Wednesday, September 14, 2011

18 OGOS 2002.

Jangan kata aku salah taip Tarikh diatas.
18 Ogos 2002 - -- 18 0gos 2011
Al-Hamdulillah....
Sudah 9 tahun usia perkawinan aku.
Rasanya baru Semalam aku diijabkabulkan..
Pantasnya waktu berlalu....
Ketika itu, 18 Ogos 2002 selepas Asar Jam 4.45ptg
bertempat di MASJID Kampung Raja Sg Petani, Kedah
Dengan Hantaran sebanyak RM 5'333,35
Mas Kawin RM 1'122,00
dan dengan 2 kali lafaz IjabQabul
Maka
Tergalaslah TANGGUNGJAWAB sebagai seorang Suami.
Berubah sudah Status dari Bujang ke Berkawin.
Kini sudah 9 tahun detik manis itu aku simpan.
9 tahun sudah kami melayari Bahtera perkawinan.
Pelbagai kenangan Pahit Manis kami lalui bersama.
Al-hamdulillah....
Semakin hari semakin kuat cinta kami.
apatahlagi selama 9 tahun
kami dikurniakan 3 cahayamata..

3 comments:

  1. Tahniah tuan. Aku doakan kebahagiaan tuan bertambah-tambah dengan keberkatan. Amin

    ReplyDelete
  2. hepi anibeseri uolssss

    moga ikatan kasih sayang akan terus kuat selamanya

    ReplyDelete

Kalian berhak bersuara,
Bersuaralah dengan berhemah dan sewajarnya...