~ SAHABAT SAHABAT BLOGGER ~

IKLAN SEBENTAR

Monday, December 30, 2019

PENGAKHIRAN 2019

Selamat Sejahtera semua.
Terpanggil pula untuk membuat entry diblog yang sudah agak lama terbiar sepi ini.
Tak tahu dimana nak mulakan dahulu kerana agak kaku untuk berbicara namun hati ini tetap ingin untuk berbicara.....
Hari ini 30 Disember 2019 kurang  48 jam akan menginjak tahun 2020.
Diimbas kembali perjalanan sepanjang tahun 2019, terlalu banyak kenangan untuk diingati dan dikenangi.
Kenangan manis mahupun kenangan pahit terbayang bayang ditahun 2019 ini.
Biarlah ianya terus menjadi kenangan dalam lipatan sejarah kehidupan.
Tahun 2020 akan memulakan harinya tanpa menoleh kebelakang lagi.
Masa terus akan berlalu dan berlalu....
Harapan Adando moga Tahun 2020 ini akan lebih memberi banyak makna dalam mengharungi perjalanan kehidupan..
AZAM 2020 ?
Sebenarnya susah untuk dikatakan tentang azam ini.. Namun yang pasti azam adando tahun 2020 ini ingin meninggkatkan lagi AMAL IBADAH.
Ingin membuat banyak kerja kerja Amal & Bersedekah.
dan Ganjarannya sudah pasti dinawaitu untuk Arwah Mak yang sangat sangat dirindui,
(Dah nak start masuk habuk mata ni.......)
Oklah... Dikesempatan ini adando ingin mengucapkan 
SELAMAT TAHUN BARU 2020.
Semoga Allah merahmati & Memberkati perjalanan kehidupan kita semua disepanjang tahun 2020 nanti.. Aamiin

In Shaa Allah...
Adando cuba aktifkan semula Blog ini.




Wednesday, May 15, 2019

UPIN & IPIN Kali Ke - 2 (layan Gambar Lama)




































KALAULAH........

Al Fatihah...
Kalaulah arwah mak masih ada..
Hari ini 23 Febuari 2017
merupakan hari lahir mak yang ke 68 tahun.
Tetapi Arwah mak telah meninggalkan kami pada 20 Julai 2015.
Biarpun arwah mak telah tiada namun setiap detik kenangan bersamanya tetap hidup dan segar dihati.
Selamat Hari Lahir MAK...
Semoga Mak tenang dan damai disisi MAHA PenciptaNYA...
Biasanya adando akan talifon untuk mengucapkan
Selamat pada Mak,
Tapi sekarang........


Satu tahun 7 bulan mak telah pergi
namun pemergian mak masih dirasai.
Setiap detik waktu berlalu tidak pernah sekalipun lupa pada mak. Tiada hari yang airmata ini tidak menitis
kerana merindui arwah mak.
Ya Allah.. Kuatkan semangat adando dan adik beradik dalam mengharungi hari hari tanpa arwah mak. Memang tidak dinafikan kami sentiasa merindui arwah mak.
"Sesungguhnya setiap yang hidup pasti merasai kematian"
Ya Kami redha dengan ketentuan Allah. Terima kasih Allah kerana pernah meminjamkan kami seorang ibu yang sangat sangat terbaik buat kami sekeluarga. Setiap jasanya dari kesusahanya mengendongkan kami, bertaruh nyawa Melahirkan kami, Mengharungi perit jerih membesarkan kami tidak terbalas rasanya segala pengorbanannya...
Tumpah lagi airmata pagi ini..............
Inilah wajah yang sering adando dan adik beradik rindui..
Insan yang pernah mewarnai kehidupan kami.
Insan yang banyak memberi kami ilmu dalam kehidupan.
Insan yang sentiasa kekal abadi didalam hati kami adik beradik.
Ya Allah..
aku bermohon kepada Mu, Ampunilah segala dosa dosa ibu kami.
Terimalah segala amal ibadah sepanjang hayatnya,
Terangilah dan lapangkanlah pusaranya dan tempatkan dia bersma sama golongan insan insan yang Engkau sayangi.
Aamiin.. Aamiin.. Aamiin...

Friday, May 5, 2017

EKW - Empayer Kecantikan Waniey

Selamat sejahtera.
Tidak dinafikan bila seseorang bergelar wanita maka ianya tidak boleh dipisahkan dengan kecantikan.
Wanita dan kecantikan berpisah tiada.
Kali ini adando nak update sikit cerita dan promo BARANGAN PENJAGAAN KULIT brand EKW.
Disamping itu adando nak membantu adik bongsu kesayangan adando, Jannah menjual produk EKW.
Bukanlah sebab adik adando business jual produk ini tapi sepertimana yg adando kata "WANITA DAN KECANTIKAN TIDAK BOLEH DIPISAHKAN"
Adik beradik, Anak sedara, Sepupu sepapat adando semua dah beralih menggunakan produk EKW dan sememangnya ianya sangat berkesan.
Dan yang lebih utama produk ini HALAL dan SUCI serta mendapat KELULUSAN dari 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Set produk ni berharga RM 85.00 (siap post)  . Didalam box ini terkandung SABUN untuk MEMBERSIHKAN MUKA,
Ada Day Cream (Tepek siang Hari) ada Night Cream ( Tepek Malam Hari) Ada Treatment Cream serta Sunblock.
Disamping itu ada juga EKW ada mengeluarkan Foundation sendiri. 
Ini kelebihan Foundation EKW. Dan foundatin ini berharga RM55.00.
Serius adando cuma membantu adik untuk menjual produk ini.

Ini pula sabun dari EKW.
Sila baca kelebihan sabun ini.
ini anak anak sedara adando yang telah menggunakan produk EKW dan sememangnya adando nampak kelainan wajah sorang sorang anak sedara adando.
Jika berminat Contact sahaja adik adando yang bernama Jannah 019 682 6683.
Tapi jika melalui adando juga boleh.

 Adik adando dibawah TEAM ANGGUN JELITA.
Oklah... Nanti adando Update lagi tentang EKW ni.
Berserta gambar gambar TESTIMONI pengguna EKW dan FEDBACK bagi yang telah menggunakan Produk ini..

Sekian sahaja Catatan adando kali ini.
TQ sudi baca.


Wednesday, February 1, 2017

FEBUARI 2017

Selamat Sejahtera semua.
Hari ini 01 hb FEBUARI 2017 (Rabu).
Bulan pertama tahun 2017n telah pun berlalu...
Tentu ada yang meraikan HARI LAHIR pada bulan ini dan
kepada yang dilahirkan pada bulan ini adando ingin mengucapkan
SELAMAT HARI LAHIR
Dan
Mungkin ada yang menyambut ANNIVERSARY pada bulan ini.
HAPPY ANNIVERSARY.

Dan hari ini juga merupakan hari
WILAYAH PERSEKUTUAN.
Selamat hari wilayah kepada
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


Bersempena hari wilayah ni adando pun cuti maklumlah kerja di 
KUALA LUMPUR.

Ok... Nanti jumpa lagi entry lain..

bye