikan...
Sewaktu seisi penyampaian hadiah..
inilah gaya E'sya setelah menang dan dapat hadiah memancing tu.
Bersama dengan HERO Aidid Airiel yang turut memberi sokongan kepada kakaknya.
ibu bapa pun turut enjoy dan happy...!!!